Showing posts with label Aster. Show all posts
Showing posts with label Aster. Show all posts

Monday, 26 August 2019

Aster

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kawan bloggers. Lama tak posting pasal bunga. Kali ini giliran aster  pula bersiaran. Sudah hampir dua tahun saya cuba mengumpul variety bunga ini. Semuanya saya beli secara on line dari nursery dan beberapa orang persaorangan. 

Kebanyakan variety yang ada sekarang berasal dari Thailand.

Ini pemberian anak pokok dari  kawan  fb, Anne Noraina.  Cantik sangat bunganya bila kembang. Warna terang. Kuntumnya sebesar siling lama 50 sen.

Ini pula aster kampung. Jenis pertama tanam. Paling tahan lasak. Aruah mak pun dulu banyak tanam. Wajib ada dilaman.

Sebenarnya aster sangat mudah ditanam dan dibiak. Dengan keratan batang pun boleh tumbuh. Saya main cucuk ja merata pasu.

Dari pengalaman aster lebih cantik berbunga dan kelopaknya lebih tahan lama dalam panas atau teduhan cahaya terus.

Begitupun ianya tidak bertahan cantik dalam musim hujan. Kuntum bunga mudah layu dan cepat dapat serangan penyakit.

Daunnya cepat menjadi lecur hitam dan pangkal pokoknya pula sering diserang fungus. Juga serangan ulat dan siput.

Mungkin kerana tiada semburan perlindungan maka aster saya banyak yang mati  bila terlebih hujan.

Ini antara yang mati. Putus benih.

Ini juga..... Nilai kerugian? Mmm..malas cakap lah 😁😁😁  Apapun saya sudah beransur kurang mengorder bunga atau biji benih. Tumpuan lebih kepada pokok buah dan pokok yang sedia ada. Sudah insaf. Doakan saya berjaya dalam usaha ini. Hehehe..

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!

Thursday, 4 May 2017

Aster

Musim hujan. Tak banyak yang boleh saya buat dan cerita. Kebun saya kebanjiran. Sayuran seperti sawi dan kailan banyak dimakan siput. Manakala putik-putik timun jepun saya yang sudah sebesar kelingking jadi layu disengat sejenis serengga  pianggang / kesing. Baunya busuk macam pijat. Rumput pun cepat saja memanjang tenggelamkan rupa bentuk lanskap kebun saya..

Sebahagian penjuru kebun yang digenangi air... 

Jadi saya rajin semula melihat bunga-bunga di depan rumah. Ini bunga aster. Saya beli bulan lepas dari seller on line. Satu warna ungu muda dan satu warna putih. sebesar duit lima sen saja bunganya namun kelopaknya bersusun comel.

Warna putih....Saya beli dua warna ini untuk melengkapi pokok aster kampung yang sedia ada di rumah.  Dulu-dulu arwah mak saya sangat suka bunga ini. Tanam merata. 

Pokoknya tinggi sekitar 2 kaki. RM15 sepokok dengan kos pos sebanyak RM18. Mmm..saya berharap boleh hidup lama dan sempat saya semai anaknya. Jika tidak rugi RM48 ya...

Ini juga sejenis aster, Saya beli benihnya dari pasaraya RM4.00 sepeket. Hidup dan berbunga juga. Namun tidak panjang hayat. Mati.

Walau apapun tak boleh lawan dengan aster kampung ini. Tahan lasak. mudah hidup dan ramah berbunga. Ada juga orang panggil pokok daisy. Pokok berbunga lebat ini saya tempatkan dipinggir kotak sayuran dikebun. Tidak peduli langsung tapi ceria sungguh dia..

Memandangkan hujan berterusan  ( mungkin sampai hujung tahun ) jadi saya ambil keputusan untuk gantung cangkul buat sementara waktu. Mungkin selepas raya baru saya berkebun kembali. Sekarang cuma beri perhatian pada pokok yang sedia ada sahaja. 


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!

Sunday, 1 January 2017

Selamat Datang 2017...

...dan selamat tinggal 2016.....Saya cuma berharap agar saya menjadi semakin lebih baik hati nurani,  jiwa & raga dan seterusnya dapat hidup bahagia bersama keluarga tercinta ....suami, anak cucu, saudara mara, kawan, jiran tetangga, kucing-kucing dan pokok-pokok yang disayangi.  
Bersyukur saya masih sihat bernafas dan masih dapat menikmati keindahan warna alam ciptaan Tuhan.   Untuk semua rakan-rakan bloggers saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2017. Semoga persahabatan maya ini berkekalan dan perpanjangan. 

Pink Aster.


OK kawan-kawan please take care! Happy blogging & happy gardening!



Friday, 1 January 2016

Selamat Datang 2016...

...dan selamat tinggal 2015. Saya cuma berharap agar saya menjadi semakin lebih baik hati nurani jiwa raga dan seterusnya dapat hidup bahagia bersama keluarga tercinta ..suami, anak cucu, saudara mara, kawan, jiran tetangga, kucing-kucing dan pokok-pokok yang disayangi.  
Bersyukur saya masih sihat bernafas dan masih dapat menikmati keindahan warna alam ciptaan Tuhan.  
 Untuk semua rakan-rakan bloggers saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2016. Semoga persahabatan maya ini berkekalan dan perpanjangan. 

Aster kembang mekar sempena menyambut kedatangan 2016.