Tuesday 29 August 2017

MerdekaRaya : Kenangan.

Tahun ini kita menyambut merdeka dan raya haji berselang hari. Mesti meriah kan bila tiba harinya nanti. Saya sendiri tak dapat ingat tapi rasanya inilah kali pertama kita sambut merdeka dan aidil adha dekat-dekat. Setiap orang pasti ada cerita tersendiri pasal merdeka. Saya pun ada. Tentunya cerita pada zaman dulu. 

Kalau nak kira, zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling seronok. Masa tu tidak tahu pun sangat apa erti kemerdekaan. Yang sinonim  ialah gambar Tuanku Abdul Rahman di kaca tv melaung merdeka dan gambar bendera Malaysia dinaikkan. Namun kenangan menyambutnya 
bersama dengan adik dan abang adalah memori yang terindah untuk dikenang.

Tahun 70an. Semasa bersekolah rendah, bapa akan membawa kami sekeluarga ke 'garden' untuk meraikan merdeka. Satu-satunya tempat riadah orang awam di bandar. Pergi pada waktu malam. Tengok wayang kulit dan kadangkala ada nyanyian pentas. Yang paling seronok boleh makan satay dan bihun hailam percuma di restoran Ah Yau, kawan baik bapa. Itulah suasana merdeka waktu itu.

Bila usia meningkat remaja cuti sekolah adalah 'merdeka' yang sebenar buat saya. Boleh rehat dan tengok TV siar rancangan hiburan ambang merdeka. Kami tidak lagi kebandar untuk menyambutnya. Ketika itu sekolah pun tidak ada apa-apa aktiviti  untuk anak muridnya.

Sehinggalah saya berkahwin kami mula kedataran untuk count down dan melihat bunga api. Dari anak kecil hinggalah mereka meningkat remaja. Tahun 90an  adalah era  yang penuh dengan semangat dan keterujaan.

Sekarang dah rasa tak ada hawa nak menyambutnya. Sudah sepuluh tahun lebih tidak kedataran. Namun anak-anak sekarang  masih ada cara mereka sendiri untuk meraikan hari bersejarah ini. Semoga anak-anak merdeka ini akan berjaya memerdekakan diri dan minda mereka di masa hadapan. Ditangan merekalah negara ini berteguh. 

 Malaysiaku, selamat menyambut 60 tahun merdeka. Ini mungkin posting terakhir buat seketika kerana computer saya ada masalah dan terpaksa di format semula.


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!




Monday 21 August 2017

Butterfly-bush / Buddleja

Lama tak posting pasal bunga di laman ni ya. Jadi hari ini saya bangun awal untuk sesi photo shoot. Sebelum tu ronda-ronda tengok pokok dan kebun dulu. Cuaca pagi ni nampak cantik sangat. Terang benderang,  Padang rumput  pun memutih dengan embun pagi. Segar mata tengok.

Tengok si kecil ni tergedik ikut sama. Sekarang dah jadi model  padang rumput yang baru. 

Ok..jom tengok bunga.  Butterflybush ataupun nama botaninya Buddleja. Bukan bunga tempatan tapi sangat tolerat dengan cuaca setempat. Itu yang saya suka. Saya beli online dengan harga RM18.00 sepokok. Lebih kurang dua minggu tanam terus berbunga.

 Bunga ini kembang berjambak dimana cabang bunganya di selaputi kumpulan kuntuman bunga kecil  yang kembang memutih seakan  ekor kucing. Promosi mengatakan bunga ini sangat-sangat harum. Betulkah?

 Sangat betul.... bunganya super duper wangi. Lalu kat tepi dah menusuk kehidung. Bau wanginya sangat tersendiri. Lain dari bau bunga biasa. Unik dan anih. Berkali-kali saya cium untuk menentukan rasa harumannya. Tak dapat. Macam bau tiruan pun ada. 

( Gambar google )
Rupa-rupanya bunga ini bukan hanya ada satu warna saja. Terdapat pelbagai warna menarik yang terhasil  dari pokok-pokok  hybrid. Harap ada nurseri yang menjualnya nanti. Sudah ada permintaan dari penggemarnya. Harga mesti mahal.  Mmm...saya tunggu tengok ja la macamana...

Semasa photo shoot dipadang tadi, Kastih dan Kaspin turut serta. Ni gambar pertama depa bertiga.  Walaupun dalam suasana santai Kaspin  masik menjarak dan jelas  tak suka kat Tome. Manakala Si Kastih  tak menyempat nak balik bila terlihat kelibat kucing betina di jalan. 


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging &  happy gardening!



Saturday 12 August 2017

Rajuk dan Hilang....


Mendung...hujan...mendung...hujan...dah tak ingat berapa lama dah berlarutan. Apa yang pasti tahun ini kawasan perumahan saya ni kaya dengan rahmat tuhan. Taburan hujan yang sangat tinggi bermula dari bulan February dulu kalau tak silap saya sampailah  sekarang.

Bangun dari kemalasan, beberapa minggu lepas saya berusaha mencabut rumput di kebun tanpa cangkul. Saya guna tangan kerana mahu mencari anak-anak pokok yang mungkin tumbuh  dari benih bunga yang tidak sempat saya tuai.  Jumpa juga satu dua tapi ada juga yang hilang terus. 

Butter daisy ni pupus terus setelah bertahun-tahun menceriakan laman & kebun. Hilang begitu saja. Ini harga yang perlu dibayar bila leka dan mengabaikan. Memang ada rasa kesal dihati. Ralat & sedih...

Tapi ada lagi perkara lain yang buat saya sedih. Kucing saya Si Kaspin. Sudah sebulan lebih tak mau tidur dirumah. Dah 5 tahun bela dia dengan penuh kasih sayang. Sekali pun tak pernah pukul. Kiranya menjadi kesayangan keluarga dan popular pada  jiran tetangga. Mana saya pergi bersembang adalah dia kat situ. 

Selama hidupnya Kaspin tidak mahu berkongsi apapun dengan sesiapa walau dengan anaknya sendiri si Kastih. Sikap diva dan dominannya sangat ketara walaupun dia kucing betina. Dia juga tidak suka berkawan dan bermain dengan kucing lain kecuali sesekali bergurau dengan anaknya. Kawannya cuma saya dan jiran terdekat sahaja.

Awal rajuknya dia berehat dan tidur  sepanjang masa  didalam bilik bersama  adik jiran baik saya yang memang sangat sukakan kucing. Berminggu juga dia berulang kesitu. Semua terkejut dengan tingkahnya yang luar biasa dan mereka mensyaki pasti ada sesuatu yang tidak kena. 

Memang betul pun. Kemunculan orang ketiga dirumah saya sejak 5 bulan yang lalu membuatkan dia tidak senang hati dan sentiasa marah. Anak kecil yang membesar dengan penuh kelincahan ini berjaya membuat seisi rumah terhibur dengan keletah nakalnya. 

Kerana tidak tahan diganggu dan tempat kesukaannya dicerobohi membuatkan Kaspin membawa diri. Saya perasan bila dia jarang balik kerumah sampai time makan pun saya terpaksa  memangilnya berkali-kali.  Namun tak menduga dia akan merajuk berpanjangan. Saya mulai risau....

Dia kini  jauh berubah. Tidak selesa bermanja macam dulu. Balik cuma untuk makan kemudian bergegas keluar walau hujan lebat. Tempatnya sekarang di atas tembok  jiran berhadapan rumah. Walaupun nampak dimata tapi terasa jauh dihati...dah rasa kehilangan...

Dulu setiap malam  dia akan menemani saya dengan menempek badannya di depan atau belakang screen . Walaupun menggangu kerja tapi saya tetap suka dan rasa bahagia. Sambil mengetik keyboard saya akan picit-picit hidungya yang lembab.  

Kini semua tempat tidur & rehat Kaspin si Tome dah takluk. Screen computer pun dah beberapa kali jatuh dan hilang warna dek tulahnya. Kini dia  pula yang menemani saya ke kebun. Kaspin cuma jeling-jeling dari jauh atau pun menjarak. 

Ingat dulu-dulu, kalau tangkap apa pun mesti bawa balik tunjuk kat saya. Kat mana saya ada kat situ dia hidangkan. Ini beberapa bulan lepas. Pukul satu pagi. Saya dah tidur pun. Dia bawa masuk melalui tingkap bilik tidur yangmana kacanya saya buang untuk jadikan pintu dia keluar masuk. 

Ini pula tangkapan bulan puasa lepas. Saya kebilik air sebentar selepas sembahyang. Time keluar tengok dia duk tercatuk didepan pintu.  Rupa-rupanya nak bagitau.  Dah terbaring atas sejadah se ekor. 

Rasa kosong bila dia tak ada. Rasa rindu nak main tut cak kat padang.

Pagi petang ke kebun bersama...

Suka-suka ber sessi photo shoot di padang...

Saya selalu berdoa dalam hati agar dia tidak marah dan merajuk lagi. Setiap kali dia pulang makan saya akan mengendong dan manja-manjakan dia sambil meminta maaf.. Harap dia faham.

Saya tak mau kehilangan dia sama seperti saya kehilangan pokok-pokok bunga ini . Dia bukan sekadar seekor kucing tapi juga sebahagian dari ahli keluarga yang saya ada dan sayang. Tiada yang keempat selepas ini. 

Ini satu pengajaraan dan peringatan buat saya. Jangan berleka. Lebih perihatin dan menghargai. Waktu ada leka dan abaikan. Bila menjauh baru nak merindu dan tercari-cari. Hati merana tanggunglah sendiri. Mmmm....saya juga rindu dan tertanya-tanya manalah menghilangnya kawan-kawan blog kita ya...Zakie Purvit, Kak Zai, Kak Nora, Julie M, Honey...Anna...dan ramai lagi angkatan lama...sudah tak meriah macam dulu..

Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!