Ya, minggu ini adalah minggu yang paling menyenangkan dan membahagiakan saya. Kenapa berkata begitu ?
Mestilah ada sebabnya. Sebelum itu jom kita nikmati keindahan matahari terbit dibelakang homestay. Saya memang seronok sangat kalau boleh merakam gambar bunga lalang ini. Awal-awal pagi saya sudah siap usung kamera semata-mata mahu merakam keindahannya. Pada pandangan mata saya ianya cantik..
Turut dirakam anak bujang saya si Kastih...bersantai kena sinar pagi bersama girlfreindnya..Pandai dia pilih. Hitam berlegam...
Tadaaa....kemboja merah saya sudah hampir kembang sepenuhnya...Wangi disimbahi sinar mentari...
Mexican Sunflower benih FOC dari EM Nursery. Kali ini saya tidak mahu terleka lagi. Setiap kali bunga sulung berkembang mesti dirakam detik-detiknya.
Mmmm..cerah mata tengok warnanya. Betul-betul solid orange.Itu sebablah saya seronok minggu ini. Bunga baru banyak yang berkembang dilaman.
Dan inilah yang paling membahagiakan saya. Keluar juga bunganya padahal saya sudah fade-up, sudah buang pokoknya dilonggok sampah. Inilah bunga yang membuat saya dan adik pening kepala dulu. Ambil benih ini tapi yang keluar morning glory..terjawab sudah misteri bunga ini. Kisah dulunya disini
Bunga yang saya minat dan tunggu..Black Eyed Susan Vine. Ada dua kuntum saja..patutnya bunga dia bergugus. Adik beradik Thunbergia juga ini. Hai..nasib baik saya pungut dan tanam dia semula. Berbunga juga. Terima kasihh..
Bachelor Button orange dan merah. Juga bunga sulung. Mungkin baja kurang. Bunga yang keluar kecil sahaja. Agak lain bentuk pokok dan daunnya dari Bachelor Button kampung.
Vinca merah hati, semai benih dari pokok induk yang hidup sebulan sahaja. Ada juga warisnya.
Cosmos musim kedua agak terencat pokoknya tapi bunganya tetap meriah. Ada layers walaupun benih asalnya selapis sahaja.
Alamanda warna pudar, tanam dari keratan batang. Saya ambil dikampung.
Melur susun yang wangi mula kembali berbunga setelah sekian lama menyepi.
Asystassia SP, sangat meriah....bunga dari batang kecil yang saya cucuk dipasu tumpang.
Cuma Zinnia saja agak tidak mejadi kali ini. Puncanya..sudah terbentang didepan mata. Saya kehilangan warna kuning, merah pekat dan putih...putus benih agaknya..
Itulah kisahnya. Minggu yang happy untuk saya...Juga tumpang happy Kaspin dan anaknya Kastih. Enjoy bersama saya waktu sesi photo shoot. Agak lama mereka tidak meneman saya begini...




















