Saturday 28 April 2018

Teratai Siam / Thai Lotus

Awal bulan lepas saya balik kampung untuk ziarah kasih. Dalam masa terhad tu sempat lagi saya melawat nurseri untuk membeli pokok teratai yang sekian lama saya idamkan.  

Tapi biasalah bermula dengan teratai saya pulang dengan empat beg plastik besar berisi pokok bunga.

Sebelum ini saya pernah membela teratai kampung. Sekali sahaja berbunga kemudian  ianya mati. Kerana minat saya beli  pula melalui on line malangnya bila sampai batangnya hancur.  Mati juga. Tidak putus asa beli pula biji benih.  Bercambah dua tiga biji dalam air tapi bila  dipindah kepasu mati lagi. 

Setelah mengalami beberapa siri kekecewaan akhirnya inilah hasil yang saya dapat tiga minggu kemudiannya. Kudup berwarna pink ini muncul anggun menonjolkan kelopaknya yang tersusun indah.  Senyum saya melebar ke telinga. 

Namun sesuatu yang tak dijangka terjadi. Seminggu kudup ini tidak kembang dan terbuka kelopak seperti sepatutnya sedangkan kelopak luarnya mulai gugur satu persatu ke bumi. Mungkinkah kerana cuaca yang terik memberi  kesan  ke atasnya. Frust juga rasa.. 

Akhirnya hujan lebat turun dua hari berturut-turut. Rahmat tuhan. Malam Jumaat lepas kelopak bunga ini mulai terbuka. Paginya saya bangun dengan penuh keterujaan. Mmm... Kembang juga kau ya..

Beginilah indahnya kelopak teratai/lotus Thai ini bila ia kembang sepenuhnya. Walaupun tidak kekal lama namun keindahan bunganya  cukup menawan hati. Saya masih mahu membeli lagi warna yang seterusnya. Warna putih. Tunggu balik kampung pula bula depan.

OK kawan-kawan, please take care.  Happy blogging & happy gardening




16 comments:

  1. memang cantik bila kena tempatnya

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Saya tertanya-tanya macamana cara nak tanam pokok teratai ni..Tapi bunga teratai memang sangat cantik. Saya dulu kat kampung masa masih banyak teratai meliar di paya, selalu ambil bijinya untuk dimakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dikampung suami kak pun ada teratai yg tumbuh meliar subur. Tumbuh dlm parit saja tp susah nak tarik keluar sebab parit dalam. Setiap kali balik kak mesti usha ja dari jauh.

      Delete
  3. Kudup nya pun sudah cantik, tambah berseri bila kembang. Susah juga ya ia nak hidup di luar tempat kebiasaanya.
    Suka kawasan teres dalam gambar no. dua tu.

    ReplyDelete
  4. Mungkin cuaca pulau yang kering dan panas menggangu proses alaminya.
    Teres tu sebahagian dari ubahsuai laman yang saya lakukan sendiri.

    ReplyDelete
  5. Secara kebetulan saya baru terfikir nak tanam pokok ni minggu depan!!

    ReplyDelete
  6. cantiknya bila bunganya mekar....

    ReplyDelete
  7. Cantiknya bunga teratai tu.
    Tak pernah lagi tanam pokok keratai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru ni balik kampung cari yg warna putih malangnya penjual tak dapat pasti pula pasu yg mana bunga putih.

      Delete
  8. Diana main-main tanam lotus warna putih dari biji beih dah bertahun-tahun dibiarkan, fed up neglected...masih hidup walaupun tak dihiraukan. Tapi tak bunga-bunga lagi belum ada rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada tengok di fb kawan ada tanam dari biji benih. Tumbuh eluk pun subur tapi belum berbunga juga.

      Delete