Sudah March. Penempatan saya masih dilanda kemarau. Dalam tempoh dua bulan baru sekali hujan turun kemudian kering kembali.
Tapi suasana dalam kebun kekal segar bugar walaupun padang rumput disebelah sudah garing rumputnya. Banyak katak berlompatan pun..
Dalam cuaca kering membahang ini sekuntum putik bunga idaman telah menjelma. Sukanya hati. Last sekali tanam dan menjadi ialah pada pertengahan tahun 90an.
Selepas itu semuanya menemui kegagalan. Pokok membesar bagai johan tapi tidak mahu berbunga.
Selepas itu semuanya menemui kegagalan. Pokok membesar bagai johan tapi tidak mahu berbunga.
Namun saya tidak pernah henti mencuba. Akhirnya.... Sekuntum dahlia peach telah kembang sempurna dilaman. Ini dahlia tanah rendah atau saya panggil dahlia kampung.
Selang beberapa hari kemudian yang merah pula kembang menyala. Ini saya beli on line. Seingat saya sekitar akhir 70an arwah mak banyak tanam pokok dahlia. Cuma siram air beras dan air ikan saja tapi bunganya keluar berketul-ketul.
Ini pula dahlia pom-pom Cameron. Saya ambil gambarnya dari sebuah cottage. Sini heaven la dengan bunga ini. Saya pernah beli dan berhabisan pada percutian 2014 dan 2015. Pada 2018 kali ketiga kesini saya sekadar tengok saja. Dah serik nak beli.
Walaupun mulut kata serik tapi dalam hati masih terus mencinta. Begitulah Normala binti Saad dengan bunga. Benci tapi rindu. Sampailah tahun lepas seorang kawan memberi seranting kecil pokok ini untuk ditanam.
Semangat mencuba hangat kembali. Harap selepas ini dahlia akan serasi dengan saya semula.
OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!






















