Showing posts with label Straycats. Show all posts
Showing posts with label Straycats. Show all posts

Monday, 30 June 2014

Ramadhan Hari Pertama..


Alhamdulillah. Selamat berpuasa kepada semua hari ini. Bermula sahur pagi tadi, saya berdoa agar dipermudahkan puasa dan amalan saya di bulan Ramadhan yang mulia  ini. Pagi hari tadi saya mulakan dengan membelek pokok dahulu. Seperti biasa bunga, daun, ulat dan kupurama adalah sebahagian dari rutin pagi.  

Bermula dengan sambungan cerita Hydrangea terlebih dahulu. Keputusannya kedua-dua pasu berbunga biru juga. Sahlah bunga pink sudah pupus. Agak kecewa. 
   
 Namun tanpa  diduga, selang beberapa minggu kemudian jambak kedua yang keluar dari pasu pertama berwarna pink sedangkan dua jambak yang lain berwarna biru. Miracle!

 Hajat hati dipenuhi. Alhamdulillah. Lihat betapa cantiknya bunga yang tidak dipedulikan dahulu  ini berkembang. Lalu saya mula mencari beberapa lagi pokok yang turut diabaikan selama ini.

Salah satu darinya. Copper leaf bertahun-tahun terperuk di ceruk. Ada secotek ubi dan daun kecil semasa saya jumpa. Sebulan sahaja dibelai, lihat hasilnya.

Contra antara warna bunga dan daun begitu memikat.

Purple Heart. Waktu gambar ini di ambil  bunga comelnya dah layu. Pun waktu jumpa dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Sekarang sudah cantik. Harap selepas ini tiada pengabaian lagi.

Panas terik tiba-tiba disimbahi hujan yang begitu lebat. Alhamdulillah hujan di hari pertama Ramadhan. Sejuk suasana. Kesian pula tengok pokok jambu ini. Sebahagian besarnya  bakal dikorbankan dalam waktu terdekat.

Dalam hujan lebat saya terpandang Heliconia ini, seolah-olah  berteduh dibawah daunannya sendiri.

Memang ralit melihat kecantikkan didepan mata. Bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi kemakmuran ini kepada kita semua. Sebab itu tidak perlu kita membazir dan berlebihan segala.

Masih ramai diluar sana yang susah dan kelaparan. Bayangkan kalau hidup kita diumpamakan seperti kucing-kucing berkeliaran ini. Sentiasa mengharapkan belas simpati pada orang untuk sesuap nasi.

Sebab itu mesti banyak beringat. Terutamanya saya. Bulan Ramadhan kali ini mungkin menuntut lebih banyak kesabaran dalam diri ini . Tidak boleh marah-marah. Kena henti semua hamun dan kata nista. Mesti banyak sedekah.

Dan juga amal jariah. Terimalah sesuatu itu dengan penuh kesyukuran. Jauhi prasangka.
  
Apalagi yang perlu saya katakan....kalau melihat setia menanti dan berharap  begini. Tambahan saudara baru pula ... 

    Sedangkan kesayangan saya ini kekenyangan dan enak-enak saja  tidur lena dipermaidani indah..

Sunday, 22 June 2014

Untuk Adik Muhammad Firdaus Bin Dullah..

Hati saya sangat-sangat  tersentuh. Hingga kesaat ini perasaan saya masih terasa  sedih teramat sangat. Tiada kata untuk di ungkapkan, Dengan sepenuh keikhlasan hati  dan dengan sepenuh rasa kasih dan sayang dari seorang ibu kepada seorang anak saya dedikasikan entry ini khas untuk adik Muhammad Firdaus bin Dullah.  Semoga doa-doa yang diaminkan akan melimpahkan rahmat dan memberikan sinar kebahgiaan kepada hidupnya dunia dan akhirat.


                                                Ini bandingan yang selalu diperkatakan....


                     Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dibesarkan dengan penuh kasih dan sayang.

 Melentur biar dari rebungnya...

                                                             Hasilnya  tentu yang baik...


                                                                           Keceriaan


Kegembiraan
Gembira bersama..Menangis bersama..

Blue Beauty..

Afternoon in Red

Evening in Green...

                                                                      Pink Lady..

 First Bloom.. 

 My Sweet Cosmos... 

My Territory....

                                                           Ungu dalam gelap..

  
Kasih Seorang Ibu... 

Monday, 6 January 2014

Jenguk Kebun - Part 1

Dek kerana leka pokok bunga di depan, saya abaikan kebun nan sejemput di belakang rumah. Memang tak cukup masa. Kerja 10-6.00. Sampai rumah dah hampir maghrib. Yang sempat buat, meyiram saja. Apalagi saya kena siram dan servis  3 tempat. Rumah sendiri, homestay Gee dan belakang rumah anak. Hush..! tak cukup masa la.....Hari ini 'terbabas' lansung saya ambil cuti. Boleh lah pi jenguk anak2 yang ditirikan di belakang....

Buka-buka saja pintu belakang, ni ha..pendatang berizin dah menunggu penuh setia


Cili padi, kesum, selom, kucai eluk2 saja. Cuma pegaga, pudina dan basil kena ubah tempat. Panas..

Pandan dah kering.. 

Tak sedar, buah limau purut banyak dah nak masak. Tanam atas tar ja ni...tapi dah melepasi bumbung.



Pucuk kaduk kena penyakit kerekot daun..habis saya cantas..


Tetamu tak di undang sentiasa ada..

Anak beranak ni pun sama saja..


To be continue...