Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan-rakan. Di sini, hujan masih berterusan turun tidak berhenti selama berhari-hari. Pengambaran saya dan bunga jadi tersekat-sekat. Banyak bunga yang tidak kesampaian kembangnya kerana ditimpa dek air hujan. Walaupun begitu saya dapat juga merakamnya pada waktu hujan agak reda. Minggu ini banyak bunga baru berkembang buat pertama kalinya. Sambut raya..
Akar Dani dari rumpun yang pertama kembang. Puas juga menunggu. Hampir 9 bulan rasanya.
Untuk mengelak dari Che Kam Saya terpakasa tutup dengan jaring. Setiap hari bermula jam 9.00 pagi sehinggalah 6.30 petang semasa saya pulang kerja barulah jaring ini di buka. Jika tidak berbuat begini, mungkin saya tidak merasa hendak melihat bunga ini muncul.
Ini cotton rose saya.
Waktu pagi warnanya keputihan. Waktu ini cuaca agak mendung.
Light Pink pada waktu tengahari
Dark pink pada petang harinya, Kebetulan bunga ini kembang pada hari cuti minggu, jadi dapatlah saya merakam detik peralihan warnanya.
Nikmati rose hurtington saya yang akhirnya berkembang. Ini pada hari pertama, kelopak bunga terbuka separuh sahaja.
Hari kedua kembang sepenuhnya. Teruja saya...
Hari ketiga. Hujan lebat disertai angin kencang. Bunga terkulai kebawah. Petangnya balik kerja, saya lihat bunga sudah berkecai.
Bunga gantung zaman dulu. Masih ada dalam koleksi.
Cross Polination..pink tua..
Ruellia pink ..berbunga sudah
Ruellia Putih
Ruellia biru...
Cup of gold..sekuntum saja...















