Ke pantai..? Mmmhh! saya pada mulanya agak keberatan dengan ajakkan adik bongsu untuk kesana. Saya masih dalam mood letih kerana baru selesai mengadakan majlis kenduri aqiqah cucu sulung pada sehari sebelumnya. Sebenarnya berkelah di pantai bukanlah kesukaan dan pilihan. Hakikatnya saya tidak suka mandi laut kerana selalunya cuaca panas laut amat kering dan saya tidak begitu selesa dengan air masin dan rasa melekit di kulit. Lainlah kalau memancing dan mencari siput, itu hobi saya...Pun begitu saya begitu suka melihat pantai, ombak, cengkerang dan kulit siput...
Tahun ini adalah untuk yang pertama kali saya berkelah di pantai...rasanya bagus juga sekurang-kurangnya saya boleh mengambil gambar. Lari sedikit dari cerita bunga. Pantai ini terletak dalam kawasan hutan dan perbukitan.
Waktu kami sampai sudah ramai orang bermandi manda di laut.
Tidak buang masa saya terus klik dimerata tempat. Ini batu kelikir kecil yang terletak disatu sudut.
Air pasang. Walaupun pantai kelihatan bersih tapi banyak daun-daun kering terapung-apung didalam air dipukul ombak ketengah dan ketepi.
Pandangan indah dari hujung pantai yang dipenuhi dengan batu-batuan.
Jernihnya air.
Saya mencari-cari kulit siput dipantai tapi tidak jumpa kecuali yang ada ketam angin kecil ini.
Bila saya mahu mendekatinya terus dia lari masuk lubang.
Mmm..tengok masih ada juga cerita bunga walaupun dalam episod pantai.
Morning Glory atau kangkung pantai. Asal saja namanya begitu, mestilah menjadi bunga favourite saya. Tumbuh dan berbunga cantik di pinggiran.
Gugur sekuntum dari kelompoknya, tidak tahu apa nama. Bunga putih bertompok merah ditengah ini cukup harum baunya. Seakan-akan bau bunga kemboja.
Landscape pantai ini cukup indah dan dipenuhi dengan kepelbagaian bio. Kelebihan terletak dalam hutan yang tertua, banyak pokok-pokok yang berusia ratusan tahun masih lagi kelihatan utuh berdiri.
Mata saya terpikat pada pokok yang menjalar dalam lubang di batang pokok.
Tumbuhan ini pun tampak selesa tumbuh di pasir bergaram.
Kayu nan sebatang....
Teruja melihat batu-batuan yang terdampar di hujung pantai ini. Pelbagai corak dan pelbagai warna.
Hakisan air dan angin telah membentuk lubang-lubang kecil yang begitu artistik.
Antara yang saya jumpa. Suka lihat garisan kontor yang terbentuk.
Karang mati yang dipukul ombak ketepian.
Lopakan yang terbentuk oleh hakisan.
Dan apa yang membuatkan saya cukup-cukup terkejut ialah bila menemui kupurama cantik ini sedang berehat di atas pasir. Ohhh...kat sini pun ada dia....Saya berdoa-doa dalam hati. Bukalah sayapmu...
Satu..dua...tiga...Ohhh...dia dah buka sayapnya! Cantiknya warna, Biru firus.
Tuhan itu maha kaya kerana menemukan si biru firus ini disini padahal masa musim panas yang lalu saya gagal untuk mengambil gambar kupurama yang sama jenis ini di laman rumah. Terima kasih kerana tertunai juga hajat.
Jadi...sekarang apa masalahnya ke pantai..? Saya mula dah jatuh cinta..dan mencongak-congak pantai mana lagi yang ada...