Tidak banyak untuk diceritakan minggu ini. Sudah dua bulan hujan bermusim. Banyak juga tanaman saya rosak akibat terlebih air. Hujan yang turun tidak kira waktu juga telah membataskan kerja-kerja pembersihan dan tanam semula di homestay sebelah. Banyak benih yang saya semai telah dimakan siput. Benih zinnia hanpir-hampir pupus dan matahari pula sehingga setakat ini belum berjaya membesar. Sakit juga hati. Semuanya menjadi habuan binatang ini. Walaupun begitu masih ada bunga-bunga lain yang berkembang dan menceriakan hati saya. Dua warna ini nampaknya secara kebetulan mendominasi carta warna di laman.
Prosperity
CH Morning Glory
Telang putih selapis
Melur kampung yang sangat harum
Can't take my eyes...
Setiap hari saya ambil gambarnya
Memang favourite sangat..
Bunga ini tidak tahan lama jadi saya mesti merakam kecantikkannya setiap hari sebelum ia mengering.
Mewangi setiap malam
Kongsi rumah
Telang putih makin banyak berbunga
Telang biru yang nampak keungguan
Yang amat rajin berbunga dan sangat harum baunya.
Crossandra ? Saya tidak pasti namanya. Bunga baru.
Periwinkle pemberian Diana yang sentiasa berbugna.
Cyprus Vine yang tumbuh sendiri dan menjalar dimerata pokok.
Masih dalam warna tema. Kastih. Telah kembali sembuh tapi masih tidak mahu gemuk seperti dulu balik. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan bloggers yang telah mendoakan Kastih sembuh dan pulih seperti sediakala.



















