Terletak bersebelahan rumah saya yang juga dijadikan sebuah homestay. Ini adalah sebahagian dari pandangan sisi depan. Tuan rumah punya baik hati kerana membenarkan saya menanam apa saja kerana kerja percuma ini juga sedikit sebanyak menyerikan halamannya yang 99% nya ditumbuhi lalang. Walaupun begitu saya tidak punya banyak masa dan tenaga untuk melaksanakan tugas sukarela ini. Buat setakat yang mampu namun cukup berpuas hati kerana saya dapat tanah extra untuk menanam bunga dan berkebun.
Semalam tuan rumah mengupah orang mesin rumput setelah hampir empat bulan membiarkan lalang bermaharaja lela. Lega hati saya kerana dah berkira-kira untuk menambahkan ruang untuk berkebun.
Ini sebahagian dari sudut-sudut yang saya penuhi dengan pokok hiasan dan pokok bunga.
Kelebihan yang diberikan ini banyak menyelamatkan lebihan pokok-pokok yang ada di rumah saya dari dibuang begitu sahaja kerana kesempitan ruang.
Sebahagian daripada tanaman dan bunga-bunga yang ditanam. Semoga tuan rumah tidak berubah hati dan terus berlapang dada untuk membenarkan saya meneruskan kerja sukarela ini.sampai selamanya.




