Showing posts with label Gardenia - Bunga Cina. Show all posts
Showing posts with label Gardenia - Bunga Cina. Show all posts

Thursday, 3 April 2014

Bunga Cina

Arwah ibu pernah mandikan saya dengan daun bunga cina ini ketika saya demam panas sewaktu  kecil dulu. Daunnya diramas kemudian di embunkan semalaman. Tujuannya untuk menyejukkan badan.  Maklumlah budak-budak kan tidak suka makan ubat. Bila bergelar ibu saya pun mempraktikkan benda yang sama juga untuk anak-anak. Alternatif yang baik untuk meredakan suhu badan yang kepanasan.

Putik bunga baru keluar..

Lama juga menuggu untuk kembang penuh.

 Baru tahu Gardenia tu namanya...ingatkan nama roti ja..

Saya tumpangkan dia dirumah sebelah kerana Che Kam ( bing..) suka makan daunnya. Lama juga tidak berbunga, hampir tujuh bulan,  mungkin merajuk kerana selalu berubah tempat.