Showing posts with label Abutilon. Show all posts
Showing posts with label Abutilon. Show all posts

Sunday, 22 January 2017

Dwarf Abutilon

Abutilon ialah sepupu dengan bunga raya / hibiscus. Malah daun dan biji benihnya sama juga dengan benih bunga raya. Datang dari famili yang sama iaitu Malvaceae. Cuma kita jarang tanam Abutilon kecuali di Cameron Highland kerana beranggapan bunga tempat sejuk tidak sesuai ditanam di tanah rendah yang bercuaca panas.  Abutilon boleh didapati dengan pelbagai warna dan bentuk yang menarik tetapi di negara ini jenis yang ada sangatlah terhad.

Dalam kenangan. Abutilon yang saya beli di Cameron dua tahun lepas. Mula-mula saja cantik kemudian beransur  pudar tidak sihat. Jemu melihat lalu saya abaikan sampai bawa kemati. Hurmmm...macam serik dah nak beli bunga Cameron Highland.

( gambar google )

Namun pasal bunga saya  selalu lupa janji.  Kali ini beli biji benih online. Dwarf Abutilon. Tengok gambar google sangat tergoda. Kalau yang mati dulu jenis pokok yang meninggi dan separa menjalar. Yang ini pula jenis katik.

Teruja sungguh. Semai 6 biji tumbuh 6 pokok tapi sepokok mati akibat kegatalan tangan sendiri. Tinggal 5 pokok pun sudah kira OK sangat. 

Kudup pertama. Happy tak boleh cerita walau sekuntum saja keluar. Pokok pun membesar dengan sempurna tapi memang katik.  Walaupun kecil dan kurus tapi puas hati pokok tanam sendiri berjaya berbunga.

Tadaaaa.....si ballerina dah kembang! Satu kepuasan yang sukar digambarkan.

Cuma color saja agak pudar...

Masuk bulan ke 3, bena putih sudah mula meyerang. Pucuk daun semua jadi kerekot. Anehnya  pokok tidak lagi katik tapi makin meninggi. Bunga pun makin banyak keluar. 

( gambar google )

Masa tanam dulu saya selalu berangan nak bunga lebat macam gambar tapi tidak menjadi. Mungkin faktor baja yang tidak menepati. 

Hasil tanam biji benih beginilah. Banyak risiko yang perlu dilalui. Dari mula menyemai sehinggalah berbunga. Wajib punya kesabaran tahap dewa. Tidak tahu kenapa saya suka sangat bereksperimen cara begini. Lebih mudah beli yang ready made dengan bunga berketul-ketul tapi itulah tidak semua bunga yang kita suka ada jual di pasaran setempat.  Cara mudah beli biji benih dan semai. Pada masa yang sama boleh didik jiwa lebih kental dan berani mencuba. 


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
















Sunday, 19 April 2015

Abutilon

Nama yang agak unik. Dari famili Mallow, Malvaceae ia juga dikenali dengan beberapa nama,. Antranya Indian Mapple, Chinese Lantern atau juga Lampion. Dan yang lebih istimewa bunga ini mendapat nama dari Ibnu Sina - Ilmuwan Islam yang juga di kenali sebagai Bapa Perubatan Moden. Abutilon terdiri dari beberapa jenis warna dan variety tetapi cuma  jenis yang satu ini sahaja yang saya biasa lihat di sini.

Ini Abutilon yang saya ambil gambarnya diperkarangan hotel saya menginap  di Cameron Highland. Ceria  berbunga seluruh pokok. Pada mulanya memang saya beranggapan bunga ini seperti juga Fuchsia, lebih sesuai ditanam ditanah tinggi dan tidak tahan cuaca panas.


Rupa-rupanya saya silap.  Ia juga sesuai ditanam ditempat terbuka dan penuh cahaya Ini yang saya beli dari nursery di tempat saya sebelum ke Cameron. Terkejut saya lihat pokok itu hidup subur berbunga ditengah panas ekstrim ( musim kemarau ) Sebenarnya pokok yang di semai ini dari ranting yang patah dan tuannya juga baru membeli pokok tersebut. Jadi dia menjual kepada saya yang kelihatan terdesak sangat mahu. RM4.00 untuk 4 inci...tak apalah, saya ingin mencuba...


Berbalik kepada Abutilon di Cameron. Ini kuntuman berbentuk hati sebelum kembang. Comel. Bila tahu bunga ini tahan cuaca setempat, saya mula berniat untuk membeli sepasu bila kesini.


Menyesal saya tidak membelinya dari tahun lepas...Di Cameron bunga ini mudah dilihat  ditanam begitu sahaja dipinggiran rumah dan jalan. Boleh di biakkan dengan keratan ranting atau disemai melalui biji benih. 


Akhirnya dapat juga saya membelinya di MARDI. Sepokok. RM8.00 sahaja. Murah sangat. Pokoknya subur dan penuh bergantungan dengan bunga. Malangnya saya lupa mencari biji benihnya bila bunga itu kering..sampai sekarang pokok yang saya beli ini masih segar dan membesar.


Ini pula perkembangan pokok 4 inci yang saya beli di nurseri tempatan. Begitu cepat pertumbuhannya.  Kini sudah satu kaki lebih. Lihat sudah keluar bunga sekuntum..Begitulah dunia bunga ini, harus berani mencuba dan terus mencuba demi untuk mendapatkan hasilnya....