Sunday 24 May 2015

Kemboja Kuning Bali

Bulan ini menyaksikan pelbagai bunga baru dan lama mekar silih berganti di halaman kecil saya. Ini termasuklah sicomel dibawah ini. Namun bulan ini saya dilanda kesibukan dan tidak cukup masa untuk kerap menulis dan posting seperti dulu-dulu. Taman saya dan laman homestay sudah menjadi hutan kecil. Semak dimata semak lagi dihati saya...

Ini adalah keratan kedua yang berbunga dari beberapa keratan batang kemboja yang saya beli dari Diana sekitar akhir 2013 yang lalu.

Batang pertama kembang pada awal  2014. Lama juga jaraknya  batang kedua ini mengambil masa untuk berbunga. 

Selain sikuning yang wangi ini, terdapat beberapa warna lagi kemboja yang saya tanam. Namun tahun ini kemboja yang  lain seakan merajuk dan menyepi.

Seronok setiap hari dapat mencium harum baunya..

Alangkah indahnya  kalau yang lain berbunga serentak.




Walaupun tidak berbunga lebat seperti yang pertama dulu, saya tetap berpuas hati, dari tiada lebih baik ada, sedikit pun tidak mengapa, asal hati tetap gembira.








Saturday 2 May 2015

Vinca - Periwinkle

Juga dikenali dengan nama Kemunting Cina,  tapak dara, kembang rose / rose pantai. Berasal dari kepulauan Madagascar . Nama saintifiknya ialah cantharanthus roseus. 

Habitatnya tumbuh liar dikawasan berpasir. Tidak perlu penjagaan rapi dan boleh hidup dalam cuaca panas. 

Vinca mudah dibiakkan melalui keratan batang atau biji benih.

Bunga ini juga dikategori oleh saya sebagai bunga fesyen lama. Walaupun terdapat pelbagai nama, saya lebih senang memanggilnya vinca. Semasa saya kecil cuma terlihat dua jenis warna sahaja iaitu putih dan juga ungu. Jenis kampung ini di katakan mempunyai khasiat perubatan yang bernilai.


Masyarakat lama ditempat saya memanggilnya dengan nama Jalang Kampung. Mungkin diberi nama demikian kerana sifatnya yang mudah tumbuh merata ceruk kawasan. Jenis kampung ini di katakan mempunyai khasiat  untuk penyakit tertentu. Dikatakan boleh mengubati penyakit kanser dan lain-lain lagi. Selalunya disediakan  secara tradisional.

Sekarang terdapat pelbagai vinca hibrid yang dijual dipasaran dengan pelbagai jenis warna yang menarik. Saya percaya ramai orang membelinya bukan kerana nilai perubatannya yang ada tetapi seperti saya semuanya membeli kerana terpikat dengan kecanttikan corak dan warna.

Vinca gantung sangat digilai oleh peminatnya. Juga diminati oleh ulat-ulat belunchas yang suka meratah daun segarnya.

Walaupun rupa bentuk pokok-pokok ini serupa, vinca hibrid tidak mempunyai ketahanan fizikal seperti vinca kampung. Jangka hayatnya lebih pendek dan sering kali mati awal.

Ini antara vinca hibrid yang saya beli tapi banyak juga yang mati tanpa sempat ditanam semula
.




Oh, ini sambungan cerita tentang khasiat perubatannya. Ada orang tua di tempat saya memberitahu, akar vinca ( dari jenis kampung )  ini sangat sesuai di makan dengan sirih pinang bagi orang yang terlewat haidnya. Mmmm...ada berani cuba..? hahaa...happy gardening!