Agak lama saya tidak menanam pokok ini. Tidak pasti berapa tahun cuma yang pasti waktu itu masih di rumah lama dan anak bongsu saya masih kecil dan belum bersekolah. Sekarang dia sudah menjangkau 19 tahun. Sebab utama kenapa saya tidak mahu pokok ini ialah kerana saya geli pada ulat-ulat besar yang sering makan daun pokok-pokok tersebut.
Ketika itu cuma ada dua warna utama. Putih dan Purple.
Tapi kini tidak lagi. Semenjak beberapa tahun yang lalu, jenis hybrid dengan warna-warna yang ceria sudah menguasai pasararan. Saya telah jatuh cinta kembali.
Di sini Kemunting Cina dikenali sebagai Jalang Kampung. Mmmm..sungguh '........' namanya
Tidak ramah berbunga bila saya letakkan di tempat yang kurang cahaya.
Lihat perbezaan bunga ketika mula-mula beli sebulan yang lalu. Meriah!
Ini pun tanaman round kedua setelah lama berlalu. Tahi ayam renek.





