Showing posts with label Foliage. Show all posts
Showing posts with label Foliage. Show all posts

Thursday, 18 December 2014

Yang Pergi & Yang Tinggal..


Minggu lepas saya telah kehilangan seorang lagi orang yang disayangi - ibu mertua. Setelah dua tahun telantar sakit, akhirnnya pada pagi Selasa 9hb Julai 2014, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan meninggalkan kami buat selama-lamanya. 

Bergegas saya sekeluarga pulang ke kampung suami yang terletak di kaki Gunung Jerai. Saya tidak sempat berbuat apa-apa, cuma tinggalkan pesan pada kawan baik untuk tengokkan pokok-pokok saya, Kaspin dan juga Kastih. Dalam hati cuma mampu berdoa agar semua yang di tinggalkan  di rumah akan selamat.

Setelah semuanya selesai kami pulang semula ke rumah dan berdoa semoga aruah ibu ditempatkan bersama-sama orang yang soleh di Jannah. Sepanjang jalan pulang saya asyik terpikir - mmmm...macamana pokok bunga aku...Kaspin & Kastih mesti tercari-cari dan rindukan tuannya..

Jejak saja kaki saja di rumah, hati yang sedih beransur tenang... lega rasa hati tengok bunga semuanya cantik berkembang...















Kesian..bunga saya yang dua ekor ini. Tergedik-gedik sambut saya balik. Tengoklah..Kastih & Kaspin tergolek tidur kekenyangan  selepas diberi makan..
Begitulah cerita minggu ini, walau sedih ditinggalkan tapi yang ada masih ceria menghiburkan.


Saturday, 4 January 2014

2014 Tahun Bunga

Tahun ini tahun  bunga untuk kami bertiga. Siapa kami? Saya, Che Wa dan Fuziah. Akhir tahun 2013 menyaksikan dua jiran yang juga  sahabat baik saya ini telah beralih arah. TUKAR...hahaa..tukar kepada saya la...Suka yang tak terucap bila dapat kawan sama hobi. Keterujaan mereka secara tidak lansung menaikan semangat saya. Saya yang dolu2 seorang sekarang dah bertiga. Seronok bila selalu keluar bersama mencari tanah, pokok dan pasu. Setiap minggu pusing pulau. Kerancakkan hobi baru ini benar-benar membuat kami bertambah akrab dan berkongsi segala. Ruang yang terhad kini bukan lagi alasan.  Dalam masa tiga bulan saja rumah Che Wa dan Fuziah dah meriah dengan pokok bunga. Laman saya pun ikut serta!

Antara pokok bunga yang ada di rumah Fuziah..


Laman sekangkang tikus saya....


Separuh dari bunga di rumah Che Wa..

Monday, 18 November 2013

Again...My Green Leaf

Hijau...hijau...hijau....memang saya tidak dapat lari dari warna tersebut dan  itu adalah my favourite color. Sebab itu pokok2 berdaun hijau lebih mendominasi laman  saya berbanding dengan pokok berbunga. Jom lihat sebahagian lagi pokok hijau saya.