Showing posts with label Dianthus. Show all posts
Showing posts with label Dianthus. Show all posts

Wednesday, 6 July 2016

Selamat Menyambut Aidil Fitri 2016

Selamat Menyambut Hari Lebaran buat semua kawan-kawan bloggers di Malaysia. Saya dari My Green Eyes ingin memohon ampun maaf sekiranya ada salah silap sepanjang menulis dan menjawab komen dari kawan-kawan di sini. Sesegar Dianthus dipagi hari begitulah harapan saya buat semua kawan-kawan agar bergembira berhari raya di hari yang mulia ini. Maaf Zahir dan Batin.






Saya pulang kekampung bercuti beberapa hari. Hujan lebat pagi ini. Harap semua yang ditinggalkan akan sihat-sihat saja tanpa saya. Siap berpesan-pesan lagi pada pokok tanaman. InsyaAllah.


Ok kawan-kawan, take care. Happy blogging & happy gardening!

Sunday, 16 August 2015

Dianthus Sp

Hampir sebulan tidak keudara..rindu sungguh dengan kawan-kawan bloggers. Sebenarnya saya pulang kampung pada awal bulan ini kerana menjaga adik yang masuk wad jantung. Jadi selama dua minggu saya tidak ber fb dan blog. Tumpukan perhatian pada adik dan terpaksa buang jauh2 kerisauan pada pokok-pokok saya dirumah.  Namun dalam sakit dan dinasihatkan tidak memandu seketika, adik masih sempat melayan saya membeli dan melihat bunga. Apalagi terserempak dengan hari peladang peringkat negeri. Mmm..bling-bling mata dan hati jadinya...

Kali ini hati beralih arah ke Dianthus pula...geram melihat bunga-bunga yang comel berbagai warna ini. Bunga ini saya beli kali kedua dari AB Nursery, kenalan fb yang nurserynya terletak agak berdekatan kampung saya.

Kali pertama beli, adik hantar melalui bot pada puasa lepas.

Dianthus sebenarnya merupakan genus dari 300 spesies famili Caryophyllaceae. berasal dari negara Meditteranean & Eropah namun boleh menyesuaikan diri hidup dan segar berbunga dalam cuaca setempat.

 
Faktor tahan panas inilah yang menarik perhatian saya.  Bunga ini juga sekelompok dengan Carnation atau bunga Teluki yang sering menjadi bunga tema. Hadir dengan berbagai corak dengan warna yang sangat menarik membuatkan bunga ini amat sesuai dijadikan hiasan laman. Dikatakan warna-warna barunya boleh terhasil dari kahwin silang atau cross pollination.

Saya cuma berkesempatan membeli beberapa warna sahaja. Sebenarnya ada juga jenis yang berlapis kelopaknya tapi belum saya jumpa dan beli lagi. 


Dianthus juga boleh bertahan sehingga bertahun jika dijaga dengan eluk dengan baja dan air yang mencukupi.

Dianthus senang dan sentiasa berbunga. Lebih tahan lama kalau tidak sering ditimpa hujan.  

Bunganya kembang berkelompok dan berbau manis lembut.

Kebanyakkan Dianthus yang berumpun ini kepunyaan adik saya. Pokok-pokoknya begitu subur dan berbunga cantik.

Ini barulah koleksi saya. Baru nak menjadi. Buat yang berminat, kalau mahu membeli Dianthus pilihlah yang datang dari Sungai Buluh bukan Cameron Highland. Ini tips dari tauke nursery sebab yang disemai di Sungai Buluh, pokoknya boleh tolerate dengan cuaca setempat.

Bunga ini juga sangat mudah dibiakkan melalui semaian ranting atau biji benih yang boleh didapati dari bunga matang  yang telah kering. Saya rasa sangat berbaloi dibeli kerana murah dan tidak cerewet penjagaannya. 

Ok kawan-kawan. Setakat ini dulu. Happy weekend & happy gardening!