Saturday 28 April 2018

Teratai Siam / Thai Lotus

Awal bulan lepas saya balik kampung untuk ziarah kasih. Dalam masa terhad tu sempat lagi saya melawat nurseri untuk membeli pokok teratai yang sekian lama saya idamkan.  

Tapi biasalah bermula dengan teratai saya pulang dengan empat beg plastik besar berisi pokok bunga.

Sebelum ini saya pernah membela teratai kampung. Sekali sahaja berbunga kemudian  ianya mati. Kerana minat saya beli  pula melalui on line malangnya bila sampai batangnya hancur.  Mati juga. Tidak putus asa beli pula biji benih.  Bercambah dua tiga biji dalam air tapi bila  dipindah kepasu mati lagi. 

Setelah mengalami beberapa siri kekecewaan akhirnya inilah hasil yang saya dapat tiga minggu kemudiannya. Kudup berwarna pink ini muncul anggun menonjolkan kelopaknya yang tersusun indah.  Senyum saya melebar ke telinga. 

Namun sesuatu yang tak dijangka terjadi. Seminggu kudup ini tidak kembang dan terbuka kelopak seperti sepatutnya sedangkan kelopak luarnya mulai gugur satu persatu ke bumi. Mungkinkah kerana cuaca yang terik memberi  kesan  ke atasnya. Frust juga rasa.. 

Akhirnya hujan lebat turun dua hari berturut-turut. Rahmat tuhan. Malam Jumaat lepas kelopak bunga ini mulai terbuka. Paginya saya bangun dengan penuh keterujaan. Mmm... Kembang juga kau ya..

Beginilah indahnya kelopak teratai/lotus Thai ini bila ia kembang sepenuhnya. Walaupun tidak kekal lama namun keindahan bunganya  cukup menawan hati. Saya masih mahu membeli lagi warna yang seterusnya. Warna putih. Tunggu balik kampung pula bula depan.

OK kawan-kawan, please take care.  Happy blogging & happy gardening




Saturday 14 April 2018

Pandorea Jasmine / Bower Vine

 Itulah namanya. Bunga yang mampu membuatkan saya tersenyum setiap kali bila memandangnya. Tak sangka rupanya dia boleh berbunga lebat begini. Dahulu sekuntum dua saja kembangnya. Tapi semenjak bebas dari naungan pokok alamanda barulah dia menonjolkan wajahnya yang sebenar. 
  Tidak putus berbunga semenjak sebulan yang lalu.

Berasal dari negara Australia pokok separa menjalar  ini sangat suka  matahari. Walaupun sekarang ini musim kemarau tengah bermusim namun pokok ini kelihatan subur dan tidak terjejas langsung. Malah makin galak mengeluarkan pucuk baru dan putik bunga. 

Walaupun bunga ini sering didatangi kelulut namun ianya tidak mempunyai haruman yang kuat. Cuma kalau dihidu secara dekat terdapat sedikit bauan lembut yang nipis sahaja. 

Selama menanamnya belum pernah saya menemui biji benihnya. Lebih mudah di biakkan  dengan keratan ranting Pandorea Jasmin atau Bower Vine ini boleh ditemui dengan pelbagai warna. Saya.. mmm... macam biasalah. Sedang memburu warna pink lembut pula. Harap menjadi kenyataan.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening! 

Wednesday 4 April 2018

My Tomato Cherry

Sudah masuk bulan April pun. Sekejap saja masa berlalu. Laman saya belum lagi siap sepenuhnya. Masih dalam proses susun atur. 
Lepas ubahsuai  semua orang cakap laman saya nampak luas tapi saya pula rasa ruang untuk susun pokok makin sempit.  Pokok  sedia ada banyak tapi dah tak tahu nak letak kat mana. 

Tapi  biar lah dulu pasal bunga. Mai kita tengok tomato ceri yang meranum ni. 

Tomato kali ini agak terbiar sebab membesar masa tuan dia sakit.Tidak berbaja cuma harap air siraman saja tapi tetap berbuah cantik. 

Tak macam induknya tahun lepas cukup subur dan rimbun pokoknya. 

Kutip-kutip buah lumayan juga dapatnya. Buat apa sedap?  Selalunya saya picit dalam air asam saja. Sebenarnya tomato ceri boleh masak apa saja. Taruh sebiji-sebiji. Sangat cantik kelihatan masakkan tersebut. 

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!