Minggu lepas saya telah kehilangan seorang lagi orang yang disayangi - ibu mertua. Setelah dua tahun telantar sakit, akhirnnya pada pagi Selasa 9hb Julai 2014, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Bergegas saya sekeluarga pulang ke kampung suami yang terletak di kaki Gunung Jerai. Saya tidak sempat berbuat apa-apa, cuma tinggalkan pesan pada kawan baik untuk tengokkan pokok-pokok saya, Kaspin dan juga Kastih. Dalam hati cuma mampu berdoa agar semua yang di tinggalkan di rumah akan selamat.
Setelah semuanya selesai kami pulang semula ke rumah dan berdoa semoga aruah ibu ditempatkan bersama-sama orang yang soleh di Jannah. Sepanjang jalan pulang saya asyik terpikir - mmmm...macamana pokok bunga aku...Kaspin & Kastih mesti tercari-cari dan rindukan tuannya..
Jejak saja kaki saja di rumah, hati yang sedih beransur tenang... lega rasa hati tengok bunga semuanya cantik berkembang...
Kesian..bunga saya yang dua ekor ini. Tergedik-gedik sambut saya balik. Tengoklah..Kastih & Kaspin tergolek tidur kekenyangan selepas diberi makan..
Begitulah cerita minggu ini, walau sedih ditinggalkan tapi yang ada masih ceria menghiburkan.


