Oktober sudah. Sekejap saja sudah mahu sampai ke penghujung tahun. Lama juga tidak posting. Bukan apa. Sibuk berkebun semula dan replant pokok bunga. Hujan ditempat saya masih bermusim. Belum ada tanda mahu reda. Jadi tak boleh berleka. Takut nanti putus benih pula.
Hari ini mari kita lihat pokok baru saya. Butterfly bush purple. Beli di nursery setempat.
Tahun lepas saya beli yang warna putih. Kemudiannya baru saya tahu rupanya ia bukan sejenis dengan pokok yang baru. Berlainan spesis namun bunganya kelihatan serupa. Juga di panggil butterfly bush. Namun baunya sangat harum menusuk.
Manakala yang berwarna purple pula mempunyai haruman yang lebih lembut dan segar. Kon bunganya pun lebih besar dan panjang.
Sesuai nama... butterfly bush. Gambar begini merupakan bonus bagi sesiapa yang menanam pokok ini. Untung saya dapat merakamnya.
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!




