Showing posts with label Thunbergia. Show all posts
Showing posts with label Thunbergia. Show all posts

Friday, 30 September 2016

Bunga-Bunga Hujan

Bermula bulan June yang lalu hinggalah kehari ini hujan sentiasa turun dengan lebatnya. Banyak juga pokok-pokok bunga dan sayuran saya mati samada terlebih air atau diserang fungus. Beberapa hari lagi akan masuk bulan.October.  Selalunya peralihan monsun berlaku dalam bulan ini dimana negeri-negeri di pantai timur pula akan disimbahi hujan lebat  namun isyarat hujan mengurang ditempat saya  belum ada menunjukkan tanda-tandanya lagi. 

Antara pokok yang suka hujan dan panas adalah Alamanda. Tidak payah risau tentang dia. Pokok yang sangat lasak dan sentiasa menjadi perhatian ramai. Lagi dipangkas lagi mengembang jadinya...

Ini pun tahan cuaca juga tapi belalang sangat suka makan daun dan putik bunga...Bila kembang mesti tidak sempurna kelopaknya..

Hujan yang banyak turun musim ini juga membuatkan kemboja saya berbunga tidak putus. Kemboja pink lembut ini kembang lagi..

Begitu juga dengan kesayangan yang harum ini. Kali ini pasu kedua pula berbunga rendah. Dapatlah hari-hari saya mencium baunya...

Manakala heliconia merah kuning ini tidak mampu menahan beratnya sendiri. Merunduk ketanah akibat timpaan air hujan. Banyak batangnya patah. Bersusah payah saya mengikat dan menarik pokoknya dengan tali agar  tidak menyembah bumi.

Thai Jasmine antara yang  tolerate dengan cuaca semasa. Kelopak bunganya sentiasa berada dalam keadaan mekar sempurna sehingga gugur kebumi. Tidak layu. 

Namun ada juga yang tertewas. Sangat menyedihkan. Bunga Mandevilla putih yang sedang subur berbunga lebat sepanjang masa ini tiba-tiba saja mengecut dan beransur-ansur kering dan layu. Tidak pasti kenapa mati mengejut secara tiba-tiba. Sudah 14 bulan bersama saya.

Pokok yang selalu dibelai biasanya begitulah ragamnya sedangkan pokok zinnia merah menyala yang terabai  begitu saja di homestay sebelah cantik pula kejadiannya. Ini adalah zinnia terakhir saki baki dari benih yang saya tabur tahun lepas sebelum rumah ini  disewakan. 

Thunbergia kuning ini sangat cantik dan comel.

         Namun tidak mampu melenyapkan kekecewaan saya pada kakaknya yang juga tertewas. Black eyed susan yang saya ambil benihnya di Cameron pada tahun 2014.

Plambago biru kali ini tidak meriah berbunga akibat terlindung dari cahaya matahari penuh.

Pada masa yang sama hydrangea saya makin menyusut kelopaknya. Bunganya tidak membulat bagai dulu. Mungkin faktor umur agaknya. Harus buat sesuatu ....belasan tahun sudah...

   Crossandra oren ini mampu hidup subur walau menyelit dicelah pokok lain dan berkongsi pasu.

Kekwa kuning pemberian kawan...setelah lama mencari bunga ini akhirnya dapat juga. Orang dulu-dulu suka tanam pokok ini. Belum lengkap tanpa warna putih dan purple juga pink. Setakat ini dulu. Selamat bercuti dan berhujung minggu untuk semua. 


OK kawan-kawan please take care. Happy blogging & happy gardening!




Tuesday, 25 November 2014

A Pleasant Week...

Ya, minggu ini adalah minggu yang paling menyenangkan dan membahagiakan saya. Kenapa berkata begitu ?
Mestilah ada sebabnya. Sebelum itu jom kita nikmati keindahan matahari terbit dibelakang homestay. Saya memang seronok sangat kalau boleh merakam gambar bunga lalang ini. Awal-awal  pagi saya sudah siap usung kamera semata-mata mahu merakam keindahannya. Pada pandangan mata saya ianya cantik..


Turut dirakam anak bujang saya si Kastih...bersantai kena sinar pagi bersama girlfreindnya..Pandai dia pilih. Hitam berlegam...

Tadaaa....kemboja merah saya sudah hampir kembang sepenuhnya...Wangi disimbahi sinar mentari...

Mexican Sunflower benih FOC dari EM Nursery. Kali ini saya tidak mahu terleka lagi. Setiap kali bunga sulung berkembang mesti dirakam detik-detiknya.

Mmmm..cerah  mata tengok warnanya. Betul-betul solid orange.Itu sebablah saya seronok minggu ini. Bunga baru banyak yang berkembang dilaman. 

Dan inilah yang paling membahagiakan saya. Keluar juga bunganya padahal saya sudah fade-up, sudah buang pokoknya dilonggok sampah. Inilah bunga yang membuat saya dan adik pening kepala dulu. Ambil benih ini tapi yang keluar morning glory..terjawab sudah misteri bunga ini. Kisah dulunya  disini 

Bunga yang saya minat dan tunggu..Black Eyed Susan Vine. Ada dua kuntum saja..patutnya bunga dia bergugus. Adik beradik Thunbergia juga ini. Hai..nasib baik saya pungut dan tanam dia semula. Berbunga juga. Terima kasihh..


Bachelor Button orange dan merah. Juga bunga sulung. Mungkin baja kurang. Bunga yang keluar kecil sahaja. Agak lain bentuk pokok dan daunnya dari Bachelor Button kampung.

Vinca merah hati, semai benih dari pokok induk yang hidup sebulan sahaja. Ada juga warisnya. 

Cosmos musim kedua agak terencat pokoknya tapi bunganya tetap meriah. Ada layers walaupun benih asalnya selapis sahaja. 

Alamanda warna  pudar, tanam dari keratan batang. Saya ambil dikampung.

Melur susun yang wangi  mula kembali berbunga setelah sekian lama menyepi.

Asystassia SP, sangat meriah....bunga dari batang kecil yang saya cucuk dipasu tumpang.

Cuma Zinnia saja agak tidak mejadi kali ini. Puncanya..sudah terbentang didepan mata. Saya kehilangan warna kuning, merah pekat dan putih...putus benih agaknya..

Itulah kisahnya. Minggu yang happy untuk saya...Juga tumpang happy Kaspin dan anaknya Kastih. Enjoy bersama saya waktu sesi photo shoot. Agak lama mereka tidak meneman saya begini...