Monday 3 September 2018

Vinca : Bahagian Pertama

Lama tak posting kisah bunga. Saya bertangguh-tangguh sampai habis musim pun. Banyak ada  cerita pasal bunga sebenarnya tapi terus terang saya rasa agak sikit ralat nak muat gambar yang diambil dengan camera phone. Imej objek kurang jelas dan warna asalnya kadang kala sukar dijelmakan.

Kenyataan ini adalah untuk diri dan gambar di blog saya sahaja tanpa menyentuh sesiapa. Ini kerana dari awal kemunculan semua gambar di blog saya di rakam dengan camera. Secara peribadi saya sangat suka bunga saya dirakam dengan cantik. 

Tapi tak ada pilihan semenjak camera rosak dan computer pun turut serta. Cuma hand phone murah saja di tangan. Apa pilihan  lagi yang ada. OK kat atas ni vinca blueberry. Beli benih dari Go Green

Seterusnya saya  beli benih pula dari Ida Emlin.  Penjual online melalui fb. Sukar nak dapatkan bunga vinca yang rare warnanya di nursery. Jadi pilihan tepat beli dari pembekal benih. Murah saja.

Ni cantikkan. Malangnya tak sempat kutip benih. Boleh kata semuanya mati  kena serangan kanker kerana terdedah dengan limpahan air hujan. Sesuatu yang perlu di elakkan. Agak malang kerana saya terlewat peka.

Merah berbelang purple.

 Ini antara yang paling tahan lasak. Jenis biasa dan banyak biji benih.

Ini asalnya plain merah bata tapi waktu cuaca sejuk beberapa bulan lepas colornya tiba-tiba bertompok putih.

Ini sudah arwah. 

Ini pun...rata-rata tak sempat berbenih. 

Mmm....setakat ini dulu saya posting pasal vinca. Nanti sambung  lagi di episod ke dua. Berjela sangat kalau nak muatkan disini semua.

OK kawan-kawan,  please take care. Happy blogging & happy gardening.











9 comments:

  1. Cantik3.
    Suka tenguk bunga.
    Kamera hp pun okay juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih WP.
      Mmm....berminat juga nak beli hphone yg eluk sikit tapi tengok harga tu... Eh, baik beli computer baru pula. Tak sakit mata nak menaip kan. Screen hphone pun kecik sangat. Hehehe....

      Delete
  2. apa kabar kak mala...
    alhamdulillah masih diberi peluang bernyawa dibumuNYA..

    ReplyDelete
  3. Kammmm.... Rindunya. Lama tak bersiaran. Kawan-kawan lama semuanya menyepi. Cuma tinggal Diana saja. Harap sentiasa sihat ya Kam. Moh la menulis dan bercerita semula. Terima kasih kerana masih ingat.

    ReplyDelete
  4. Cantik gambar walau pun guna phone. Kalau tak silap ini lah bunga yang saya lihat di floria putrajaya 2018 tempoh hari. Saya sangka bunga periwinkle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..sama juga periwinkle. Tapi nama komersil kat fb bunga vinca. Kemunting cina pun ya juga.
      Satu masalah ambil gambar dgn hphone yang saya pakai ni.. Color lari..dan tak clear.

      Delete
  5. I want that dark purple one! What a gorgeous collection, love them all. Btw, I have always like the light pink ones. Oh, the bright red as well LOL...

    ReplyDelete
  6. Hi Steph,
    Like a nightmare all my purple vinca destroyed by fungus in two weeks. Until now just cant believed it.

    ReplyDelete
  7. Pokok ni, dulu banyak kat rumah saya tapi yang warna putih, pink dan purple tu. Selalu tumbuh dalam pasu. Kiranya dia menumpang la. Saya buang sebab pokok ni ulat beluncas suka makan daun dia. Geli saya nak kutip ulat tu. Jalan terbaik, buang semua.

    ReplyDelete