Sudah dibaja, sudah disiram..sudah digembur tanahnya tapi kenapa tanaman kita masih tidak mahu berbunga atau berbuah? Daun kekuningan dan pokok tidak bermaya..Pernah tak anda mengalami keadaan seperti ini? Mesti pernahkan. Sebab itu minggu ini kita cari ubatnya...plant booster. Secara ringkasnya plant booster ialah penggalak tumbesaran dan kesuburan semulajadi tumbuhan.
Iaitu gabungan bahan-bahan semulajadi yang melalui proses permentasi bersama mikroorganisma yang ada didalamnya berperanan merawat tumbuhan, tanah seterusnya merangsang tanaman menyerap nutrisi dan baja untuk pembesaran. Oleh itu simpan kulit telur, bawang dan pisang. Buat sup! Tiga kulit ini amat berkhasiat dijadikan plant booster. Bebas kimia lagi. Saya memilih kaedah yang paling mudah dan tidak melalui proses pemeraman.
Rebus ketiga bahan setengah jam. Sejukkan dan blender. Siram di pokok. Sisanya boleh diletakkan di sekeliling pokok. Kulit telur ada kalsium. magnesium fosforus, iron sulfur. Boleh neutralkan asid dan meningkatkan kualiti tanah dan pembentukkan akar. Pisang kaya kalium / potasium, fosfor penting untuk mengalakkan bunga dan pembuahan. Manakala kulit bawang pula merangsang pengeluaran hormon, pucuk dan tunas baru. Cara lain penyediaan. Kulit telur & pisang di bakar, tumbuk kasar dan blender sampai halus. Boleh disimpan lama untuk bahan tabur.
Bunga rose saya mendadak subur dengan sup di atas. Sepatutnya saya ambil gambar sebelum dan selepas penggunaan baru boleh lihat dengan jelas hasilnya. Tapi terlupa dan tidak sangka ia begitu cepat bertindak dan berkesan.
Bunga dari pucuk baru yang tumbuh. Tinggi menjulang. Walaupun begitu harus di ingat plant booster bukanlah baja, jadi pembajaan berjadual mesti dilakukan seperti biasa juga. Kulit udang, tulang dan air ikan juga bagus untuk pokok ini.
Ini pula nasi lebih yang dibiarkan basi dan berkulat putih di atasnya. Blender dengan air beras. Siram di pokok. Jadi jangan buang nasi basi ya..sebab ianya mengandungi banyak bakteria berfaedah yang berpotensi mengembur bahan-bahan organik dalam tanah. Hampasnya boleh di tanam pada pokok besar.
Sama fungsinya seperti di atas, Roti expired. Caranya: sekeping roti sandwich di carik halus masukkan dalam botol mineral 1.5 ml yang telah disi dengan air hujan / air tanpa klorin. Peram empat hari. Tapis sebelum guna. Kesannya pokok cepat subur. Dalam masa seminggu boleh lihat keberkesanannya.
Thunbergia Black Eyed Susan. Gambar berbunga semasa seminggu penggunaan. Sebelah kanan masuk dua minggu. Pucuk dan daun merimba semula..
Pokok timun saya cabut sebab sudah tua dan daun pun kuning. Tinggal sepokok ini buat eksperimen. Gambar kedua hari kelima guna air roti. Daun mulai kehijauan. Seminggu lebih pucuk baru pula tumbuh. Subur sangat. Lebih subur dari mula-mula tanam. Siap keluar buah lagi...
Torenia masa beli merimbun kemudian mulai mereput. Saya kerat sampai tinggal sikit. Siram air roti tiap minggu. Hasilnya rimbun balik. Penuh berbunga. Sukaa...
Daun morning glory kembali menghijau...pergola dah patah, Che Kam panjat 3 kali. Roboh terus.
Carolina Jasmine..yang saya menyesal membelinya satu waktu dulu..kembali berbunga. Kuntumnya pun lebih besar kali ini. Saya siram air sup. Wangi bunga dia...macam bedak baby Johnson!
Kali kedua berbunga setelah setahun lebih bertapa rasanya. Makan sup bawang juga..
Paling best jambu merah tut ini. Waktu sampai dekat saya habis patah riuk. Kotak pun terpenyek dan
basah lencun. Saya ingat 50-50 hidup pun..
Setiap minggu saya bagi sup kulit dan air roti berterusan. Berselang seli dengan baja. Beberapa bulan kemudian, hasilnya macam dalam gambarlah! Ranting yang patah pun sembuh. Buah berketul naik. Daun besar menghijau..pokok pun dah tinggi...
Inilah hasil penggunaan dari penyediaan mudah dan ringkas plant booster ini. Semuanya dari sisa makanan yang sudah expired. Walaupun ada banyak lagi cara penyediaannya, tapi saya lebih suka memilih tiga cara yang mudah ini. Selain baja plant booster ini benar-benar membantu menyuburkan pokok. Saya sudah, Kawan-kawan?
Ayuh, mari mencuba!
Happy gardening!












