Monday, 27 July 2020

Peria Putih & Butternut Squash

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan bloggers. Aduh..dah dua bulan lebih tak posting kat sini. Tak tau sibuk kut mana. Beginilah kalau kemalasan melanda. Puas bertangguh.

Sekarang musim hujan. Tak banyak kerja boleh dilakukan dikebun. Untuk hilangkan bosan  saya perisi kabu untuk buatkan bantal. Lihat...anak dara gebu tu sibuk menempek sama.

Peria putih dari tanaman musim panas yang lalu. Benih pemberian dari kawan fb.
Sebenarnya sudah hampir tiga bulan saya kurang aktif di kebun.

Ini pula  butternut squash. Juga dari musim yang lalu. Musim hujan kebun kebanjiran dan serengga perosak begitu banyak membiak sebab itu cuma sayuran tertentu yang sesuai sahaja di tanam.

Kalau ditanya, saya lebih suka peria hijau dari yang putih. 
Peria putih nampak rare dan cantik namun tekstur isinya lebih crunchy dan keras.

Hasil kutipan yang serba comel. Nampak bunga tongkeng...sedap digoreng dengan telur. Nanti kita cerita tentang pokoknya pula.

Setakat ini dulu buat panas injin..😀 Mudah2an mood rajin berblog kembali semula. Minta maaf sebab lama tidak melawat anda tapi di hati tetap teringat tau..

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!

19 comments:

  1. Pertama kali dgr bunga tongkeng tu kak mala..jakun sungguh saya ni

    ReplyDelete
  2. So lovely! Saya sedang tanam butternut squash minggu lalu, semoga subur dan berbuah lebat nantinya. Saya ingin tanam Paria putih, beberapa kali belanja di nursery tetapi selalu kosong, entah kapan saya bisa beli benihnya.

    ReplyDelete
  3. Saya kalau tanam labu kampung yang biasa tak pernah mau menjadi buahnya tapi kalau tanam butternut squash alhamdulillah. Walau tak banyak tapi tetap ada hasil.

    ReplyDelete
  4. Sama lah kak, online jer tapi kalau penyakit M tu melanda...erm. bunga tongkeng tu teringat seorang unty cina dulu selalu bagi, sekarang lama dah tak nampak dia berkebun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga tongkeng ni orang cakap buat sup dengan ayam atau goreng dengan udang sedap. Kak belum cuba lagi dua resepi ni.

      Delete
  5. Blogs are not a obligation, we write and we will visit blogger friends whenever is possible.
    All the photos are beautiful, I especially liked the first with the kitten and the last with the flowers.
    Take care and be well

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Maria.
      Please take care too.
      Covid 19 still moving around in our state.

      Delete
  6. Wah rare ni peria putih. Pertama kali tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam kak mula tengok dulu punya teringin nak benih. Tau2 ada sorang kawan fb bagi percuma. Tak sangka dapat juga tanam dan tengok depan mata.

      Delete
  7. I find the texture of the white bitter gourd is harder than the green ones, do you?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Steph the bitter gourd texture more harder.

      Delete
  8. chomey je gmbr2 yg disusun dgn bunga tongkeng gituuuu., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la Wak. Kena chome sebab sayuran tu semua kecil chome😄

      Delete
  9. Semua benda yang zumal tak pernah makan dan kenal ni 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kelejihan blog walking banyak cerita baru boleh jumpa.

      Delete
  10. Putih gebu peria tu, kalau banyak bergantungan di pokok nampak cantik.
    Suka semua gambar.
    Bantal kabu sangat selesa.

    ReplyDelete
  11. Hubby tak suka bantal foam. Dah 30tahun dengan bantal kabu tapi tu la kena rajin jemur,tukar kabu tukar sarung sebab kabu ni cepat hapak kalau tak berjemur.

    ReplyDelete
  12. Sori keluar tajuk. Kak boleh ka jual kpd saya keratan pokok siti zubaidah ?

    ReplyDelete