Thursday 11 January 2018

My Pisang Abu

Sudah sebelas hari kita menyambut tahun baru 2018. Saya masih di selubungi dengan rasa malas dek  kesihatan yang tidak berapa baik. Namun lawan juga perasaan, untuk menulis sesuatu di sini sebagai wadah pembuka tirai tahun baru. Dalam masa sebulan setengah saya sudah tiga kali ke klinik dan sudah tiga kali juga bertukar ubat. Kalau tidak sembuh juga doktor akan rujuk saya kepakar untuk endoskopi perut dan usus. Ini yang buat saya takut dan seram. Tolong jangan kecam ya....memang saya rasa sangat tidak mahu...

Pada hari-hari saya rasa agak selesa, saya cuba secara perlahan-lahan menyambung kerja membersih ruang depan untuk sedikit pembaharuan. Terbengkalai dari tahun sudah. Tapi hari ini biar  saya bagi laluan kepada cerita pisang sulung saya dulu. Lain hari sambung cerita pokok bunga pula.

Ini pisang abu sulung dikebun. Setahun baru berbuah. Tak berapa banyak buahnya tapi cukup untuk  dikongsi bersama jiran tetangga. Waktu membesar saya tidak membalut tandan pisang ini. Che Kam apalagi bersuka rialah meragut putik buah setiap kali ada kesempatan. 

Sebahagian putik pisang yang menjadi mangsanya.

Jadi tiada pilihan terpaksa dibungkuskan. Dalam hati saya berdoa agak dapat menuai dan merasa hasil tanaman ini. Setakat Che Kam bukanlah masalah besar. Pencuri berkaki dua pun banyak berkeliaran. 

Jantungnya saya rebus buat ulam.

28 December yang lalu semua rakan dan jiran yang bercuti panjang kembali semula kerumah dan berkumpul seperti biasa. Acara berkelah pun bermula kembali. Masa yang sangat sesuai untuk saya kendurikan pisang ini. Saya cuma perlu petik anggaran yang mahu dimasak sahaja. Selebihnya tinggalkan dipokok. Jadi malam itu ramai-ramai makan gulai ikan kering rampai pisang abu muda. Mmm...sedapnya. Gebu dan lemak.

Kerana tidak puas makan, esuknya cik suami request sekali lagi gulai pisang ikan kering. Syukur alhamdulillah dengan nikmat ini. Walaupun setandan kecil cuma tapi kami di kejiranan dapat sama-sama berkongsi rasa. 
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan happy new year buat semua kawan-kawan bloggers.  Semoga tahun ini tahun yang menjadikan kita lebih baik dan makmur. Juga moga bumi ini semakin subur dan hijau.


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!

40 comments:

  1. Salam bertani dan selamat tahun baru 2018
    Mudah2an cepat sembuhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru WP. Terima kasih dengan doa yang baik.

      Delete
  2. Selamat Tahun Baru NS....
    Moga NS diberikan kesihatan yg baik hendaknya. Saya pun jenis ngeri jugak NS kalau sebut pasal hospital ni.

    Alhamdulillah diberi peluang untuk berkongsi rezeki. Saya mmg jarang masak lauk lauk tradisonal mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru Hainom.
      Sekali sekala makan macam ni sedap juga.

      Delete
  3. Moga-moga akak jumpa yg sesuai dan cepat sembuh...

    ReplyDelete
  4. Salam.. Semoga mala cpt sembuh seperti sediakala.
    Gulai pisang dgn ikan masin sgtlah sedap. Pisang campur perut pun sedap juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zai. Terima kasih dengan doa yang baik.
      Belum pernah cuba perut campur pisang. Pakai perut fresh lagi sedap kan..

      Delete
  5. Gulai pisang muda memang Atuk suka...tapi hanya untuk sekali sekala, kerana pisang abu yang cukup tua Atuk buat kerepek dan goreng bersama tepung.Wow...nyummy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la Atuk, saya pun duk tunggu pisang tu masak. Nak buat goreng.

      Delete
  6. Semoga Mala cepat sembuh.
    Pisang campur ikan masin gulai cara utara hmm sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dengan doa yang baik mITS.
      Ni memang gulai orang utara..tumis atas darat. Sedap bau wangi bawang..

      Delete
  7. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Cerita pisang ini mengingatkan saya pada arwah bonda. Terhimbau kenangan saat menjenguk ke jendela di belakang rumah. Banyak tanaman yang melatari pandangan mata. Bonda memang rajin bercucuk tanam. Bermacam-macam jenis pokok termasuk pokok pisang. Saya pula sering mendapat tugas menebang pokok pisang tatkala ada buahnya yang telah masak. Nostalgia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu.
      Kak rasa kesihatan kak dah 60% lebih baik dari bulan lepas. Tapi walau apa pun kena pi juga buat medical cek untuk pastikan penyakit apa.
      Memang betul Abu, arwah pak kak dulu pun rajin menanam pokok buah2an manakala arwah ibu pula suka pokok bunga.

      Delete
  8. SLMT TAHUN BARU MALA...JGN TAKUT BERUBT MOGA CPT SEMBUH...PISANG ABU MASAK SERAWA PUN SEDAP..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SElamat tahun baru Paridah.
      OH..tak tahu pula sesuai dibuat serawa. Saya cuma buat gulai atau goreng ja.

      Delete
  9. Dekat rumah mak pun banyak jantung pisang belum habis berbunga dah kena ambil dengan kaki dua.
    Syukur Alhamdulillah dapat juga merasa hasilnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni mana-mana tempat pun serupa ya Diana. Hasil kebun & tanaman dirumah selalu dicuri orang. Kawan saya cakap kat kampung dia, mana2 kebun yang terbiar, diaorang datang bawa lori terus. Punyala berani.

      Delete
  10. Seronok mama.tgk. akhirnya selepas setahun dpt manuai hasilnya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama juga tu baru berbuah. Tanah tak subur tapi bolehlah pakat merasa.

      Delete
  11. Assalamualaikum...

    Semuga Kak Mala tabah dan tenang2 menempuh dugaan kesihatan. Doa dan harapan saya agar akak diberi kesembuhan olehNya dari segala penyakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih DonnaSha sudi melawat dan terima kasih juga dengan doa yang baik.Amin.

      Delete
  12. Saya ni, kalau bab pisang, memang tak kenal. Ada orang, tengok pokok pisangpun dia dah tau dah nama pisang tu.

    Alhamdulillah. Dah boleh makan hasil pisang abu tu ya.

    Moga awak segera sihat. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ci Azz. Ada rasa sedikit sembuh berkat doa kawan-kawan juga. Cuma kena kuat pantang asam & pedam. Rasa dua camca air orange sunquick pun dah pedih perut...

      Delete
  13. kalau dah berbudi dengan tanah...mesti dapt juga hasilnya...Alhamdulillah...dapat masak macam macam dari pisang abu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fida...kalau rajin tu ada la hasilnya. Cuma sekarang dah berbulan dah bercuti tanam sayur.

      Delete
  14. Replies
    1. Ya...makan ramai-ramai dengan jiran tetangga.

      Delete
  15. gulai pisang ikan kering....omg...dah berpuluh tahun saya tak makan....kena google ni cari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap o uncle....kena cari juga. Dah berpuluh tahun tak makan tu..

      Delete
  16. Dah lama tak makan ulam jantung pisang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali makan sedap KN. Buat pajri atau kerabu pun sedap.

      Delete
  17. Singgah Subuh sini....
    Moga NS sihat sihat aje hendaknya...

    ReplyDelete
  18. I am sure that gulai ikan kering tasted really good. Yum, yum :P
    Btw pisang abu is good for frying?

    ReplyDelete
  19. sedapnya jantung pisang tu kalau buat kerabu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Hans. Kak pun dah lama tak buat kerabu.

      Delete