Benarkah..?
Saya berkata begitu kerana nama pokok ini ialah Elephant Creeper Ini ialah bunga pertama kembang tiga hari yang lalu.
Bentuk daunnya besar dan lebar seakan telinga gajah,. Saya rasa kerana itu lah pokok yang asalnya dari India ini di kaitkan namanya dengan binatang tersebut..
Atau mungkin juga sulurnya yang seakan belalai..
Empat tahun lepas, saya pernah menghapuskan kesemua pokok yang ada kerana ia terlalu rimbun dan menyempitkan ruang laman saya yang sememangnya sempit.
Kemudian bila saya rasa kehilangan, saya beli dan tanam semula kerana saya memang suka melihat pokok ini. Bukan saja kerana warna bunganya yang terang
Juga batang sulurnya pun gebu dan silky..








