Showing posts with label Petunia. Show all posts
Showing posts with label Petunia. Show all posts

Sunday, 8 February 2015

Bunga dan Musim Kemarau - 2

Sudah dua hari suntuk saya meneras mengubah dan menyusun semula pokok-pokok saya. Kali ini bukan saja kerana kemarau tapi kerana memberi ruang laluan  kepada motor kepunyaan anak bongsu yang menjadi ahli baru kelab di laman sekangkang tikus saya.  Sekarang sudah ada dua motor, nasib kereta di parkir di luar. Jika tidak....

Hari ini selesai sudah kerja menyusun. Lega rasa apalagi bila melihat semua bunga sedang mekar berkembang. Jam baru 10.00 pagi tapi sinar matahari sudah kelihatan begitu terik sekali. Lihat padang rumput sebelah kediaman saya, semuanya sudah mulai mengering dan bertukar warna. 

Sedangkan jaraknya hanya beberapa meter sahaja dari laman homestay namun tumbuhan disini   masih bertahan hijau. Ini bunga-bunga bahagian hujung hadapan homestay. Saya letak pagar dawai lindungi dari pencerobohan Che Kam.

Seronok tengok ros jepun yang mekar berbunga di ruang berdekatan pintu  masuk. Bahagian ini tidak pun di pagar dan sangat terdedah. Saya segan hendak berbuat demikian kerana malu,  takut tuan rumah rasa rimas pula. Sudahlah pintu pagarnya pun saya sudah pasang jaring juga.

         Walaupun setiap  hari hadir dan mencuri makan, namun kemarau musim ini Che Kam agak tidak                         berapa gelojoh untuk  meratahnya walaupun kemarau sudah menghampiri sebulan sudah.

Ini pula salah satu bahagian luar rumah saya. Untuk sementara waktu dimusim ini, pokok-pokok disusun rapat dan bertingkat. Susunan begini boleh melindungi pokok-pokok kecil dan daun-daun  dari menjadi lecur akibat lebihan penerimaan cahaya matahari yang banyak.

Walaupun begitu saya tidak berani mengambil risiko. Setiap hari kedua-dua bahagian ini ditutup dengan jaring jarang. Lihat pokok-pokok bahagian luar rumah ini kesemuanya masih subur menghijau. 2 kali sehari saya menyiramnya.  Tidak peduli berapa bil air, janji pokok saya sentiasa sihat....

Masih diruang yang sama, morning glory biru ini mekar berbunga untuk musim kedua. Kali ini pokoknya agak tidak menjadi kerana pada awal pertumbuhannya Che Kam telah meragut hampir separuh dari pokok tersebut.

Sekarang sudut bahagian dalam yang telah dibuat penyusunan semula. Pening dan penat  juga seketika, tidak tahu sudah bagaimana mahu menyusun pasu-pasu tersebut sebab kebanyakkan pokok dilaman dalam bukannya mesra matahari

Puas juga nak menolak dan mengheret pasu-pasu yang berat ini.

Bahagian paling kritikal. Sudah di kecilkan ruangnya. Separuh lagi pokok-pokok dibahagian ini sudah dipindahkan ke sudut lain. Lihat juga pokok-pokok morning glory yang terpaksa diubah ketepi.

Selain mengubah pasu saya juga mencantas mana-mana ranting yang berlebihan. Kelihatan sudah  kurang serabut kini. Saya harap suami dan anak berpuas hati dengan pengorbanan  saya ini....

Ini...nak cerita juga. Petunia saya sudah masuk 7 bulan sudah tapi masih bertahan lagi pokoknya. Saya semai dari biji. Walaupun agak lembab pada awal pertumbuhannya tapi berbaloi juga menantinya membesar begini.

Letih menunggu saya habis kerja, Kaspin dan Kastih ambil peluang berihat dan menyejukkan badan ditepi ruang yang lembab dan teduh.

Cerita kemarau dan bunga ini mungkin tidak akan berakhir setakat ini sahaja, masih ada lagi  pokok-pokok baru yang sedang berlajar berbunga termasuklah simerah hati di atas ini. Kisah ini akan kita sambung lagi di entry yang berikutnya. InsyaAllah. Happy weekend and happy gardening  to all of my friends! 














Thursday, 6 November 2014

True Colors - Part 1

Minggu ini mood untuk posting kisah baja mol ikan tergendala. Semasa saya bersiap bahan untuk entry hari Sabtu, sebaldi air baja saya yang sudah siap di proses campuran airnya telah hilang begitu saja. Tinggal baldi kosong. Siapa pun tidak mengaku membuangkannya...mujurlah pati air mol simpan didalam rumah...Namun hati yang marah beransur reda bila melihat bunga-bunga yang berbagai warna kembang di laman dengan warna-warna yang cukup memikat..Jom sejukkan hati bersama saya..

Orkid Pinang/Tanah. Bunga fesyen lama yang tiba-tiba  mengetuk hati saya..

Campuran warna ungu dan kuning. Dulu yang color purple tumbuh terbiar dikampung, sikit pun tidak pandang. Sekarang...saya dah order color kuning & putih. Coming soon merah pula...

Tengok ini...cantik tak ? Berpusing-pusing macam aiskrim. Bunga apa...

Semestinya morning glory! Agak unik, MG Moon Vine ini kembang pada waktu petang hingga kemalam. Saiznya sebesar tapak tangan. Ada bau manis lembut seakan perfume. 

Ini kronologi Moon Vine yang saya rakam dari awal berputik hingga kesaat berkembang.

Setiap hari Moon Vine berbunga

Sungguh saya amat-amat berpuas hati dengan MG jenis ini. Terima kasih Mieyza Dahlan dari Seed Galore yang banyak membekal biji benih MG kepada saya.

Antara MG baru  yang ceria berbunga..

Salah satu sebab saya gemar pada MG ialah tentang warnanya..

Sudah lama mencari. Granpa Ott. Akhirnya dapat juga. Begitu solid ungunya..

MG Fuji batch kedua..color yang cukup asli...

Walau satu pokok tapi warnanya kadangkala agak berbeza.

Lagi jenis MG Fuji. Menarik pink nya.

Scarlet O'hara yang paling tahan lasak..sentiasa ada.

Sikecil biru

Sekarang mari lihat petunia saya pula..

Hasil dari semaian biji benih. Walau tumbuh meremut namun hanya tiga pokok saja yang berjaya membesar. Dua darinya saya letak dalam satu pasu. Tapi petunia saya semuanya senget sebelah sebab kadar cahaya yang tidak mencukupi.

Pokok ketiga. Sebenarnya anak-anak petunia ini tidak lansung mengikut warna asal ibunya. 


Ini pula balsam impatient dan Vinca.



Impatien putih dan merah..

Cosmos Green Lime

Crossandra batch kedua.

Plambago biru menutup tirai posting hari ini.




























Friday, 2 May 2014

Purple Dearest

Bagaimana untuk saya berkata tidak...pada warna kegemaran hati ini.

Bila adik memberitahu akan datang melawat dengan dua pasu petunia..

Saya memang tidak dapat menolak..

Warnanya bagai lukisan di kanvas..

Walaupun dari jenis yang lama.

 Perasaan suka tetap menebal..

                   Bunga ini juga....walaupun kuntuman bunganya kecil tapi unggunya amat menyerlah..

Friday, 21 February 2014

Ada Apa dengan Petunia?

Tu lah, dulu tak mau sangat beli petunia jenis hybrid ni. Tak tahan lama..tapi degil, langgar sumpah beli juga. Bukan apa saja nak buat experiment nak tengok boleh tahan cuaca tak dan saya suka sangat nak dapatkan biji benih dia untuk semaian baru..Selama sebulan lebih ianya membesar subur dengan bunga yang meriah dan tiba-tiba saja  ia boleh jadi begini.....
Mula-mula ingat tak cukup air. Siram tapi terus-terusan kecut. Cek akar dah reput di pangkal. Over siram ke? Rasanya tidak...sehari sekali sahaja. Mujur stok benih sudah di tuai..
Kembang yang pertama tertewas....
Empat hari kemudian di ikuti dengan kembang yang ini pula..pun tertewas.
Akhirnya cuma tinggal yang ini saja masih terus bertahan. Saya cuba menanam batang-batang dari pokok yang mengecut ( segarkan dulu dalam air ),  dalam enam pasu cuma kelihatan satu saja yang macam hidup. Lain terus kecut. Apapun saya puas hati sebab sempat simpan kesemua stok biji benih. Esuk cuti jadi boleh menyemai lah.