Showing posts with label Hibiscus Cannabinus - Kenaf. Show all posts
Showing posts with label Hibiscus Cannabinus - Kenaf. Show all posts

Sunday, 22 February 2015

Hibiscus Cannabinus - Kenaf

Saya amat tertarik dengan si kembang pink pekat ini. Bunganya bersaiz besar dan tidak sepadan dengan batangnya yang kecil melurus. Sebelum ini  saya tidak pernah tahu sejarah dan kepentingan pokok bunga ini melainkan melihatnya  dari sudut kecantikan semata-mata.

Pemberian dari adik, ia  mengambil masa lebih kurang dua bulan  untuk berbunga.

Rupa-rupanya pokok yang dikenali dengan nama Kenaf ini juga  ditanam secara meluas di negara ini kerana pokoknya menghasilkan gentian serat /fiber yang amat tinggi nilainya. Pokok Kenaf yang di komersilkan di  sini berbunga kuning.  Fiber ini menghasilkan kertas.

Genus Hibiscus dan dari famili Malvaceae ia juga sekelompok dengan bendi dan roselle.

Seperti biasa saya tidsk pernah lupa untuk merakam setiap detik-detik peralihan bunga ini. Ketika ini  putik bunga mulai membesar dan bersedia untuk mempamirkan kudupnya.

  Lihat kudup sedang menunggu mekar. Sangat cantik, seakan kudup bunga ros.

Kembang sempurna!

Kembangnya cuma sampai kepetang. Kemudian kelopak bunga pun beransur kecut. 

Buah yang terbentuk bila kelopak yang kering gugur. Bentuk buah pun seakan buah roselle.

Saya tidak sabar membiarkan ia kering di pokok. Saya mahu lihat isi didalamnya bagaimana.

Lalu saya gunting dari dahan. Agak sukar untuk memegangnya. Duri-duri kecil melekat di jari saya. Kelihatan dengan jelas kelonsong/pod bijinya bersalut dengan bulu-bulu halus seakan miang rebung.  

Di dalam pod yang berbulu ini bersemi biji-biji benih kering.

Ini biji benihnya yang saya korek keluar. 100% macam biji roselle. Biji benih kenaf juga boleh menghasilkan minyak sayuran yang boleh dimakan. Ia mengandungi asid lemak poli tidak tepu - Omega yang tinggi, baik untuk kesihatan tubuh. Minyaknya juga digunakan dalam kosmetik dan  industri minyak pelincir. Siapa sangka ya, pokok bunga ini rupanya mempunyai nilai dan diusahakan secara meluas di negara tertentu termasuklah Malaysia. OK..selamat berhujung minggu dan happy gardening!