Tuesday 18 April 2017

Temperature Vegetables: Zucchini, Carrot, Cauliflower, Purple Kohlrabi & Asparagus.

Mmm...saya bukanlah berselera orang putih.  Cuma seronok  nak mencuba tanam pokok sayuran beriklim sejuk ni. Cuba bereksperimen. Nak tengok boleh tumbuhkah pokok-pokok sayuran ni dalam cuaca panas & lembab kita.  Lagipun biji benih beli online ni murah saja. RM2.00 sepeket. Kebanyakkan benih yang saya semai tumbuh dan membesar. Jadi  anggapan cuaca tidak sesuai  adalah salah dan tidak tepat. Sebenarnya ilmu pertanian patut ada jika kita mahu dapat hasil yang maksimum. Saya pula main bantai saja...

Ini adalah pokok zucchini pertama saya tanam. Subur. Pokok ini sejenis dengan labu jadi ia mudah menyesuaikan dirinya dengan cuaca setempat. Tapi mahukah dia berbuah? Ini adalah soalan utama yang timbul jika kita menanam pokok beriklim . Rasa sangsi cukup memusuhi fikiran. 

Dalam sebulan lebih zucchini hijau ini mula berputik. Sukanya saya. Rasa berjaya. Malangnya tanaman pertama saya ini patah kerana batangnya  yang terlampau berat jatuh melebeh kebawah. 

Kali kedua mencuba zucchini kuning. Saya tanam terus atas tanah. Berhasil walaupun baru sebiji. Tengahari tadi saya sudah petik untuk disayurkan. Jangan gelak.  Inilah kali pertama saya makan  timun labu ini. Walau pernah lihat dipasaraya tapi saya tidak pernah ingin membeli kerana bukannya sayuran lazim kita. 

Resipi mudah untuk menikmati rasa sebenar sayuran yang saya anggap cantik ini. Warna kuning dirajanya tetap utuh walaupun sudah dimasak. Tidak terasa sangat seperti labu atau timun tapi sedap. Teksturnya rapuh itulah yang saya suka. Hadir bersama ialah kohlrabi ungu...biasa dengar & makan tak?

Ini pokoknya. Cantikkan hijau keungguan. Bahagian yang dimakan selalunya ubi yang membulat di bahagian batang namun daunnya juga boleh dimakan dan rasanya seperti kailan. Walaupun berubi tapi sayur ini sejenis dengan  bunga kobis dan brocoli. 

Bercakap pasal bunga kobis / cauliflower, ini dua pokok percubaan saya. 

Hampir tiga bulan mula berbunga. Puas tunggu.

Bangga, suka & puas hati walau tak sebesar mana. Cukup sekali sayur. 

Carrot pun boleh tumbuh dalam cuaca panas ekstrim. Daunnya sangat cantik dan boleh dimakan. Bila musim hujan saya masukkan kedalam pasu dan tinggalkan sepokok saja di atas tanah.

Yang sepokok itu berubi dulu sebab tanahnya cukup gembur dan berpasir.

Ini pula pokok asparagus tengah lebat berbunga.  Lama sudah makan hasilnya. Tanam dari tahun lepas.  Pokok ini berbaloi dtanam kerana boleh hidup sampai berpuluh tahun. 

Secara peribadi berjaya juga saya menanam pokok beriklim ini. Sudah tentu cuaca bukanlah penghalang. Sekarang saya sudah ada pilihan yang mana berbaloi dan patut dikekalkan.

Berbalik pada menu kebun. Carrot kontot sudah pun di cabut. Nampakk...ada rupa juga kan. 

Hasilnya..mmm..sayur campur fresh dari ladang......sendiri tanam, sendiri masak & sendiri makan. Yang penting happy & bebas racun. 


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!















Wednesday 5 April 2017

Koleksi Kemboja - Frangipani / Plumeria

Saya memang minat dengan bunga kemboja. Setengah orang tidak suka kerana beranggapan sebagai bunga kubur. Misteri dan dipenuhi dengan cerita mistik. Dari dulu lagi saya berangan nak ada garden pokok ini depan rumah. Namun hakikat dan kebarangkalian untuk memenuhi permintaan hati bagai tidak terlaksana. Mmmmh...mana mungkin. Laman pun seciput saja....

Walaupun begitu saya tetap meneruskan minat untuk mengumpul pelbagai variety bunga yang sangat cantik ini. Ini adalah pembelian pertama dari Diana  - Kebun Bahagia Bersama sekitar tahun 2013. Yellow Bali Picotee atau Bali Hai. Wangiiii....

Saya beli dua jenis darinya. Satu lagi Bali Red. Harum semerbak juga. Merah bertompok kuning di tengah.

Closed up. 

Pemberian kawan. Tidak tahu IDnya. 

Kebanyakkan kemboja berbau harum. Yang ini  aromanya sangat menusuk kalbu dan dipenuhi nostalgia. Harumannya seakan membawa saya pulang kezaman silam. 

Awal tahun ini saya membeli 6 jenis variety kemboja hibrid. Tidak dapat menahan rasa hati bila peniaga online fb mempamiran senarai bunga yang semuanya menawan hati.  Harga antara RM10-20 sebatang. Kebanyakkan pokok kemboja saya letakkan di kebun sayur. 

Bulan berikutnya saya beli lagi dua jenis. 

Namun agak malang 2 batang pembelian terakhir  buruk sebelum sempat di tanam. Malaysian Black Tiger & Vishnu Gold. Kedua-duanya mempunyai bunga yang sangat cantik, besar & menawan. Risiko yang terpaksa di tanggung. 

Sekarang hujan sedang bermusim. Tidak sedar ada lagi kemboja yang baru ditanam memburuk batangnya. Terpaksa saya usung dari kebun dan letak atas rak bawah porch. Kurang cahaya matahari namun tiada pilihan. 

Ada yang batangnya terpaksa dikerat sehingga kontot. Harapan mau hidup tu 50-50 saja. Sedih juga
namun begitu  tidak sangka ada pokok lain yang sudah berlajar berbunga. Tak sabar nak tengoknya kembang!

Sementara itu cik merah terang ini berjaya membuatkan rasa sedih saya hilang. Beli dari nurseri. Tiga tahun tanam baru nak berbunga. Puas hati tengok. 

Yang paling rajin berbunga....basah dalam hujan. 

Mengorat dari adik di kampung dua bulan lepas.  Masam kelat adik nak bagi pun. Sayang. Saya ambil batang kosong saja. Tiga minggu kemudian terus berbunga cantik. Rezeki. 

Tidak dapat dinafikan saya masih mahu membeli lagi bunga ini. Tak mau fikir kat mana nak letak nanti kepala pusing. Beli dulu bela bagi cantik. Tak cukup ruang esuk kita jual. Di tempat saya pokok ini menjadi kegemaran untuk landskap dan dijual dengan harga yang tinggi. Kalau ada tanah mau saya buat ladang. Setakat ini dulu kita bersiaran. Jumpa lagi dilain hari.


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!