Akhirnya....
Di hadiahkan juga kepada saya sejambak kembangnya...sangat puas hati dan happy...
Berputik dalam musim panas terik, membuatkan hati saya rasa agak gusar kerana takut dia tidak dapat berkembang dengan sempurna.
Namanya pun English roses, terbiasa hidup di tanah tinngi dan tempat sejuk rupanya sangat toleran dengan cuaca setempat. Comel bersahaja dia mengembangkan kuntumnya tanpa sebarang keraguan seperti tuannya!
Pada awal berbunga, setiap dahan cuma mengeluarkan sekuntum bunga, kemudian berlajar-berlajar dua kuntum bunga..
Berwarna pink lembut, bersaiz besar, kelopaknya terbentuk berlapis-lapis, kuntumannya lebih cenderung merunduk kebawah.
Setelah 7 bulan berlalu barulah putik-putik mawar ini berlajar keluar secara bergugus.
Kemudian perlahan-lahan mengambil giliran, kembang satu persatu menayangkan rupa sebenarnya kepada saya.
Saya begitu teruja dan sangat asyik memerhatinya setiap pagi, petang dan malam.
Kerana sudah lama saya tidak membeli pokok ini, rasa-rasanya berbelas tahun sudah.
Dan kini, bila melihat Huntington saya berjaya membesar sempurna rasa teruja untuk menanam rose timbul kembali.
Sebab itu saya rasa sungguh berbaloi membelinya dari EM Nursery..
Walaupun pada waktu awal bookingnya saya agak ragu-ragu, hantar pokok ros by pos, bolehkah hidup pokok yang sampai nanti. Saya tidah boleh bayangkan. Bila sampai saja depan mata..buka kotak..mmmm...panjang satu meter lebih. Berbaloi dengan harga RM50.00...dan diluar dugaan sangat cepat membesar.
In tag IDnya..dari Rakmit Roses Thailand.
Dulu saya berkira-kira hendak sandingkan Mrs Huntington dengan rose jambak Prospertiy.
Konon-konon bila berbunga nanti berjambak-jambaklah keluar mawar pink & putih. Ala-ala Inggeris style...tapi tidak juga menjadi sebab ruang pula tidak mencukupi..
Bila masa berlalu, Mrs Huntington pun sudah serasi hidup dilaman, saya kembali semula teruja untuk membeli mawar yang baru. Awal bulan ini saya order pula Red Piano. Saya berdoa dan berharap dia juga akan serasi dengan cuaca panas setempat seperti kawannya sebelum ini.