Selamat hari raya aidil fitri buat semua kawan bloggers saya. Walaupun agak terlambat ucapan ini namun rasanya mood raya dan rumah terbuka masih lagi ada dan berlangsung. Saya tidak balik kampung. Beraya dirumah sendiri bersama adik-adik dan anak saudara disamping anak menantu dan cucu-cucu. Agak meriah raya puasa kali ini. Ramai berkumpul dirumah.
Lebih bermakna lagi taman mini yang saya usahakan secara perlahan-lahan ini siap juga akhirnya menjelang raya. Walaupun tak secantik mana tetapi saya sangat berpuas hati kerana ini semua hasil air tangan saya sendiri.
Masih ingat lagi saya gagahi buat kerja kasar walau masih berperang dengan sakit. Pada masa yang sama saya juga berperang mulut dengan cik suami kerana berebut kawasan sejemput itu. Suami nak begitu saya pula nak begini kerana ini laman saya pokok saya. Malu juga kat tukang kerana kami tak sependapat. Mujurlah semua tukang saya yang cari jadi mereka tahu apa yang saya nak. Akhirnya cik suami dengan rasa tak puas hati terpaksa mengalah juga dan bagi laluan pada isterinya yang degil.
Ini 1st time buat stepping stone. Cara buat rujuk google bagai. Walau herot petot menjadi jugakan. Masa siap ni rasa bangga sangat sebab tua-tua pun boleh kreatif lagi. Lencun peluh nak siapkan. Ambil masa 3 hari sebab saya mudah letih.
Laluan kecil ini pula saya hiasi dengan batuan bukit yang saya ambil di Pantai Datai belasan tahun dulu. Sebenarnya semua batuan ini sudah tertimbus dalam tanah. Saya korek dan keluarkan kemudian cuci satu persatu. Penat juga buat kerja ni.
Tapi bila siap hilang semua rasa penat. Rumput carpet yang ditanam pun tumbuh menghijau.
Saya juga membeli beberapa buah pasu besar untuk hiasan tambahan. Memang agak mahal juga harganya. Tapi dah berkenan beli juga. Lagipun tuan nursery ni baik hati. Walaupun tidak kenal saya sebelum ini tapi dia benarkan saya membayar secara ansuran. Mmmm...tunggu lagi...
Termasuklah mini fountain ini. Saya suka ada unsur air jadi semuanya saya angkut bawa balik dan hiaskan disatu sudut. Suami yang pada mulanya bersikap membatu akhirnya mula bagi respon bila dia tengok laman kami nampak lebih segar dan bersih.
Sekarang inilah tempat rehat dia kat luar. Selesa untuk dia nak duduk sambil membelek burung peliharaannya.
Sebenarnya tak mudah nak renovate ruang sejemput ni jika tak sehaluan. Nampak mudah tapi hampir sebulan juga kami berperang mulut. Apalagi suami saya bukan basic garden walaupun dia orang kampung sejati. Selagi tidak siap dia tidak dapat bayangkan diruang matanya apa dan bagaimana yang saya mahu.
Begitu la ceritanya. Jadi raya tahun ini memang sangat meriah. Cik suami pun sangat teruja selepas siap pagar, pintu, tingkap dan mini garden. Tahun depan kita renovate dapur pula. Itu kata dia. Wahhhh....melompat saya. Dah bayangkan dah ni nak buat macamana. Harap-harap tak tengkar lah pula ya...
OK kawan-kawan. Please take care. Happy blogging & happy gardening.