Sunday 24 May 2020

Raya Aidil Fitri 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan bloggers.
Kita raya hari ini...
Walaupun dalam keadaan terbatas tetapi saya rasa tiada bezanya malah seronok sebab dapat lihat seisi warga taman 
ada di rumah masing-masing. 
Tiada siapa balik kampung termasuk saya.

 Semoga kawan-kawan semua dapat menyambut aidil fitri tahun ini dengan meriah. Kesempatan ini saya memohon ampun maaf jika ada salah silap  tanpa sengaja  tercoret di setiap posting dan komen yang saya tinggalkan. Sayang semua!
Stayhome & Staysafe.


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!





Sunday 17 May 2020

Puasa 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan bloggers. Selamat meneruskan puasa dan bertabah hati dalam tempoh pkp sehingga June ini.

Walaupun ada kelonggaran tapi saya masih selesa duduk di rumah. Cuma baru dua hari lepas ke market setelah hampir dua bulan berkurung. Mmm...harga barang mahal..

Mahal pun kena beli jugakan...
Tapi untuk sayuran saya banyak berjimat. Pokok labu air ini saya tanam semasa minggu pertama pkp. Alhamdulillah.  Tiga hari lepas dah boleh tuai hasilnya.

Benihnya dari stok purba. Hampir 4 tahun terperap dalam freezer. Tanam di padang tepi kebun. Tak sangka masih boleh berbuah elok.  Saya gulaikan dengan udang dan edarkan untuk jiran tetangga.

Bulan puasa ini begitu murah rezeki. Pertama kalinya saya dapat memetik kelapa muda dari pokok yang saya tanam hampir sepuluh tahun lalu. Mungkin berkat lockdown,  tiada siapa datang  menjarah. Pokok yang terletak disimpang masuk jalan ini selalunya menjadi rezeki orang lain.

Mmm....nikmatnya minum air nyior muda ketika berbuka....

Pada hari yang sama juga saya berbuka dengan betik  sulung nan sebiji ini. Manis dan cantik isinya.

Pokok pelam yang saya tanam hampir empat tahun lalu pun tumpang memberi rezeki. Lekat 10 biji. Pokoknya kecil sahaja. Saya tanam dalam tong sampah hitam.

Masa awal pkp petik 3 biji untuk buat pelam asam boi. Saya sangka pelam lemak seperti yang saya pesan dari penjual. Rupanya bukan. Masamnya tak terkata. Pelam apa nii...

Bila rasa cukup matang saya petik senuanya untuk diperam.
Tak sabar nak tahu pelam apa...

Waktu berbuka baru tahu...pelam susu rupanya. Manis ya amat....terlampau manis sangat-sangat...

Menyusul pula nanti ialah si durian Belanda. Ini buah sulung yang saya petik tak berapa lama dulu. Masih berbaki beberapa biji di pokok menunggu hari masak.

Setakat ini dulu. Nanti kita kongsi cerita lagi. Stayhome & staysafe. Ikut SOP agar covid segera pergi. Kita akan stayfree.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!