Friday 27 December 2019

Ziarah Kasih (1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan bloggers. Hari ini kita sudah berada di Jumaat terakhir untuk tahun 2019. Pejam celik sudah sampai ke penghujung tahun. Banyak suka duka bertandang dan berlalu. Banyak juga cerita
yang terbenam belum sempat di kongsi dan simpan di sini. Tak tahu siapa yang mengejar siapa. Samada saya atau masa. Berjalan berlari tapi tetap tak sampai di garisan penamat.

OK sebelum meneruskan cerita, ini saja gambar yang mampu dirakam dihalaman rumah saya sekitar jam dua petang tadi. Gerhana matahari yang fenomenanya cuma akan kita jumpa semula 20 tahun akan datang. Saya tidak pernah ingat sebelum ini, tapi hari ini pertama kali dalam hidup saya berasa sangat nyamanya berada dibawah pancaran matahari terik tapi tidak terasa langsung bahangnya. Subhanallah.

OK berbalik pada cerita. Saya pernah berkata di sini dulu, ingin menziarah kasih kawan-kawan lama saya. Kawan-kawan arwah ibu dan bapa juga kampung halaman semasa saya kecil. Bukan jauh sangat tapi keterbatasan masa melambatkan hajat. Akhirnya   saya berjaya juga menapak di kampung kelahiran. Perkara pertama yang buat saya terpegun.  Barisan pokok  itu... So amazing!  pokok pelam telor yang sering kami curi buahnya masih tesergam di situ. Masih utuh berdiri menjadi sempadan.
Banyak kenangan lama berlegar disekelilingnya. Buat saya terus tersenyum dan ketawa....

Rumah pemilik pokok pelam. Telah berubah rupa tapi anjungnya masih serupa. Satu waktu dulu pernah menjadi rumah dan laman tercantik di kampung. Hanya orang tertentu saja yang boleh datang dan berjalan melalui tanahnya yang dipagari kawad berduri. Sudah tentu tidak untuk saya dan sesetengah keluarga lainnya. 

Namun waktu itu tidak pernah saya lupa pada seorang gadis  yang menghuni di rumah tersebut. Dia ibarat sebutir permata yang bercahaya. Sangat suka melayan bebudak. Pernah curi-curi suapkan saya nasi di celah pagar. Maklumlah zaman budak dulu perut sentiasa lapar. Dan dia masih setia dirumah itu...... 

Bersempadan dengan tanah tuan pokok pelam ialah  tanah tuan rumah yang kami tumpang. Rumah keluarga saya dibelakang rumah-rumah ini. Zaman itu ada barisan pokok jambu batu berbaris di antara dua buah rumah ini. Masa itulah sekitar tahun 69 atau 70an saya pertama kali melihat Dr Mahathir datang merawat pesakit. Ramai jiran datang untuk merai. Saya ingat saya terpaksa memanjat pokok jambu bersama budak lelaki lain semata-mata untuk melihat Tun dari dekat melalui jendela yang terbuka luas. Dia tersenyum manis memandang kami. Ohhh.. segaknya Tun waktu itu. Kelihatan lembut dan sopan.

Ini pula rumah tuan tanah kami. Sangat daif sepi tiada penghuni. Jatuh juga air mata tatkala merakam gambar. Macam nampak-nampak saya dan anak tuan rumah berlarian bermain masak-masak di atas beranda.

Kini cuma tinggal sisa tangga batu dari sebahagian beranda kayu yang lama sudah roboh.

Saya juga jumpa sebiji  pelapik batu beranda kayu di situ.  Menurut anak bongsu tuan tanah tinggal dia seorang saja yang masih hidup. Kakak dan dua abangnya sudah meninggal. Sayu dan terharu dengar. Dulu dialah kawan lelaki  sepermainan saya. Kami sebaya. Setelah hampir 40 tahun berpisah akhirnya kami bertemu semula dengan penuh keterujaan di majlis perkahwinan anak saudara saya pada bulan September lepas.

 Lawatan sehari tidak mungkin melengkapkan hajat yang tersimpan sekian lama. Masih ramai lagi rakan taulan yang belum saya temui. Semoga saya masih punya waktu dan tidak terlambat. Saya berdoa moga hasrat saya dimakbulkan   In sha Allah.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!

Wednesday 18 December 2019

Bundle

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan bloggers. Sedar tak sedar kita sudah sampai ke penghujung tahun ya. Mmm...sekejab saja masa berlalu.
Hari ini nak bercerita pasal bundle. Ada tak kawan di sini peminat pakaian atau barangan terpakai ni? 

Saya adalah peminatnya. Tak kisah apa benda. Asal berkenan saya akan beli. Mesti lah kerana harganya yang murah dan kebanyakkan asal dari luar. Sesuatu yang sukar kita dapatkan di sini. Kalau ada pun harganya  tersangat mahal.

Macam alas meja crochet ni....jumpa terus ja beli. Memang suka sangat kait jenis ini. Kalau sesiapa yang berminat boleh tengok di fb Liscrochet bundle ya. Huish....rambang mata. Macam-macam kain hiasan ada.

Tak malu cakap sekitar  tahun 2008 dulu saya memakai baju bundle ke pejabat. Ada satu tahun tu saya beli baju raya bundle untuk dua orang anak. Tak habis 15rm pun. Sehelai seringgit. Pilih sampai lebam. 
Bukan tak ada duit tapi pakaian disitu tersangat cantik dan moden. ( Kedai tersebut di kampung saya  ) Semuanya dari Jepun dan Korea. Masa tu rasanya satu Malaysia turun kesitu untuk membeli termasuk para peniaga. Band boy pun ada beli. Datin pun ada......

Tapi sekarang pakaian di kedai tersebut sudah tidak semewah dan cantik seperti dahulu setelah bossnya bertukar tangan. Harga pun sudah naik dan mengikut item. Kira kilo bukan helaian. 

Membeli di sini kena berhati dan pandai memilih. Untung dapat yang baru atau reject kilang. Kadang yang branded pun ada. 

Apa pun saya selesa membeli bundle yang sudah dicuci dan distril. Sekarang ni saya lebih suka membeli hiasan alas meja dan perabot. Baju-bajuan dah tak sesuai untuk makcik...

Agak malang....dari dulu sampai la belum terjumpa pokok bunga bundle atau second hand. Pasu reject ada la jual... Kalau la ada. Saya lah orang yang paling bahagia dalam dunia....


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!


Thursday 28 November 2019

Happy Moment - Hari Lahir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua rakan bloggers. Harap semuanya sihat. Berlalu dua minggu lepas saya telah menyambut hari lahir yang kesekian umurnya. Syukur alhamdullilah masih se panjang ini usia saya.

Menuju usia senja saya beritahu anak. Please no more cakes and jambangan bunga. Just happykan mak dengan pokok  ja...So pada hari tersebut di sinilah saya. Menikmati dan membeli.

Walaupun sangat rambang mata tapi saya berusaha tidak tergoda. Kerana saya sudah berjanji untuk tidak berlebih. Lagipun saya dalam fasa ...less is more.....

Berusaha untuk minimalist. Jadi cukup saja dengan dua pokok hiasan hijau. 

Apa lagi yang boleh buat saya happy? Salah satunya. Melawat kedai deco. Tengok-tengok saja tak beli pun tak pa...

Tapi bila tengok berkenan pula. Hahaha....lembut saja warna bunga ni nampak. Kan..sweet saja  dia walaupun tiruan.

Masa beli si Peach, Meah purple ni macam suruh- suruh saja bawa balik dia sama. Mmm...
dua-duanya sweet. Saya tak pandai mengubah. Jadi letakkan dalam vase begitu saja. Just simple and nice.

Happy moment...harus dirai dan dingati. Banyak detiknya  berlalu terlupa simpan di sini. Jadi dari hari ini seterusnya akan ada banyak cerita gembira saya bawa. Hidup harus di teruskan selagi bernafas. Yang sedih dan buruk itu jadikan sempadan.

OK kawan-kawan, please take care. Happy gardening & happy blogging.



Thursday 14 November 2019

Tuaian Hasil Kebun

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kawan bloggers. Sibuk sungguh saya. Hampir dua bulan tak posting kat sini. Banyak cerita ada tapi asyik ralit dengan benda lain.

Seperti yang dijanjikan ini bunga dari kuntum yang saya  pamir pada posting yang lepas. 

Ini buahnya yang masak. Rasanya manis seakan jambu merah. Dah masuk kategori buah nadir. Orang lama mesti tahu buah ni. Buah kemunting. Di tempat saya banyak tumbuh secara liar.

Syukur alhamdulillah. Sepanjang tahun ini hampir semua pokok buah yang saya tanam dalam pot berbuah. Limau kasturi ini pemberian dari jiran setelah bertahun tidak menjadi dilamanya.

Saya pindahkan ke kebun. Setelah di tukar pasu  dan dibaja, buah mulai keluar bergugus.

Dari Ramadhan sampai sekarang masih berbaki lagi dipokok. Saya rasa ingin biakkan limau ni sebanyak mungkin. Ada permintaan dari kedai runcit. 8rm sekilo harga tolak.

Lemon dikebun pun mulai berlajar berbuah. Kulitnya jauh lebih cantik dari lemon belakang rumah tapi lalat buah pula suka menyengat.

Semasa membelek lemon saya jumpa sarang burung bulbul yang terdedah diranting yang rendah. Ada dua ekor anak yang comel didalamnya. Moga  mereka selamat dari menjadi mangsa kucing liar yang selalu masuk ke kebun.

Kutipan hasil pertama lada beberapa bulan lepas.

Saya keringkan dan simpan.

Beberapa hari lepas barulah pertama kali saya rasminya untuk membuat sos lambchop.  Saya tumbuk dalam lesung. Harum semerbak bau ladanya.

Manakala dikebun induknya sedang berbuah buat kali kedua. Sebulan lagi bolehlah di petik dan dikeringkan buahnya.

Baiklah semuanya. Saya akhiri posting hari ini dengan kuntuman bunga ros yang cantik ini. Ada masa saya bercerita lagi.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!



Monday 23 September 2019

Tuaian Buah2an.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah penghujung September. Baru sedar belum ada entry baru lagi bulan ni. Sememangnya saya agak sibuk dari akhir bulan lepas. Mengemas barangan untuk renovate dapur. 

Sungguh memenatkan bila renovate dapur lama. Mengumpul barang ketepi satu hal. Berdebu satu rumah pula satu hal.

Tambah lagi minggu ini berjerubu satu pulau.

Pada masa yang sama kena melayan kerenah sikecil ni....semua benda menuntut esabaran.

Walau apa pun biar  kita tolak keserabutan  di atas ke tepi. Jom tengok hasil buah2an yang saya tanam.  Tuaian ketiga mempelam untuk  tahun ini. Semuanya habis di jual.

Kutipan pertama belimbing buluh. Dapat semangkuk. Saya buat masak lemak kuning dan selebihnya buat kering untuk bahan acar.

Masih lagi terus berbuah dipokok.

Sepanjang tahun ini belimbing madu saya semuanya buruk diserang lalat buah. Cuma beberapa biji saja yang eluk dan selamat.

Tuaian kedua sekaya merah. Manis berkrim. Feveret saya...

Tinggalan pucuk untuk di replant. Batangnya dijual kepada peniaga air tebu. Inilah pertama kali saya jual tebu. Dapat 33rm. Sebelumnya saya tebang dan beri pada jiran tapi banyak yang tidak berminat.
Kadang tebang kering begitu saja.

Amra yang sentiasa ada. Tidak siapa berminat dirumah. Jadi 100% hasilnya untuk jiran yang kaki garam belacan.

Siapa kenal putik bunga pink yang comel ini ?  Bunga buah apa ya....pandai teka lah. Buahnya kita tunjuk dalam entry berikutnya.


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!






Monday 26 August 2019

Aster

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kawan bloggers. Lama tak posting pasal bunga. Kali ini giliran aster  pula bersiaran. Sudah hampir dua tahun saya cuba mengumpul variety bunga ini. Semuanya saya beli secara on line dari nursery dan beberapa orang persaorangan. 

Kebanyakan variety yang ada sekarang berasal dari Thailand.

Ini pemberian anak pokok dari  kawan  fb, Anne Noraina.  Cantik sangat bunganya bila kembang. Warna terang. Kuntumnya sebesar siling lama 50 sen.

Ini pula aster kampung. Jenis pertama tanam. Paling tahan lasak. Aruah mak pun dulu banyak tanam. Wajib ada dilaman.

Sebenarnya aster sangat mudah ditanam dan dibiak. Dengan keratan batang pun boleh tumbuh. Saya main cucuk ja merata pasu.

Dari pengalaman aster lebih cantik berbunga dan kelopaknya lebih tahan lama dalam panas atau teduhan cahaya terus.

Begitupun ianya tidak bertahan cantik dalam musim hujan. Kuntum bunga mudah layu dan cepat dapat serangan penyakit.

Daunnya cepat menjadi lecur hitam dan pangkal pokoknya pula sering diserang fungus. Juga serangan ulat dan siput.

Mungkin kerana tiada semburan perlindungan maka aster saya banyak yang mati  bila terlebih hujan.

Ini antara yang mati. Putus benih.

Ini juga..... Nilai kerugian? Mmm..malas cakap lah 😁😁😁  Apapun saya sudah beransur kurang mengorder bunga atau biji benih. Tumpuan lebih kepada pokok buah dan pokok yang sedia ada. Sudah insaf. Doakan saya berjaya dalam usaha ini. Hehehe..

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!