Sunday, 29 July 2018

Buah Gac - Momordica Cochinchinensis

Pernah tahu pasal buah gac ini? Rasanya tak ramai yang pernah melihatnya apatah lagi memakannya. Lama sudah nak menatap depan mata buah exotic ini.  Akhirnya dua hari lepas ada rezeki. Isteri bekas majikan saya memberi buah ini hasil dari tanaman suaminya seorang doktor perubatan dan juga seorang pengkaji herba yang gigih. 

   Cantik betul buah gac ini. Unik nampak. Saiz sebesar buah naga.  Warna kulitnya merah menyala. Kulitnya berduri  kecil tapi tumpul. Keseluruhan buah yang masak ini dikatakan sangat bernutrisi. Manakala buah putik atau muda yang isinya seperti timun boleh disayurkan. 

Ini rupanya  dari dalam. Dipenuhi dengan biji yang dibaluti sari selaput merah. Saya cuba kulum. Ada rasa manis hambar dan sedikit pahit.

Ini bahagian isinya.  Warnanya oren kekuningan. Lembut  seakan avocado atau mempelam masak. Namun rasanya sedikit pahit tapi pahit yang boleh di telan. 

Seperti yang disyorkan saya makan isi buah gac yang disejukkan  ini dengan susu pekat. Sedap walau masih terasa pahitnya di lidah. 

( gambar google )
Pokok gac ini sekeluarga dengan pokok labu dan peria. Jenis menjalar dan eluk di parakan. Buah ini sebenarnya kaya dengan pelbagai khasiat perubatan  dan tinggi dengan vitamin A. Ini kerana kandungannya tinggi dengan beta kerotina dan lycopene. Ia juga bersifat anti oksidan dan dipercayai dapat menyembuhkan beberapa penyakit tertentu. 

( gambar google )
Vietnam antara negara yang  banyak menanam pokok ini untuk dikomersilkan dalam bidang perubatan dan  pemakanan. Selain Vietnam buah ini juga banyak didapati  di Myamar dan Thailand.

( gambar google) )
Antara produk yang dikomersilkan oleh Vietnam ialah jus minuman yang diperkayakan dengan campuran perasa  buah2an lain. Rasanya belum ada lagi dipasaran kita atau saya yang ketinggalan. 

Lihat jus homemade saya  dari  selaput bijinya. Cantik sangat warnanya.  Merah bersari macam jus tomato. Katanya bahagian ini cukup bernutrisi. Rasanya sudah tak pahit kerana dicampur air. Untuk saya rasa begini cukup bagus. Manis hambar. Kalau dicampur dengan lemon atau campuran jus lain mungkin lebih enak lagi. 

Ini pula biji benihnya. Berwarna coklat kehitaman sebesar duit sepuluh sen. Dari pembacaan ada mengatakan sukar membiak  biji benihnya kerana   mengambil masa yang lama untuk bercambah. Pokoknyanya pula terdiri dari pokok jantan dan pokok betina. Begitu juga dengan bunganya. Perlu didebungakan secara manual.untuk pembuahan. Mungkin ada kawan-kawan yang arif  dengan cara menanam pokok gac ini boleh berkongsi disini. 

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening. 














19 comments:

  1. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    hmm, pertama kali mendengar dan tahu buah ni. Ssys belum pernah jumpa buah ni di mana-mana. elok juga jika dapat dikomersilkan di sini untuk tujuan perubatan. Nak menyebut namanya pun terbelit sikit lidah hehe..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam. Harap Abu dan keluarga berada dalam keadaan sihat juga.
    Belum ramai orang tau tentang buah ini. Apatah lagi bukan buah tempatan. Tapi mungkin kedepan ni petani kita akan berladang buah ini macam buah naga juga.

    ReplyDelete
  3. Saya belum pernah bersua buah macam ini. Sangat menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya belum lagi popular dirantau kita tapi rasanya boleh hidup subur juga ditempat Endah.

      Delete
  4. nice sharing ni first time dengar nama dan tengok rupanya. banyak digunakan untuk perubatan ke ? nampak macam markisa sikit2 isi dalamnya tengok biji2 gitu. eheh tapi markisa pun CT tak penah tengok yang ori depan mata =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi melawat.
      Mmang banyak khasiat perubatan buah gac ini. Kalau rajin rujuk google. Antaranya baik untuk mata. Jantung.. Prostat... Banyak lagi. Saya pun lupa nak letak link.

      Delete
  5. Nice sharing. Tak tahu pun kewujudan buah ini. Menarik bentuk dia. Se akan teardrop shape.

    ReplyDelete
  6. Pelik buah ini,memang tak pernah tenguk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la mr Thomas. Ramai tak tahu pasal buah ni.

      Delete
  7. Bila kak Mala tunjuk dalamannya, sekali terus teringat macam biji benihnya mirip dengan keadaan buah peria dah masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Diana mcm peria masak biji dia. Adik beradik tu juga. Walau pahit tapi tak lah sepahit buah peria.

      Delete
  8. unik sungguh kak mala, tengok butir biji merah tu macam biji buah peria masak pun ada, isi macam timun tapi rupa paras luarannya kalau ana tak baca entri kak mala ni, sah sah ingat tak boleh di makan, merah sungguh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya colornya sangat striking... Sampai rasa sayang nak potong.

      Delete
  9. Serious tak pernah dengar buah ni NS....makan apa tah lagi kan....
    Tengok biji dia tu mcm seram pulak NS hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... Bijinya memang merah pekat. Betul sekali tengok agak seram hehehe...

      Delete
  10. Oh this can eat? Now I know. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  11. Pertama kali tengok gambar buah ni kat dalam grup kebun bandar tu.

    ReplyDelete