Monday 31 August 2020

Merdeka...Sebuah Catatan Kenangan.

Selamat menyambut hari Merdeka. Seperti biasa tiada acara untuk di rai. Hanya duduk-duduk mengenang dan melihat cerita sejarah di tv.

Cuma di hari yang bersejarah ini saya mahu berkongsi rasa kemerdekaan saya pada 31 tahun yang lalu.

Diari lama tahun 89 ini saya jumpa ketika renovate dapur September tahun lepas. Dik sibuk mengemas saya simpan tepi  dulu kemudiannya lupa terus.

Semalam waktu cari-cari barang entah macamana terjumpa semula diari lama ni. Sebaik di buka kelihatan sebahagian kertasnya telah dimakan anai-anai namun tulisannya masih jelas dan terang.

Asalnya diari ini kepunyaan cik suami. Catatan terakhirnya ialah pada 22 Feb 1989. Hari pernikahan kami. Jelas terlihat kegembiraanya bila dia menulis penuh semuka tentang hari bersejarah itu. Tulisan pun macam nak cepat sudah saja. Agaknya apa dia rasa hari itu. Tersangat bahagiakah sampai tutup diari terus...

Selepas dia berhenti menulis saya ambil diari dan sambung cerita. Setiap malam sebelum tidur saya akan tulis kisah harian juga luahkan segala rasa saya disitu. Semalam masa menyelak helaian, mata saya terpaku pada tarikh keramat 31 Ogos. Kenapa kosong. Oh..saya tulis dibahagian belakang muka rupanya...Apa yang saya tulis ?

Lalu saya baca satu persatu. Mmmh...tarik nafas panjang seketika. Aduhai...kenapa saya tersangat sedih pada hari tersebut. Kenapa banyak pertanyaan dan kekeliruan dihati saya ketika itu. Dah enam bulan bersama tapi kenapa hati saya tetap rawan. Apa yang terjadi kepada saya ketika itu?

Puas saya putar memori. Mungkin saya belum cukup bersedia atau mungkin ada kisah luka yang saya pendamkan. Sejujurnya saya tidak tahu kenapa saya jadi begitu rawan. Saya rasa mungkin saya menangis ketika menulis sedang suami sudah lama tidor....Betul lah orang cakap masa akan mengubah segalanya. Bahkan juga merawat dan melupai sebahagiannya...
Jadi setelah 31 tahun berlalu pergi....berjayakah saya miliki bahagia di setiap merdeka ?

Mmmm...of coz yes. Sebab saya sentiasa move on. Saya sentiasa memaafkan. Saya berlajar merdekakan perasaan untuk hadirkan bahagia dihati...
Saya buat apa yang saya suka dan saya sayang apa yang saya cinta

Jadi berakhir disini kali ini. Saya sudahi dengan assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan bloggers. Staysafe.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!















Monday 17 August 2020

Balik Kampung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan bloggers. Covid 19 kembali merebak di Kedah. Walaupun begitu kehidupan di teruskan juga cuma perasaan bimbang sentiasa menghantui apatah lagi virus ini sudah bermutasi dan merebak dengan lebih cepat dan mudah menjangkiti. Semasa rentas sempadan di longgarkan,  saya sekeluarga balik ke kampung untuk melihat ayah mertua yang tidak sihat. Masa tu Kedah sudah di istihar bebas dan berada dalam zon hijau.  

 

Masa balik aritu kebetulan durian tengah bermusim. Berderet sepanjang jalan orang menjual.

Puaslah makan durian....

Seronok bila balik kampung begini la....makan ayam kampung... 

Bakar lemang....

Seronok Kasih dapat bebas bermain seluruh pelosok kampung. Lepas geram setelah berbulan berkurung dalam rumah. 

Saya macam biasa lah.....wajib pergi pasar hari. Seronok tengok ulam-ulaman, sayuran dan tanaman kampung. Macam nak borong semua...haha.. 

Kuih masih empat biji seringgit dengan sais standard. Tempat saya sebiji empat puluh sen. Dua kali gigit habis... 

Menantu...habis hati boleh panjat pokok dan petik buah....

Asam gelugor.

Proses pengeringan....sempat jemur sebelum dibawa belayar.

Yang agak ranum boleh dibuat pes.

Rezeki......bawa balik.

Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!