Tempat saya masih hujan berterusan. Musim peralihan monsun sekarang. Saya pun agak kelam kabut kerana kena menjadi full time nanny menjaga dua cucu dirumah. Abah mereka kemalangan. Hari ini menjalani pembedahan paha masuk besi. Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan urusan.
Memang memerlukan kesabaran yang tinggi apalagi cucu lelaki dalam fasa berjalan. Buasnya ya amat. Penat tapi terhibur. Tambah terhibur bila melihat lotus saya tak putus berbunga.
Kembang yang kedua dan seterusnya sangat besar dan cantik kejadiannya. Senyum saya setiap kali melihatnya berdiri tegak depan rumah.
Kelopak yang terbentuk sangat sempurna. Terbuka mengikut susunan.
Pandang dari sisi mana pun tetap menawan.
Kuntum kelima yang paling besar dan tinggi. Hampir enam kaki.
Walaupun begitu ada juga yang tidak menjadi. Kering sekerat jalan. Layu ditasik madu...
Manakala yang lain berjaya membuka kelopak. Kembang cantik bak cangkir. Bila petang bunga ini akan kembali menguncup.
...dan pagi esuknya kembang lagi. Proses ini berlaku dua ketiga hari kemudian kelopaknya mulai terlerai dan gugur.
Ini pod biji benihnya. Sepatutnya ia membesar menjadi kekacang benih. Namun setakat sekarang ianya belum berjaya. Biji benihnya terhenti membesar sekerat jalan lansung kering.
Tak mengapa belum ada rezeki. Belum ada rezeki juga untuk menambah koleksi lain warna. Hurmm..hujan masih berlarutan. Dapat panggilan dari anak suaminya selamat bedah dan sudah sedar. Alhamdulillah.
OK kawan-kawan,please take care. Happy blogging & happy gardening!















