Monday 14 January 2019

Plumbago Auriculata

Selamat Tahun Baru buat semua kawan bloggers ya. Walau agak terlewat ucapan ini  tapi rasanya kita masih dalam suasana kan. 
OK entry pertama tahun 2019 ni saya mulakan dengan bunga plumbago. 

Nama tempatannya pokok Chelaka atau Derhaka Mertua.  merupakan bunga feveret saya. Setiap sudut laman di rumah  mesti ada pokok ini. 

Pokok yang berasal dari Afrika ini sangat tahan cuaca samada panas atau sejuk juga berbunga sepanjang tahun. Sekarang saya sudah miliki tiga warna. 

Biru terang atau dipanggil juga Imperial Blue. Ada kalanya warna ini menjadi lebih gelap dan solid. 

Biru cair. Pokok ini boleh dibiak melalui keratan batang atau biji benih. Tapi setakat ini belum pernah jumpa biji benihnya. 

Putih bersih. Pokok ini tidak cerewet dibela. Sentiasa berbunga dan tahan bertahun-tahun.  Walaupun dikategorikan beracun tapi pokok ini tetap mempunyai khasiat perubatan tradisional tersendiri. 

Suka matahari penuh dan air yang mencukupi. Pangkas pendek batangnya bila daun mulai kering dan kehitaman. Jangan risau pucuk baru akan tumbuh lebih eluk nanti. 

Ini pula pokok jiran. Jatuh hati tengok. Tak sangka rupanya lebih cantik bila digantung. Selama ini saya letak dibawah sahaja. 

Terus tiru...

( gambar google )
Belum jumpa lagi warna merah ini atau dipanggil plumbago indica. Terbayang dimata jika disatukan warna ini dengan yang putih tentu sangat cantikkan. Tungguuuu..... 


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening! 








39 comments:

  1. Beautiful and delicate flowers.
    Have a wonderful week
    All the best to you
    Maria
    Divagar Sobre Tudo um Pouco

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Maria.
      Have a wonderful week to you too.

      Delete
  2. Cantik!
    Nak tiru juga. Gantung dia.
    Pokok saya tidak mahu berbunga lebat pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan mengantung MITS.
      Pokok ini suka full sun atau separa cahaya pun boleh. Baru dia galak berpunya. Wajib air mencukupi. Baja sebulan sekali dah memadai. Pangkas pokok bila lihat daunnya suka mengering.

      Delete
  3. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Cantiknya bunga tu, berkenan pula hati menengoknya. Tapi ngeri juga nama tempatannya hehe..

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Abu.
    Memang patut ngeri pun dengar namanya.Antara khasiat perubatan tradisionalnya ialah untuk tujuan pengguguran.

    ReplyDelete
  5. Hey, you have the white one already! Yippie!! I am jealous now... I don't have the blue already. The red one is going to be fantastic if we can it here. Plumbago is a must have in every garden. Lovely blooms and forever in bloom.

    ReplyDelete
  6. Ya Steph I'm agree with you. Plumbago is a must have in every garden. Very tahan lasak and blooming all year round.Now I'm prepared for hari raya pots. You know sometime this pretty flowers look like hydrangea.

    ReplyDelete
  7. Atuk ada serumpun yang berwarna biru....memang bunganya tak henti sepanjang tahun.Warna yang lembut menyeri rumah Atuk...cadang nak biakkan lagi...cuma kawasan rumah pula terhad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak cukup ruang boleh gantung Atuk. Pokok ni ada panas dan air cukup sudah memadai.

      Delete
  8. Salam Tahun Baru NS.... Cantiklah, bunga dia sejambak sejambak kan.....
    Saya ni tengok sukalah NS tapi nak menanam kurang sikit . Kurang rajin nak membela hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa kalau tak rajin menanam tapi tetap suka tengpk bunga. Nanti esuk2 mungkin jatuh cinta pula.

      Delete
  9. Cantik kemenjadiannya.
    Tapi nama tempatannya yang tak senonoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la WP. Kadang-kadang nama tempatannya memang agak pelik dan menghairan ku an juga macamana boleh dapat nama begitu.

      Delete
  10. Wah, laman makin meriah denagn pelbagai bunga-bungaan

    ReplyDelete
  11. Cantik sungguh bunga ni. Meriah..!

    ReplyDelete
  12. Pehh Baru perasaan nama dia.. haha mmg rare.. ingatkan mama lidah mertua dah rare.. Ni lagi dasat nama dia

    ReplyDelete
  13. mak ana panggil bunga ceraka kak Mala, pertama kali dengar derhaka mertua tu hehe, setakad ni pernah jumpa yang biru je. Putih dan merah tak pernah jumpa lagi, tapi boleh bayangkan hat merah tu kalau meriah berbunga mesti cantik kan kak :)

    ReplyDelete
  14. Itula... Belum dapat yang merah lagi.

    ReplyDelete
  15. Menawan tanam di pasu tergantung macam waterfall cascading

    ReplyDelete
  16. Itu la. Saya sendiri tak sangka begitu cantik digantung.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. Akak punya hanya berdaun tak mau berbunga. Cmmana nak buat...😢

    ReplyDelete
  19. Saya dah jatuh cinta dengan pokok plumbago ni.... tapi ada beberapa ja.. warna biru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas letak baja ungu dan letak di panas,,, dah cantik2 pokok saya

      Delete
    2. Baguslah. Sesekali kena trim bagi naik pucuk baru.

      Delete
    3. tak reti nak trim, ajar sikit... :)

      Delete
    4. Just kerat saja mana2 ranting yang habis berbunga dan juga ranting yang kehitaman dihujungnya. Ranting yang dipotong boleh replant semula.

      Delete
  20. Salam sis.. Saya nak tanya mcm mana penjagaan pokok ni ya? Saya baru beli anak pokok ni sbb nampak cantik tp masih samar2 lg cara penjagaannya. Perlu selalu letak baja ke?

    ReplyDelete
  21. I've just bought it. Lovely flowers. Boleh tanam bawah matahari? Direct sunlight without shady place.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya direct sunlight to kalau musim kering elok kurangkan kena cahaya.

      Delete
  22. Macamana nk biakkan pokok ni.. Cucuk batang ke anak

    ReplyDelete