Wednesday 15 February 2017

Kitchen Garden Belakang Rumah

Minggu ni nak kongsi cerita dengan pokok sayuran belakang rumah. Selain kebun R&R di tepi padang perumahan, belakang rumah merupakan tempat pertama saya  berkebun sayur. Pelbagai sayuran dan ulam saya tanam di sini. Jom tengok sebahagian darinya...

Kita bercerita pasal buah kundur ni dulu. Buah 
ini merupakan satu2nya buah yang berjuntai ke bawah. Yang lain-lainya semuanya mendarat di puncak pokok limau purut dan bumbung dapur. Nampak cantik sangat jadi saya biarkan dia distu. Petik yang atas-atas dulu.

Tuaian untuk di jual pada awal tahun baru. Tak sangka benih campak-campak pun boleh jadi duit juga. Dua kali jual lepas juga lah duit air untuk tiga bulan.

Bayam Brazil saya habis diserang leaf miner. Lima pasu habis berlubang dan kering daun di kerjakannya. Leaf miner ini beroperasi dalam isi daun. Jadi saya picit dia keluar. Terkejut juga tengok saiznya yang boleh di katakan agak besar. Saya biasa picit yang di daun tomato. Kecil saja. Memang tidak tahu rupa bentuknya tapi yang ini sangat jelas kelihatan walaupun mata saya  kelabu. 

Dek kerana serangannya begitu parah saya terpaksa cabut kesemua pokok, gondolkan daun-daunnya. Rawat tanah, biarkan sebulan kemudian baru tanam balik.

Selepas sebulan lebih. Inilah hsilnya. Kembali subur dan tiada serangan semula setakat ini.

Hasil tuaian pertama asparagus. Saya beli benihnya di pasaraya dengan harga RM2.20 sepeket. Mujur ada kawan info dalam grup fb benih ni sangat lambat bercambah. Jika tidak tentu saya silap.

Tidak ambil masa bertahun untuk makan hasilnya. Sekarang saya beli lagi dua jenis benih ini secara online. Salah satunya berwarna ungu. Asparagus ini eluk di tanam banyak rumpun baru puas makan dan mengutip hasilnya.

Tomato ceri anggur yang tak sangat pun bergugus buahnya tapi sentiasa berbuah. Saya tidak berapa suka tomato ceri jenis ini kerana sedikit masam dan bijinya sangat terasa jika di kunyah. 

...namun berbaloi juga di tanam sebab feveret cucu...masam-masam tu suka lah...

Masa duk ralit ambil gambar sayur, terpandang rama-rama besar ni hinggap di daun limau purut. Lama juga kupurama tidak meronda di laman saya. 

Mmm...salad sudah menjadi kegemaran saya sekarang. Semenjak berjaya tanam salad merah tahun lepas, saya tida henti order online benih-benih salad. Ada menjadi ada tidak. Ini salad romaine. Nampak subur tapi susunan daunnya tidak menjadi seperti di gambar.  

Salad merah yang berjaya ditanam dari benih sendiri. Induknya saya tanam tahun lepas. 

Untuk dapatkan benihnya, pokok ini dibiarkan matang sampai mengeluarkan bunga. Bunganya kecil comel berwarna kuning. Cukup masa bunga mengering. Waktu ini sudah sesuai di tuai untuk benih. 


Salad romaine mula meninggi. Tanda-tanda pokoknya akan berbunga.

Barisan salad bersama sayuran lain.

Sawi kerinting tengah membesar

Selain kemangi, Thai basil , ruku dan sweet basil saya juga tanam spesis baru basil  tapi lupa namanya. Pemberian biji benih dari rakan fb. Cantikkan bentuk dan warna daunnya. 

Celah-celah pokok tomato saya selit pokok kobis bunga. Percubaan pertama tanam.   Ada dua pokok saja. Teruja tengok pokok yang ditanam oleh rakan grup fb berjaya berbunga. Moga pokok saya membuahkan hasil juga.

Buah hati belakang dapur...daun sup renek. Setahun lebih umurnya. Merimbun tak termakan. Jenis ini sangat mudah  di biak melalui anaknya yang tumbuh di pangkal umbinya.

Kemudian saya mencuba pula dengan jenis tinggi, Pun hidup dan membesar dengan subur juga. Sekarang saya ada berbelas pasu semaian daun sup ini. Mmmh...dari zaman anak dara, berkawin sampailah  kezaman mendapat cucu barulah saya berjaya tanam pokok ini. Satu masa yang amat lama dan saya tidak pernah berhenti mencuba. 

Akhirnya kundur terakhir ini menjadi rezeki kawan saya Ch'ng Lee lee. Saya hadiahkan kepadanya sempena Tahun Baru Cina. Kami sudah lama kenal dan saling berkongsi cerita  tentang pokok bunga. Selalu juga tukar-tukar benih dan bunga. Lee Lee juga merupakan seorang penjual bunga dan punyai nursery  di sini.


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!









Saturday 4 February 2017

Cosmos

Beberapa bulan lepas  saya membeli banyak jenis benih cosmos untuk di semai.  Memang terpikat sangat melihat pelbagai variety dan warnanya. Sebelum ini pernah mencuba tapi tidak berjaya tumbuh eluk. Kalau berbunga pun mesti kecil dan terencat saja. 

Pada masa yang sama cosmos 'kampung' masih meriah berbunga di kebun. Tumbuh bersilih ganti dari biji benih yang gugur. Tidak payah disemai. 

Dua jenis warna iaitu oren dan kuning. Sangat lasak dan besar tinggi pokoknya. Berbunga lebat, bersaiz besar dengan warna yang terang. Berbaloi di tanam, tidak perlu pembajaan dan penjagaan rapi.

Tapi itulah..nak tanam juga yang jenis luar tempat. Ini benih beli pasaraya. 

Cosmos Gloria. Besar bunga dan pokoknya pun tinggi. 

Mudah hidup dengan keratan batang. Tapi  tidak terlalu praktikal kerana rantingnya tidak banyak untuk dikerat. 

Cosmos Alba. Walaupun beli hampir  sepuluh jenis variety tapi hanya beberapa saja yang berjaya hidup dan berbunga. Kebanyakan mati dibekas semaian atau benih tidak tumbuh lansung. 

Cosmos Dazzler Red. Sangat solid warnanya, 

 Sebahagian dari beratus biji benih yang saya dapat dari bunga yang kering. Malangnya bila disemai sepokok pun tidak tumbuh. Memang pokok ini dipatenkan begitu agaknya. Sehingga kini hampir empat kali saya semai tetap masih belum berjaya menjadi. Frust sudah. 

Mmmm...balik-balik jenis yang kampung inilah juga yang terbaik. Berbunga siang malam dan kalis penyakit setakat ini. Rasanya cukup sudah mencuba. Lepas ni no more cosmos seed..( betul ka....). 


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!