Showing posts with label My Kebun. Show all posts
Showing posts with label My Kebun. Show all posts

Sunday, 17 May 2020

Puasa 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan bloggers. Selamat meneruskan puasa dan bertabah hati dalam tempoh pkp sehingga June ini.

Walaupun ada kelonggaran tapi saya masih selesa duduk di rumah. Cuma baru dua hari lepas ke market setelah hampir dua bulan berkurung. Mmm...harga barang mahal..

Mahal pun kena beli jugakan...
Tapi untuk sayuran saya banyak berjimat. Pokok labu air ini saya tanam semasa minggu pertama pkp. Alhamdulillah.  Tiga hari lepas dah boleh tuai hasilnya.

Benihnya dari stok purba. Hampir 4 tahun terperap dalam freezer. Tanam di padang tepi kebun. Tak sangka masih boleh berbuah elok.  Saya gulaikan dengan udang dan edarkan untuk jiran tetangga.

Bulan puasa ini begitu murah rezeki. Pertama kalinya saya dapat memetik kelapa muda dari pokok yang saya tanam hampir sepuluh tahun lalu. Mungkin berkat lockdown,  tiada siapa datang  menjarah. Pokok yang terletak disimpang masuk jalan ini selalunya menjadi rezeki orang lain.

Mmm....nikmatnya minum air nyior muda ketika berbuka....

Pada hari yang sama juga saya berbuka dengan betik  sulung nan sebiji ini. Manis dan cantik isinya.

Pokok pelam yang saya tanam hampir empat tahun lalu pun tumpang memberi rezeki. Lekat 10 biji. Pokoknya kecil sahaja. Saya tanam dalam tong sampah hitam.

Masa awal pkp petik 3 biji untuk buat pelam asam boi. Saya sangka pelam lemak seperti yang saya pesan dari penjual. Rupanya bukan. Masamnya tak terkata. Pelam apa nii...

Bila rasa cukup matang saya petik senuanya untuk diperam.
Tak sabar nak tahu pelam apa...

Waktu berbuka baru tahu...pelam susu rupanya. Manis ya amat....terlampau manis sangat-sangat...

Menyusul pula nanti ialah si durian Belanda. Ini buah sulung yang saya petik tak berapa lama dulu. Masih berbaki beberapa biji di pokok menunggu hari masak.

Setakat ini dulu. Nanti kita kongsi cerita lagi. Stayhome & staysafe. Ikut SOP agar covid segera pergi. Kita akan stayfree.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!










Monday, 23 March 2020

Stay At Home

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat bloggers. 
Cuaca ditempat saya masih panas walau hujan sudah turun sekali dua. Tambahan minggu ini bermulanya arahan duduk dirumah. Tidak ada masalah besar bagi saya kerana saya ni homely type. Tak sempat pun nak boring atau sakit kepala....

Termasuklah mereka berdua ini. Relax ja kerja...
 Minggu ni tak ada pembelian panik. Kecuali barangan basah, stok barangan kering yang di beli sebulan sekali pun masih mencukupi.

Sayuran pun saya kutip apa yang ada di kebun. 

...atau dibelakang rumah..

Hasil kebun dapur tidak pernah mungkir...

Rajin tanam mesti dapat hasil...

...dan sangat-sangat membantu pada waktu-waktu begini..

Kalau ada lebih kongsilah dengan jiran....

Jangan kedekut....berlajarlah berkongsi sebab bila dalam gawat orang akan lebih menghargai.

Roti sehari sebelum expired. Kalau dulu buang  saja tapi dalam musibah ini ramai chef  tak bertauliah berkongsi resepi di fb. Jadi....inilah hasilnya makan petang kelmarin.


 Semuga semua kita dapat mematuhi arahan dan jaga kebersihan. Covid-19 ada dimana-mana. Berdoalah semuga negara kita kembali pulih seperti sediakala.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!



Friday, 6 March 2020

Murunggai/Moringa

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan bloggers. Berita baik....hujan sudah turun lebat di sini hari ini setelah hampir tiga bulan bermusim kemarau. 
Alhamdulillah....

Lega rasa...sekurang-kurangnya dapat menyejukkan bumi dan meneutralkan udara persekitaran. Katak pun turut happy..onggg...anggg...

Sepanjang musim panas yang lalu kebun saya jadi terang dan bebas rumput. Seronok sangat berkebun time begini. Kurang serangan serangga dan juga penyakit.

Ini mendorong  saya membeli  top soil dengan harga 100rm selori. Puas hati  dapat tanah gembur begini. Tengok siapa teman saya....

Mestilah anak dara gebus ni... Penat angkut tanah pun tak terasa kalau yang tersayang setia menunggu gini...

 Walaupun cuaca sangat ekstrim tapi pokok dikebun tetap subur. Pokok murunggai berbuah lebat kali ini. Murunggai ni banyak khasiatnya. Pucuk, buah dan bijinya semua mempunyai nilai perubatan herba tersendiri.

Sesetengah orang tak makan sebab dikatakan berangin badan. Saya feveret buah ni. Boleh juga dimasak cili, goreng tepung, masak lemak dan ada yang buat kurma pun.

Ini kutipan ketiga dan terbanyak. Dua kali sebelum ini saya buat kari untuk dimakan ramai-ramai bersama kawan-kawan.

Yang terakhir ni pun buat kari dengan udang juga khas untuk jamuan kenduri  tahlil kawan baik di kejiranan. Tak sangka rupanya ramai peminat. Puas hati boleh jamu ramai orang. Mmm...setakat ini dulu cerita kebun. Nanti kita share  lagi.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging &  happy gardening!





Thursday, 14 November 2019

Tuaian Hasil Kebun

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kawan bloggers. Sibuk sungguh saya. Hampir dua bulan tak posting kat sini. Banyak cerita ada tapi asyik ralit dengan benda lain.

Seperti yang dijanjikan ini bunga dari kuntum yang saya  pamir pada posting yang lepas. 

Ini buahnya yang masak. Rasanya manis seakan jambu merah. Dah masuk kategori buah nadir. Orang lama mesti tahu buah ni. Buah kemunting. Di tempat saya banyak tumbuh secara liar.

Syukur alhamdulillah. Sepanjang tahun ini hampir semua pokok buah yang saya tanam dalam pot berbuah. Limau kasturi ini pemberian dari jiran setelah bertahun tidak menjadi dilamanya.

Saya pindahkan ke kebun. Setelah di tukar pasu  dan dibaja, buah mulai keluar bergugus.

Dari Ramadhan sampai sekarang masih berbaki lagi dipokok. Saya rasa ingin biakkan limau ni sebanyak mungkin. Ada permintaan dari kedai runcit. 8rm sekilo harga tolak.

Lemon dikebun pun mulai berlajar berbuah. Kulitnya jauh lebih cantik dari lemon belakang rumah tapi lalat buah pula suka menyengat.

Semasa membelek lemon saya jumpa sarang burung bulbul yang terdedah diranting yang rendah. Ada dua ekor anak yang comel didalamnya. Moga  mereka selamat dari menjadi mangsa kucing liar yang selalu masuk ke kebun.

Kutipan hasil pertama lada beberapa bulan lepas.

Saya keringkan dan simpan.

Beberapa hari lepas barulah pertama kali saya rasminya untuk membuat sos lambchop.  Saya tumbuk dalam lesung. Harum semerbak bau ladanya.

Manakala dikebun induknya sedang berbuah buat kali kedua. Sebulan lagi bolehlah di petik dan dikeringkan buahnya.

Baiklah semuanya. Saya akhiri posting hari ini dengan kuntuman bunga ros yang cantik ini. Ada masa saya bercerita lagi.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!



Monday, 23 September 2019

Tuaian Buah2an.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah penghujung September. Baru sedar belum ada entry baru lagi bulan ni. Sememangnya saya agak sibuk dari akhir bulan lepas. Mengemas barangan untuk renovate dapur. 

Sungguh memenatkan bila renovate dapur lama. Mengumpul barang ketepi satu hal. Berdebu satu rumah pula satu hal.

Tambah lagi minggu ini berjerubu satu pulau.

Pada masa yang sama kena melayan kerenah sikecil ni....semua benda menuntut esabaran.

Walau apa pun biar  kita tolak keserabutan  di atas ke tepi. Jom tengok hasil buah2an yang saya tanam.  Tuaian ketiga mempelam untuk  tahun ini. Semuanya habis di jual.

Kutipan pertama belimbing buluh. Dapat semangkuk. Saya buat masak lemak kuning dan selebihnya buat kering untuk bahan acar.

Masih lagi terus berbuah dipokok.

Sepanjang tahun ini belimbing madu saya semuanya buruk diserang lalat buah. Cuma beberapa biji saja yang eluk dan selamat.

Tuaian kedua sekaya merah. Manis berkrim. Feveret saya...

Tinggalan pucuk untuk di replant. Batangnya dijual kepada peniaga air tebu. Inilah pertama kali saya jual tebu. Dapat 33rm. Sebelumnya saya tebang dan beri pada jiran tapi banyak yang tidak berminat.
Kadang tebang kering begitu saja.

Amra yang sentiasa ada. Tidak siapa berminat dirumah. Jadi 100% hasilnya untuk jiran yang kaki garam belacan.

Siapa kenal putik bunga pink yang comel ini ?  Bunga buah apa ya....pandai teka lah. Buahnya kita tunjuk dalam entry berikutnya.


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!