Sunday 28 October 2018

Cerita Kucing

Seperti bunga,  kucing dan saya berpisah tiada.  Seawal usia kecil kucing merupakan sahabat dan kesayangan. Memandangkan mereka ini  sebahagian  dari kehidupan saya jadi setiap kenangan harus disimpan disini bersama yang lain.

Tidak faham kenapa orang  terus berlaku kejam pada haiwan kesayangan nabi ini. Melihat mata yang sayu begini cair rasa simpati. 

Namanya Oppo. Dibuang ibu seusia dua minggu. Pada saat gambar ini diambil umurnya sudah sebulan lebih tapi tubuhnya sangat kecil mungkin kerana terencat sebab dari awal di abaikan oleh ibu sendiri. 

Berkali sebelum ini saya kata tidak selepas kehilangan Tome hampir setahun yang lalu namun anak bongsu berkeras mahu. 

Gambar di usia dua minggu. Ketika bersih dimandi dan di alu menjadi ahli keluarga baru.

Dipercayai Oppo ini anak pertama berbulu putih baka dari bapa kucing saya si Kastih. Walau sudah hampir 5 tahun dia menjadi kassanova keliling taman, Oppo se ekor ini sahaja yang lahir mirip 100%  bapanya.

Beratus juga kelengkapan baby dibeli untuk keperluan si Oppo. Sifatnya manja, lembut juga cerdik.

Malangnya usia Oppo tidak panjang. Dua hari selepas gambar ini di ambil Oppo pergi menemui penciptanya. Kesilapan menyemburnya dengan ubat kutu telah membuat dia keracunan dan lembek tidak bermaya. Bercucuran  airmata sibongsu.

Selepas dua minggu berselang anak talipon bagitau dia jumpa anak kucing cedera ditepi jalanraya. Pada waktu malam kesaorangan tanpa ibu. Pada mulanya saya menolak. Tidak larat untuk bersedih lagi.

Susah juga jika anak pun berjiwa kucing. Dia tetap bawa balik. Tersentuh hati tengok. Ekornya cedera parah. Tidak ada bulu.  Luka berdarah nampak isi.  Akhirnya ekornya terpaksa dipotong kontot. Tidak berhasil walau disapu ubat. Ketika ini masih belum sedar dari bius.

Kini sudah sihat cergas. Kami namanya Abu sempena warna bulunya yang kelabu. Abu sangat menikus, cerdik dan nakal. Telatahnya menambat hati keluarga.

Kenakalannya mengingatkan saya pada Tome yang hilang hampir setahun yang lalu. Tuhan saja yang tahu betapa rindunya saya pada dia. Apakah ini pengganti?

Pun begitu ada orang yang tidak gembira dan merajuk. Siapa lagi kalau bukan ibu rumah ni si Kaspin. Dulu masa ada Tome pun dia rajuk panjang. Tidur diluar. Kali ni Abu pula. Lari lagi tidur diluar rumah. Mmmm....macamana nak pujuk ni... 

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy  gardening! 



Saturday 13 October 2018

Lotus/ Teratai

 Tempat saya masih hujan berterusan. Musim peralihan monsun sekarang. Saya pun agak kelam kabut kerana kena menjadi full time nanny menjaga dua cucu dirumah. Abah mereka kemalangan. Hari ini menjalani pembedahan paha masuk besi. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan urusan.

Memang memerlukan kesabaran yang tinggi apalagi cucu lelaki dalam fasa berjalan. Buasnya ya amat. Penat tapi terhibur. Tambah terhibur bila melihat lotus saya tak putus berbunga. 

Kembang yang kedua dan seterusnya sangat besar dan cantik kejadiannya. Senyum saya setiap kali melihatnya berdiri tegak depan rumah. 

Kelopak yang terbentuk sangat sempurna. Terbuka mengikut susunan. 

Pandang dari sisi mana pun tetap menawan. 

Kuntum kelima yang paling besar dan tinggi. Hampir enam kaki.

Walaupun begitu ada juga yang tidak menjadi. Kering sekerat jalan. Layu ditasik madu... 

Manakala yang lain  berjaya membuka kelopak. Kembang cantik bak cangkir. Bila petang bunga ini akan kembali menguncup.

...dan pagi esuknya kembang lagi. Proses ini berlaku dua ketiga hari kemudian kelopaknya mulai terlerai dan gugur.

Ini pod biji benihnya. Sepatutnya ia membesar menjadi kekacang benih. Namun setakat sekarang ianya belum berjaya. Biji benihnya terhenti membesar sekerat jalan lansung kering. 

Tak mengapa belum ada rezeki. Belum ada  rezeki juga untuk menambah koleksi  lain warna. Hurmm..hujan masih berlarutan. Dapat panggilan dari anak suaminya selamat bedah dan sudah sedar. Alhamdulillah. 

OK kawan-kawan,please take care. Happy blogging & happy gardening!









Tuesday 2 October 2018

Purple Butterfly Bush.

Oktober sudah. Sekejap saja sudah mahu sampai ke penghujung tahun. Lama juga tidak posting. Bukan apa. Sibuk berkebun semula dan replant pokok bunga. Hujan ditempat saya masih bermusim. Belum ada tanda mahu reda. Jadi tak boleh berleka. Takut nanti putus benih pula.

Hari ini mari kita lihat pokok baru saya. Butterfly bush purple. Beli di nursery setempat. 

Tahun lepas saya beli yang warna putih. Kemudiannya baru saya tahu rupanya ia bukan sejenis dengan pokok yang baru. Berlainan spesis namun bunganya kelihatan serupa. Juga di panggil butterfly bush. Namun baunya sangat harum menusuk. 

Manakala yang berwarna purple pula mempunyai haruman  yang lebih lembut dan segar. Kon bunganya pun lebih besar dan panjang. 

Sesuai nama... butterfly bush. Gambar begini merupakan bonus bagi sesiapa yang menanam pokok ini. Untung saya dapat merakamnya. 

OK kawan-kawan, please take care.  Happy blogging & happy gardening!