Showing posts with label Greetings. Show all posts
Showing posts with label Greetings. Show all posts

Monday, 28 May 2018

Ramadhan 2018

Selamat berpuasa semua. Bertemu juga kita dengan Ramadhan tahun ini. Syukur saya dapat menjalani ibadah ini walaupun pada tahap kesihatan yang agak kurang memuaskan hati. Saya cepat merasa letih dan kepenatan.

Sudah sebulan ya saya tidak posting disini. Terlampau tumpu membersih kebun. Tau tau sudah tiba piliharaya...kemudian puasa. Musim hujan pula melanda bila habis merumput. Sudah merimba balik kebun saya. Penat. Apa boleh buat. Beralih pula pokok depan rumah. Mempelam musim baru sudah pun boleh dituai.

Alhamdulillah. Masak dibulan puasa. Musim ni lebat dan kurang buruk buahnya. Sudah berniat nak makan bersama jiran. Sampai juga hajat. 

Untuk masak serentak buah ini harus diperam terlebih dahulu. Ini dah masak ranum eluk. Manis bergula.

Saya buat pulut lemak berkuah santan. Tapau dan edarkan untuk jiran tetangga.  Kutipan pertama ini untuk sebahagian jiran. Sebahagian lagi pula untuk kutipan kali kedua.

Sepatutnya saya nak posting kisah ziarah kasih balik kampung bulan lepas tapi tertunda lagi. Minggu depan balik lagi kampung. Nak berbuka puasa bersama adik-adik. Nanti boleh la kut cerita pasal bunga.  Balik kampung nanti mesti nak beli bunga baru  lagi.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!

Sunday, 25 June 2017

Selamat Aidil Fitri 2017


Saya Normala Binti Saad mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri 2017 kepada semua kawan-kawan. Semoga kita dapat meraikan hari lebaran ini dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Amin.


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!



Sunday, 1 January 2017

Selamat Datang 2017...

...dan selamat tinggal 2016.....Saya cuma berharap agar saya menjadi semakin lebih baik hati nurani,  jiwa & raga dan seterusnya dapat hidup bahagia bersama keluarga tercinta ....suami, anak cucu, saudara mara, kawan, jiran tetangga, kucing-kucing dan pokok-pokok yang disayangi.  
Bersyukur saya masih sihat bernafas dan masih dapat menikmati keindahan warna alam ciptaan Tuhan.   Untuk semua rakan-rakan bloggers saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2017. Semoga persahabatan maya ini berkekalan dan perpanjangan. 

Pink Aster.


OK kawan-kawan please take care! Happy blogging & happy gardening!



Friday, 1 January 2016

Selamat Datang 2016...

...dan selamat tinggal 2015. Saya cuma berharap agar saya menjadi semakin lebih baik hati nurani jiwa raga dan seterusnya dapat hidup bahagia bersama keluarga tercinta ..suami, anak cucu, saudara mara, kawan, jiran tetangga, kucing-kucing dan pokok-pokok yang disayangi.  
Bersyukur saya masih sihat bernafas dan masih dapat menikmati keindahan warna alam ciptaan Tuhan.  
 Untuk semua rakan-rakan bloggers saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2016. Semoga persahabatan maya ini berkekalan dan perpanjangan. 

Aster kembang mekar sempena menyambut kedatangan 2016. 

Thursday, 24 September 2015

Aidi Adha

Selamat Menyambut hari Raya Aidil Adha buat semua kawan-kawan bloggers!


Monday, 22 June 2015

Bunga Ramadhan 2015

Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan muslim bloggers dan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Mungkin agak terlambat ucapan ini tetapi rasanya kita masih di awal minggu Ramadhan Al Mubarak. Untuk pertama kali dalam sejarah pekerjaan selama berpuluh tahun, kali ini saya bercuti sebulan tanpa gaji sebagai bonus untuk diri sendiri... Doa saya agar  perjalanan Ramadhan ini ditaburi bunga-bunga barokah.. 






















Thursday, 1 January 2015

Welcome 2015

Selamat Tahun Baru 2015. 

Saya tiada apa-apa azam cuma ada sedikit harapan semoga tahun ini memberi  lebih kemakmuran dan kebahgiaan hidup buat keluarga tercinta. Selain itu berharap rasa insaf sentiasa tersemat didalam hati ini.

Bunga baru tidak dapat disiarkan kerana masalah kamera. Pun begitu, laluan dan keistimewaan di beri kepada heliconia sexy pink ini untuk entry new year kali ke dua mengulangi sejarah new year tahun lepas dimana    ia menjadi pembuka tirai 2014




      Akhir kata, saya dan juga KK berdua mengucapkan selamat bahagia  untuk semua rakan-rakan dan                  semoga musibah yang melanda negara akan cepat berakhir dan happy gardening bagai selalu.

Sunday, 5 October 2014

Bunga Raya

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan-rakan. Di sini, hujan masih berterusan turun tidak berhenti selama berhari-hari. Pengambaran saya dan bunga jadi tersekat-sekat.  Banyak bunga yang tidak kesampaian kembangnya kerana ditimpa dek air hujan. Walaupun begitu saya dapat juga merakamnya pada waktu hujan agak reda. Minggu ini banyak bunga baru berkembang buat pertama kalinya. Sambut raya..

Akar Dani dari rumpun yang pertama kembang. Puas juga menunggu. Hampir 9 bulan rasanya.

Untuk mengelak dari Che Kam Saya terpakasa tutup dengan jaring. Setiap hari bermula jam 9.00 pagi sehinggalah 6.30 petang semasa saya pulang kerja barulah jaring ini di buka. Jika tidak berbuat begini, mungkin saya tidak merasa hendak melihat bunga ini muncul.

Ini cotton rose saya. 

Waktu pagi warnanya keputihan. Waktu ini cuaca agak mendung.

Light Pink pada waktu tengahari

Dark pink pada petang harinya, Kebetulan bunga ini kembang pada hari cuti minggu,  jadi dapatlah saya merakam detik peralihan warnanya.

Nikmati rose hurtington saya yang akhirnya berkembang. Ini pada hari pertama, kelopak bunga terbuka separuh sahaja.

Hari kedua kembang sepenuhnya. Teruja saya...

Hari ketiga.  Hujan lebat disertai angin kencang. Bunga terkulai kebawah. Petangnya balik kerja, saya lihat bunga sudah berkecai. 

Bunga gantung zaman dulu. Masih ada dalam koleksi. 

Cross Polination..pink tua..

Ruellia pink ..berbunga sudah
Ruellia Putih
Ruellia biru...

Cup of gold..sekuntum saja...