Showing posts with label Fuchsia. Show all posts
Showing posts with label Fuchsia. Show all posts

Saturday, 4 April 2015

Fuchsia - Cameron Highland

Percutian kali kedua di Cameron Highland  akhir bulan lepas membawa saya berjumpa kembali dengan bunga yang saya pernah jatuh hati sedikit masa lalu...Fuchsia. ...Saya pernah melihatnya sebelum ini, tapi tidak berani  untuk membelinya kerana bunga ini lebih sesuai dengan  kawasan berhawa  sejuk. Kebarangkalian untuk hidup ditanah rendah mungkin 50:50 sahaja...

Kebetulan kali ini hotel yang saya menginap mempunyai lanskap yang begitu cantik. Dipenuhi berbagai bunga indah bermula dari jalanraya masuk sehinggalah sampai ke bahagian atas hotel. Geram melihatnya. Ketika itulah saya ternampak bunga cantik ini terbuai-buai di tiup angin..

Sebenarnya bunga ini mempunyai berbagai ragam warna dan bentuk dengan nama-nama tersendiri.



Ini antara dua jenis bentuk Fuchsia yang ditanam dihotel tersebut.

Pada petang hari pertama saya ke MARDI untuk mencari pokok nasturtium, malangnya tidak ada jual disitu. Dalam mencari -cari itulah saya terpandang sepasu pokok Fuchsia yang kurus tidak berseri. Kelihatan sangat terabai. Tidak ada bunganya berkembang. Cuma beberapa putik bunga saja yang kelihatan bergantungan dihujung ranting. Berkali-kali berpikir..beli..tidak beli...beli....tidak beli...

Akhirnya saya beli juga setelah membuat kesimpulan sendiri -  melihat dari segi fizikal pokoknya ketika itu menunjukkan si Fuchsia ini telah bertahan lama didalam pasu tersebut. RM7.00 sahaja. Mungkin boleh bertahan selanjutnya nanti.

Enam hari kemudian, setelah disiram air secukupnya putik-putik bunga yang saya bawa balik berkembang semuanya..Happy saya...

Dah kembang skirting nya...

Macam sedang mempersembahkan tarian..

Saya berharap sangat dia boleh sesuai dengan cuaca panas dirumah. Walau bagaimanapun saya gantungnya ditempat redup saja.

dan agak malang juga ..saya tidak pasti apa nama untuk si Fuchsia ini...


Mungkinkah ada Fuchsia yang lain pula sebagai koleksi seterusnya...Kalau begitu nak kena bercuti lagikah di Cameron Highland, syurga bunga bagi penggemarnya. Puaslah saya merakam berbagai gambar bunga. Lucunya gambar bercuti tahun sudah pun belum sempat saya postingkan disini...
Atas, gambar princess kecil kami sedang berposing dengan penuh perasan di lobi hotel....