Tuesday, 7 November 2017

Nilam Pandan

Sudah lama saya mencari nilam pandan ini. Hanya beberapa bulan lepas baru saya berjaya membelinya secara online dari EM Nursery dengan harga promosi RM10 sepokok. Saya rasa rugi pula membeli sepokok sahaja kerana  tidak boleh memetik daunnya secara kerap.  
Kelebihan daun nilam pandan ini ialah daunnya boleh dijadikan haruman semulajadi untuk pakaian yang disimpan dalam almari. Sesuai nama, wanginya memang mirip sekali  daun pandan. 
Selitkan daunnya di lipatan baju.  Lebih kering daunnya lebih kuat baunnya. Berbulan  harumannya kekal di situ. Inilah sebab utama mengapa saya membeli pokok ini. 

 Saya mula kenal pokok ini semasa bekerja dengan Dr. Abdul Ghani bin Hussain sekitar tahun 2000.   Beliau adalah seorang doktor perubatan yang mengkaji  bidang pertanian herba dan perubatan tradisional. Beberapa buah  buku tulisan beliau berkaitan bidang berkenaan  telah pun beredar dipasaran.

Ini pula  jenis pokok nilam yang selalunya banyak ditanam disini. Lebih dikenali sebagai Nilam Aceh atau dalam bahasa inggerinya Patchouli. Jenis ini  amat tahan panas, cepat membiak dan merimbun. Berasal dari Filipina dan dibawa masuk kesini sekitar tahun 1800.  Selain di ekstrak untuk pati minyak wangi pokok nilam ini juga mempunyai khasiat perubatan herba. 

Nilam pandan pula agak lambat membesar dan merimbun. Daunnya juga agak sensitif kepada matahari terik. Di rumah saya tempatkan ia di sudut yang agak terlindung supaya daunnya tidak mudah terbakar. 

Kedua-dua pokok nilam ini  berbeza dari segi rupa dan bentuk. Daun nilam Aceh berbentuk hati, berjerigi dan berwarna hijau muda. Tekstur daunnya gebu dan lembut macam pokok ati-ati. Baunya pula lebih kepada haruman herba. 

Manakala bentuk daun nilam pandan pula lebih mirip kepada pokok pecah beling ( sebelah kanan ).  Tekstur daunnya sama-sama kesat dan berwarna hijau gelap. Sekali tengok memang tak dapat nak bezakan. Cuma yang ketara daun pecah beling tidak beraroma. Kepada pecinta bauan semulajadi saya cadangkan anda membeli dan tanam pokok ini banyak-banyak di laman. 


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!










25 comments:

  1. Saya suka haruman semula jadi.
    Adakah bau nya seperti bau pandan.

    ReplyDelete
  2. Ya sebiji bau pandan. Saya patut edit dan info kat atas. Thanks tanya.

    ReplyDelete
  3. 1st time dengar nama pokok ni..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kampung jarang tanam pokok ni.

      Delete
  4. Baru dengar ada nilam pandan. membayangkan harumnya...hmmmh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya harumnya persis daun pandan tapi kekal sampai berbulan jika diletak dalam tempat tertutup.

      Delete
  5. Baru pertama kali dengar..... Kalau daun pandan biasa dengarlah. Ohhh... bagus ye kalau mcm tu semerbaklah nampaknya baju baju NS dlm almari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang harum sangat Hainom. Lagi kering lagi sedap bau dia. Kalau daun segar bau sikit2 saja.

      Delete
  6. Menariknya.. makchaq x pernah tau daun nilam pandan ni..

    Kalau nak buat pewangi guna daun pandan/limau purut/jari lima
    Tapi pokok.jari 5 tu jadi regeh.. pasaipa pun x tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa sesuai daun dia buat bunga rampai malangnya pokok ni susah nak merimbun. Kadang-kadang jadi macam hidup segan mati tak mau. Orang kata pokok dia suka jadi lekeh.

      Delete
  7. awat saya dok nampak lagu daun sireh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ka....tapi daun dia kecil dari daun sireh.

      Delete
  8. Tak pernah tau pun fasal pokok ni. Terima kasih sebab berkongsi info.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Lama sungguh tidak berkunjung ke sini.. banyak info mengenai pokok2 yang saya dapat di sini, termasuk pokok nilam pandan ini yang pertama saya dengar dan kenali. Insya-Allah nak cuba risik-risik manalah tahu mudah di tempat saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abu semoga Abu dan keluarga juga berada dalam keadaan baik.
      Lama tak bersiaran ya Abu. Kak duk ingat tentu Abu ada pekerjaan penting yang harus diutamakan.
      Tak semua tempat ada pokok ni Abu. Ini datang dari Thailand.

      Delete
  10. assalamualaikum Kak Mala,
    Alhamdulillah, dapat lagi info yg menarik dari blog berinformasi kakak ni hihi...hari tu kakak post pasal bunga tonkin, lps baca je blog kakak terus Julie order bunga tonkin online, ni terbaca lagi pasal Nilam pandan, nak orderlah pulak Nilam pandan hihi...kakak jual ke? kalo kakak jual baik beli dari kakak je heheh...tqvm for info sharing kak, Julie memang peminat tanaman yg berfragrance ni :D...Happy Gardening kak Mala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Julie...ya la..kak pun banyak dapat info dari grup fb selalunya tentang pokok2 ni. Kalau nak ikut nak beli...setiap bulan nak order. Memang geram sangat tengok depa jual. Yang pokok dulu kala pun sekarang boleh dapat dgn mudah. Cuma dah space tak ada....telan air liur je la..

      Delete
  11. Masa pergi ke Langkawi dulu ada Dr. Pak Din kasi anak pokok nilam.

    Ya bau haruman yang semulajadi lebih elok Kak Mala.

    masalah sekarang dengan haruman tiruan juga menimbulkan masalah kesihatan ianya gangguan system hormone kita. Boleh akibatkan budak-budak sekarang baligh cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah tak sangka haruman tiruan blh akibatkan bebudak balih cepat.
      Kak pun kenal pokok ni masa kerja dgn Dr Ghani la..

      Delete
  12. Betul2 ilmu baru bg mama. Xpenah tau ttg Nolan ni. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sam kongsi info. Saya pun dapat dari grup fb.

      Delete
  13. Takde tanam lagi pokok nilam pandan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kawan fb cakap diaorang ada beli pokok ni kat nursery sebelah Selangor & negeri sembilan. Selalunya nursery Cina yang jual pokok ni.

      Delete
  14. This pandan is really different from the pandan I know. Smells the same as the pandan for cooking?

    ReplyDelete