Saturday 17 March 2018

Kita Adalah Apa Yang Kita Makan

 Pernah dengarkan ayat tu dan ia memangnya betul sangat kena pada diri saya. Sudah tahu bawa penyakit dan berpantang makan tapi ada masanya saya terkandas juga. Akibatnya...tanggung sakit sekali lagi.

Sebab tu saya tak berani nak makan banyak buah kegemaran ni walaupun rasanya manis. Kerana dia tetap asam yang  boleh memudaratkan perut saya. Mmm.. cuba lah juga rasa sehiris dua buat melepas kempunan. 

Buah pelam luar musim ini masak menguning bulan lepas. Tuaian terakhir untuk tuan rumah setelah puas kendurikan untuk kawan dan jiran tetangga. 

Manakala pisang abu pula tak sempat masak dipokok. Terpaksa diperam kerana sudah ada yang menghidu dan cuba mencuri. 

Goreng makan panas-panas. Memang sedap sangat. Gebu dan lemak rasanya. Yang ini puas makan. Tiada alahan. 

Ubi keledek ni pula saya terjumpa masa tarik rumput di kebun. Tak tahu tahun bila punya ubi. Rebus pun tak hempuk. 

Belimbing madu paling menjadi untuk musim kedua. Ada hampir 50 biji di pokok. Malangnya semasa sakit saya tidak upaya membungkusnya pada peringkat awal. 

Jadi bila masak ia tetap memburuk dalam bungkusan. Cuma sebiji dua saja yang terselamat. Tak ada rezeki juga untuk saya.
Setakat ini dulu. Maaf sebab lama tak ziarah kawan-kawan kerana sedikit sibuk sekarang ini.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging and happy gardening! 

18 comments:

  1. Kalau lah saya juga menjadi jiran :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Kawan2 saya kat rumah saya ja depa berani. Bagi tak bagi tetap ambil buahnya. Rumah orang lain tak merasa nak buat macam tu

      Delete
  2. itulah untungnya berjiran ... tak bagi pun depa ambik juga ... anggaplah sebagai sedekah ... jaga kesihatan ya !

    ReplyDelete
  3. Ya..jiran2 dah macam adik-adik saya. Lagipun masa mula tanam dulu memang berniat untuk dapat makan dan kongsi bersama.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    Teruja tengok buah2 tu.. kalaulah saya menjadi salah seorang jirannya haha... Tengok buah mangga tu, teringat pokok mangga di depan rumah, tak pernah lekat buahnya. Ada aje yang berkenan. hari ini ada buahnya, esok dah ghaib hahaha... tapi nak buat macamaner, takkan nak bawak pokok tu masuk dalam rumah pula hahaha..redha jelah... kira hadiah je lah pada yang ambil tu.. Apa pun moga akak sentiasa sukses dan enjoy berkebun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu.
      Fenomena curi buah dipokok ni rupanya sudah merebak dimana-mana. Ingat tempat tumpuan saja rupanya dikampung dalam pun depa masuk curi juga.

      Delete
  5. Buah belimbing madu ni memang cepat kena suntik kan Kak Mala. Kalau tak dibungkus memang payah nak membesar dengan elok.
    Terliur tengok mangga masak nya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa buah masak kak tak sampai hati nak buang. Walaupun buruk sana sini cantik saja kuningnya. Manis sangat. Kak ambil juga bahagian2 yg eluk walau sehiris kecil.

      Delete
  6. Menggoda sungguh mangga tu NS. Geram nengoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmang menggoda tengok. Manis sangat. Ini round kedua pula masak. Sentiasa ada.

      Delete
  7. Semua ni favourite mama.. tak rugi berbuih2 pada tanah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmang betul tak rugi berbudi pada tanah. Hasilnya pasti ada.

      Delete
  8. Salam sahabat ku...lama tak ke udara mrnziarsh teman2 disini.
    Rindu...tapi apa nsk buat...masa tak mengizinkan...
    Baru2 ni KN ada balik kampong, bapak ada bekalkan 2 biji buah pelam yang berlain jenis. Besar2 buahnya, tapi tak tau jenis apa namanya.
    Masa bapak bagi masih mengkal..KN masih peram...semalam tengok dah lembut sikit.. tapi tak kuning lagi.
    Tak pasti ada kah semua jenis pelam masak kuning semua kulit nya?
    NS tau lah kot..

    ReplyDelete
  9. Salam KN
    Tq kerana masih sudi melawat.
    Tak semua pelam masak kuning Kn. Ada jenis yg kulit hijau tp dalam dah masak.

    ReplyDelete