Tuesday 11 September 2018

Hijrah Kemerdekaan.

Hari ini telah bermula tahun baru dalam kalendar islam 1 Muharam 1440 Hijrah. Sebelumnya kita telah menyambut hari kemerdekaan yang ke 61 buat negara yang tercinta.  Buat orang  yang berumur lebih dari sepaaruh abad seperti saya ini kian terasa 'lama' dan pudar. Rasanya masih ada banyak lagi penghijrahan dalam memerdekakan hati dan minda yang belum dan tak tercapai. 

 
Walau pun berusaha sebaik mungkin kearah itu tetapi saya ini selalu terleka dan tidak pernah surut melakukan  kesilapan.  Alpa pada janji dan azam.  Mmmm.... manusia ni memang mudah lupakan... 

Sebut pasal lupa  ni teringat saya pada kejadian bulan  puasa  yang lepas.  Saya pulang untuk berbuka puasa bersama adik-adik di kampung juga ziarah bapa mertua yang kurang sihat. Dalam perjalanan kerumah bapa mertua hari itu saya tiba-tiba mendapat panggilan dari seorang lelaki Cina yang tak dikenali. Terkejut juga. Mula-mula saya ingat dia salesman yang talipon secara rambang. 

Tapi bila dia bagitau dompet duit saya terjatuh di depan kedainya. Allah... Kecut perut tiba-tiba.  Macamana boleh saya tak sedar.  Semua duit raya untuk adik dan mertua ada dalam tu. Berdesup adik pusing kereta menghala semula ke pekan Alor Setar.  Adakah lagi duit tu dalam dompet.... Dalam getar perut saya berdoa pada tuhan yang baik-baik walau otak duk pikir yang bukan-bukan. 

Sampai di kedai tersebut saya disambut oleh wajah-wajah yang ceria ini. Sangat ramah,  santun dan berbudi bahasa. Dompet saya dihulur dan saya disuruh membilang adakah wang saya mencukupi. Allah... Sebaknya dada saya ketika itu hanya tuhan saja yang tahu. Tak putus saya mengucapkan terima kasih kepada mereka. Syukur dompet ini dijumpai oleh insan yang berhati mulia. Saya bertambah terharu bila mereka berkata dompet ini harus sampai selamat ketuannya. 

Tauke kedai yang sentiasa tersenyum. Menurutnya mereka akan menghubungi kawan mereka  di  Langkawi sekiranya saya tidak dapat di hubungi. Mujur dalam dompet terselit kad kerja lama. Ada nombor talipon saya di situ.

Memang saya tak akan lupa jasa mereka sampai kemati. Orang baik orang jahat ada dimana-mana tapi orang yang  jiwa dan mindanya  merdeka sukar ditemui. Sempena tahun baru ini marilah kita semua memerdekakan diri dengan berhijrah ke arah kebaikkan dan kemajuan. 

Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening. 

Tuesday 4 September 2018

Vinca: Bahagian Kedua

Hari ini saya poskan pula bahagian kedua vinca. Bercerita lebih lanjut, di Langkawi  orang tempatan memanggilnya dengan nama Jalang Kampung atas sifatnya yang cepat membiak dan merebak di seluruh pelusuk kawasan. Bukan kerana dia jahat ya...Ini dirujuk pada bunga jenis lama yang berwarna ungu dan putih. Dulu-dulu itulah dua color yang ada pun.

Kemudian barulah masuk warna-warna ceria yang popular pada awal 90an. Jenis tegak berumpun.

Sampailah berkembang kepada vinca jenis gantung pada tahun 2000. Seperti petunia saya dah beberapa kali bertekad tak mahu membeli lagi. Sebabnya pokok ini cukup tak serasi dengan saya. Cepat mati. Orang lain tahan bertahun. Saya habis kuat dua bulan sahaja. 

Tapi dasar hati bunga ni selalu mungkir pada janji. Masuk saja nursery rasa macam nak sewa lori. Vinca ni saya beli pada bulan puasa lepas. Murah besar gedabak baru RM14 satu. Beli di kampung. Tapi bagai sumpahan sebulan kemudian mati. Mmmhhh... 

Yang pasti cuma vinca jenis tegak ini saja yang bertahan lama. Cuma satu saja lecehnya ulat daun hijau macam  iron man tu suka menyerang. Geli geleman tengok. Nak letak gambar kat sini pun seram. 

Vinca jenis rare ini pun boleh dibiak melalui keratan ranting dan biji benih. Namun ia tidak tahan pada kebanjiran air hujan. Batang dan daunnya mula melecur dan menjadi hitam. Walau dikerat tapi masih menjadi.

Memang ada semburan kimia atau organik untuk menghalang kanker ini terjadi  di jual dipasaran. Cuma saya saja yang tidak membelinya. Saya tidak pernah menggunakan kawalan racun dikebun atau dilaman rumah setakat ini.

Semua vinca jenis corak baru ini  datang dari luar negara. Disana terdapat pelbagai variati yang menawan. Tunggu sahaja siapa yang nak bawa masuk. Berkenan nanti beli biji benih. 

Satu perkara yang biasa berlaku,  kadangkala kita tidak mendapat warna yang sama seperti induk. Akan keluar warna-warna baru yang seiras atau berceloreng. 

Banyak juga corak baru yang saya tidak sempat rakam atau terlepas pandang. Tak mengapa untuk musim kedua ni saya akan mulakan pada musim panas nanti. Waktu tu lebih sesuai kerana kurang hujan. Lagipun halaman rumah sempit dan tak sesuai untuk buat shading.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening! 

Monday 3 September 2018

Vinca : Bahagian Pertama

Lama tak posting kisah bunga. Saya bertangguh-tangguh sampai habis musim pun. Banyak ada  cerita pasal bunga sebenarnya tapi terus terang saya rasa agak sikit ralat nak muat gambar yang diambil dengan camera phone. Imej objek kurang jelas dan warna asalnya kadang kala sukar dijelmakan.

Kenyataan ini adalah untuk diri dan gambar di blog saya sahaja tanpa menyentuh sesiapa. Ini kerana dari awal kemunculan semua gambar di blog saya di rakam dengan camera. Secara peribadi saya sangat suka bunga saya dirakam dengan cantik. 

Tapi tak ada pilihan semenjak camera rosak dan computer pun turut serta. Cuma hand phone murah saja di tangan. Apa pilihan  lagi yang ada. OK kat atas ni vinca blueberry. Beli benih dari Go Green

Seterusnya saya  beli benih pula dari Ida Emlin.  Penjual online melalui fb. Sukar nak dapatkan bunga vinca yang rare warnanya di nursery. Jadi pilihan tepat beli dari pembekal benih. Murah saja.

Ni cantikkan. Malangnya tak sempat kutip benih. Boleh kata semuanya mati  kena serangan kanker kerana terdedah dengan limpahan air hujan. Sesuatu yang perlu di elakkan. Agak malang kerana saya terlewat peka.

Merah berbelang purple.

 Ini antara yang paling tahan lasak. Jenis biasa dan banyak biji benih.

Ini asalnya plain merah bata tapi waktu cuaca sejuk beberapa bulan lepas colornya tiba-tiba bertompok putih.

Ini sudah arwah. 

Ini pun...rata-rata tak sempat berbenih. 

Mmm....setakat ini dulu saya posting pasal vinca. Nanti sambung  lagi di episod ke dua. Berjela sangat kalau nak muatkan disini semua.

OK kawan-kawan,  please take care. Happy blogging & happy gardening.