Lazimnya di kampung saya di kenali sebagai Bunga Tiga Bulan. Seingat saya, arwah ibu pernah menanamnya semenjak saya kecil lagi. Di kampung selalunya ia tumbuh merimbun penuh dengan bunga. Warna-warna yang ada ketika itu ialah putih, pink dan ungu. Tidak lama kemudian menyusul pula warna pink muda dan seterusnya bunga kahwin dengan warna putih campur pink muda. Cuma warna-warna tersebut sahaja yang berada di ingatan dan saya tidak pernah duga rupa-rupanya masih terdapat warna lain lagi yang lebih menarik.
Meriah berbunga pemberian dari Julie M.
Ini dia! ...Cantik bukan. Mesti ramai yang belum pernah melihat apatah lagi menanam bunga butang warna merah ini...
Saya begitu teruja bila pertama kali terbaca tentang benih bunga warna ini yang dijual oleh Mieyza Dahalan di group fb. Tidak berlengah saya terus buat tempahan dan membelinya. Murah sangat, satu peket cuma RM2.00 sahaja. Bila sampai terus tanam...
Pada awal pertumbuhan, saya menjadi ragu-ragu, melihat pada bentuk daun yang keluar, sangat jauh berbeza dari bunga butang kampung yang biasa ditanam dimana daunnya lebih besar dan lebar. Batangnya lebih besar dan berwarna kemerahan sedangkan bunga butang merah & oren ini daunnya tirus, kecil dan batangnya pula memanjang dan rebah. Betulkah mereka ini sefamili Amaranthaceace ?
Boleh nampak perbezaan fizikal yang ketara bukan...Ini bunga butang kampung warna pink.
close up sikit...
Tapi bila dia mula berbunga...wahhhh...rasa puas dan happy sangat. Warnanya cukup terang dan ceria. Memang betul mereka sefamili tapi yang merah ini dari kelompok Gomphrera Globosa asal dari Amerika Latin.
Bunga butang juga dikatakan mempunyai khasiat dan nilai tersendiri dari segi perubatan. Seperti biasa saya cuma melihatnya dari segi kecantikkan semata-mata. Julie M satu waktu dulu pernah posting tentang kelebihan bunga butang ini dalam entrynya.. Mari kita kongsinya bersama.
Warna Pink Muda yang baru berlajar berbunga...( hasil barter trade sesama ahli group )
Namun saya tidak pasti pula samada jenis yang ini mempunyai khasiat yang sama dengan butang kampung.
Tapi tak mengapalah. itu tidak menjadi soal kepada saya, yang penting, saya tanam, dia hidup dan berbunga......Siapa sangka ya, Butang Oren...
dan Butang Merah dari luar negara ini boleh tumbuh cantik dilaman kita.
Seterusnya saya masih mencari bunga butang ungu dan dwiwarna pink + putih untuk melengkapkan koleksi dilaman. Mungkin kawan-kawan yang lain pernah melihat warna lain selain daripada yang saya pamirkan disini. Sila kongsi bersama...
