Showing posts with label Bunga Kampung. Show all posts
Showing posts with label Bunga Kampung. Show all posts

Sunday, 8 March 2015

Bunga Kampung 3 - Jealousy...

Sila jeles....
Hurmp....begitulah kedengaran suara adik saya dihujung talian bila saya beritahu jadi balik kampung pada cuti  CNYear baru-baru ini. Semestinya menyentuh pada pokok-pokok bunga yang ditanamnya dan seperti biasa saya juga amat teruja untuk melihatnya.
Bila sampai di rumah, keluar saja dari kereta...wahhh....saya sememangnya serta merta  menjadi jealous...

Cantiknya Azalea dia.....

Azalea merah yang comel disimbahi sinaran mentari pagi..

Patut dia cakap ..sila jeles...rupanya setiap sudut rumah ada Azalea..



Saya suka Azalea, pernah tanam tahun lepas. Dua kali saja berbunga kemudian terus mati. 

Azalea kepunyaan adik  ini sudah memasuki tahun ke dua, sentiasa meriah berbunga.
Sebenarnya bukan Azalea saja yang menonjol, bunga-bunga lain pun semuanya cukup meriah berbunga. Lain-lain bunga akan saya post di minggu berikutnya pula.

Pun begitu dibawah ini saya masih mahu bercerita lagi pasal bunga-bunga liar yang tumbuh dikeliling rumah, walaupun liar tapi bunga-bunga yang keluar cukup cantik dan menarik...

Tidak seperti morning glory di atas yang sedia dikenali, bunga ini saya jumpa menjalar didepan rumah..Bunganya bewarna putih seakan kembang seri pagi juga, tapi waktu gambar ini dirakam, banyak bunga sudah gugur, cuma yang kelihatan pod biji benih dan putik bunga sahaja.

Ini pula sejenis bunga rumput..Mmmm..macam-macam saya mahu rakam dalam masa yang singkat. Walaupun letih tapi hati cukup puas..

Ini pula buyung warisan nenek, mungkin sudah masuk seratus tahun,..Tanpa menyedari usia sebenar buyung ini, selamba saja adik buat lapik pokok bunga Azaleanya...., .melihat bunga-bunga berkembang sering mengingatkan saya kepada arwah ibu dan ayah, pencinta tumbuhan sejati..Pulangnya saya kekampung pun kerana kenduri mengadakan bacaan surah Yassin dan tahlil buat arwah berdua.  Kalau mereka masih ada, tentunya merasa bangga kerana anak bongsu kesayangan ibu dan ayah masih meneruskan kesinambungan kecintaan mereka terhadap  bunga dan tumbuhan. Al Fatihah. Amin.







Saturday, 2 August 2014

Bunga Kampung - 2

Adik beradik saya kebanyakannya adalah pecinta pokok bunga dan binatang peliharaan.  Kami warisi kecintaan ini dari arwah bapa dan ibu. Satu waktu  dulu,saya masih terkenang betapa cantiknya laman rumah saya di penuhi dengan pokok bunga dan buah2an. Malah rumah saya juga banyak dengan kucing, arnab, merpati, merbuk, serindit, angsa, ayam itik ...
Setelah lama berlalu, banyak pokok buah2an dan binatang peliharaan yang  mati namun tradisi menanam pokok bunga masih diteruskan oleh adik bongsu dan abang saya. Setiap kali balik saya pasti akan merakam bunga-bunga yang berkembang  disekeliling rumah. Ini adalah sebahagian saja yang sempat saya rakam. Mungkin di lain episode saya paparkan yang selebihnya. Jom kita lihat..

Alamanda di depan rumah. Ada satu pokok merimbun di belakang rumah dengan warna pudar yang sukar ditafsir colornya. Mungkin balik lain kali saya bawakan adik warna coklat peach.
           
Pink Vinca. Sebenarnya saya suka pasunya dari bunga...

Antara Vinca yang ada...

 Bunga rose raya....buat hiasan dalam rumah

Yang berkembang di laman...

Adik saya sudah jadi peminat Morning Glory. Bunga ini diambil ditepi jalan di Cameron, Mac dulu.  Bunganya besar dan tahan sampai kepetang. Saya tanam tidak hidup. Adik punya bukan main..jealous saya..

Pink & wild Morning Glory.

 Euphorbia yang berbelas tahun, berbelas pasu dan berbagai  corak.. Tidak pernah henti berbunga. Saya cuma merakam separuh darinya sahaja.

     Saya tertarik dengan batang Euphorbia tua ini. Berbelit-belit panjang macam tangan Transformer, berbunga putih dihujung.

Bunga wajib....Petunia.

Lain-lain kembang yang ada...

  
Seperti saya, adik juga gemar mengumpul pokok daunan yang cantik coraknya.

Bunga kucing...sudah besar. Tetap comel walaupun berbapakan 'stray cat'. Masa pertama kali rakam  Mac dulu mereka baru sebesar adiknya yang di sebelah sahaja. 

  Akibat perbuatan terlarang berbelas anak kucing berbapa 'stray cats' dilahirkan. Antaranya seperti di dalam gambar. Adik terpaksa buka tawaran percuma kepada siapa  yang sudi...

Thursday, 13 March 2014

Bunga Kampung

Alhamdulillah, sampai sudah di kampung tengahari tadi. Macam biasa tanya kabar saya dan adik bongsu bukan pasal sakit demam tapi.....pasal pokok bunga...A to Z pokok semua cerita pasal pokok saja..tak habis2. Seronok tengok pokok-pokok kat kampung ni. Habis dengan si adik sambung lagi cerita pokok dengan abang pula. Siap buat lawatan dan penerangan sekali. Syok melawat keliling rumah...Banyak sungguh bunga kat kampung tapi setakat ini dulu intronya....
             Kenangan Abadi....saya tanam pokok jambu buah besar ni dengan arwah ayah lebih       kurang 30 tahun yang lalu..Masih berbuah tapi buahnya dah tak berapa cantik.
Tempayan besar ni dah 30 tahun lebih usianya, dulu buat simpan air minum dalam rumah
 Sekarang Adik dah buat hiasan kat luar..
 Pokok bunga berduri ni cukup lama bertahan. Rasa2nya sudah menjangkaui                  berbelas tahun...sentiasa berbunga disepanjang tahun.. Satu masa dulu pokok ini pernah menjadi kegilaan ramai,    




Namun dalam semua bunga-bunga yang ada Petunia ni lah nampak begitu menyerlah...hai...sakit jiwa tengok. Dah lah besar pasunya harga pun murah. Kalau lah Langkawi ni ada jambatan. Mau tiap2 minggu balik kampung beli bunga.

Contoh kejayaan menanam Petunia dari biji benih. Kita ni bukan main ajar adik tanam dengan biji tapi saya sendiri  tanam tak menjadi pun. Asyik mati saja semaian tu...Waktu semai meremut tumbuh. Bila ubah kepasu tak nak hidup pula