Tuesday 8 December 2020

Sand Paper Vine


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Lamanya tak bersiaran...Dari musim hujan sampai dah masuk pun musim kering. Banyak cerita banyak peristiwa. Tak tercerita sedih dan gembira. Kadang ingin nak luahkan disini tapi rasanya hidup mati...sihat sakit kan itu kitaran hidup. Datang dan perginya harus di tempuhi....biarlah..

Mari tengok sand paper vine yang tengah meriah berbunga. Hanya ini saja yang mampu mengubat luka dihati.

Walau sekarang saya tak seghairah dulu dalam menulis dan memotret tapi bunga masih diberi keutamaan selain sayuran.

Hilang rasa serabut bila lihat keindahan ini. Saya selalu berdoa agar hari senja saya dilalui dengan tenang dan aman. 

Bahagia bersama keluarga , anak cucu, saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga dan kucing tercinta. Tapi siapa kita yang mahu mengatur begitu....

Mmm....hidup harus diteruskan. Saya selalu ajar ini pada diri Pandanglah yang cantik-cantik. Kenanglah yang indah-indah. Nescaya kita akan redha menerimanya. Berhenti bertanya. Biar  bulan datang dan pergi. Satu ketika, masa akan mengubat segala rasa sedih dan marah. Kita pun akan lupa. Slowly and slowly.....


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!
#staysafe









Monday 12 October 2020

Pupus

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan bloggers. Agak lama tidak bersiaran. Bukan busy tapi ibu jari saya sakit dan kesihatan saya tidak begitu baik. Berbulan juga ambil masa untuk sembuh. Musim hujan yang bermula pada awal puasa dulu masih berlarutan hingga sekarang. Kebun kebanjiran. Pekej tersebut membataskan aktiviti penanaman.

Bila rasa sembuh saya mulai kekebun. Masuk saja kesitu rasa macam nak nangis. Banyaknya pokok saya mati. Siput babi meriah berpesta. Ulat dan fungus juga menambah carta.

 Berbelas jenis pokok bunga hilang dari radar. Tak tahu nak buat apa. Down rasanya. Macam nak give up. Bukannya murah pokok yang dibeli dan bukannya senang nak membesarkan mereka sampai ketahap itu. 

Tapi tiada daya menolak kuasa alam. Ini saja hobi semenjak azali. Kena move on. Cari benih dan tanam balik. Kerana hujan masih bermusim jadi terpaksa kerja penyemaian benih di buat secara berperingkat.

Sayang sangat sesetengah bunga dah 5-6  tahun menyerikan kebun. Dua bulan tiada perhatian pupus sudah mereka.

Mmmm...macam tak percaya hilang begitu saja....

Redho saja la..Saat menulis ni pun hujan lebat masih membadai bersama angin kuat. So memerap di atas katil saja la dengan depa dua ekor ni....

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening.
Staysafe.










 

Monday 31 August 2020

Merdeka...Sebuah Catatan Kenangan.

Selamat menyambut hari Merdeka. Seperti biasa tiada acara untuk di rai. Hanya duduk-duduk mengenang dan melihat cerita sejarah di tv.

Cuma di hari yang bersejarah ini saya mahu berkongsi rasa kemerdekaan saya pada 31 tahun yang lalu.

Diari lama tahun 89 ini saya jumpa ketika renovate dapur September tahun lepas. Dik sibuk mengemas saya simpan tepi  dulu kemudiannya lupa terus.

Semalam waktu cari-cari barang entah macamana terjumpa semula diari lama ni. Sebaik di buka kelihatan sebahagian kertasnya telah dimakan anai-anai namun tulisannya masih jelas dan terang.

Asalnya diari ini kepunyaan cik suami. Catatan terakhirnya ialah pada 22 Feb 1989. Hari pernikahan kami. Jelas terlihat kegembiraanya bila dia menulis penuh semuka tentang hari bersejarah itu. Tulisan pun macam nak cepat sudah saja. Agaknya apa dia rasa hari itu. Tersangat bahagiakah sampai tutup diari terus...

Selepas dia berhenti menulis saya ambil diari dan sambung cerita. Setiap malam sebelum tidur saya akan tulis kisah harian juga luahkan segala rasa saya disitu. Semalam masa menyelak helaian, mata saya terpaku pada tarikh keramat 31 Ogos. Kenapa kosong. Oh..saya tulis dibahagian belakang muka rupanya...Apa yang saya tulis ?

Lalu saya baca satu persatu. Mmmh...tarik nafas panjang seketika. Aduhai...kenapa saya tersangat sedih pada hari tersebut. Kenapa banyak pertanyaan dan kekeliruan dihati saya ketika itu. Dah enam bulan bersama tapi kenapa hati saya tetap rawan. Apa yang terjadi kepada saya ketika itu?

Puas saya putar memori. Mungkin saya belum cukup bersedia atau mungkin ada kisah luka yang saya pendamkan. Sejujurnya saya tidak tahu kenapa saya jadi begitu rawan. Saya rasa mungkin saya menangis ketika menulis sedang suami sudah lama tidor....Betul lah orang cakap masa akan mengubah segalanya. Bahkan juga merawat dan melupai sebahagiannya...
Jadi setelah 31 tahun berlalu pergi....berjayakah saya miliki bahagia di setiap merdeka ?

Mmmm...of coz yes. Sebab saya sentiasa move on. Saya sentiasa memaafkan. Saya berlajar merdekakan perasaan untuk hadirkan bahagia dihati...
Saya buat apa yang saya suka dan saya sayang apa yang saya cinta

Jadi berakhir disini kali ini. Saya sudahi dengan assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan bloggers. Staysafe.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!















Monday 17 August 2020

Balik Kampung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat rakan bloggers. Covid 19 kembali merebak di Kedah. Walaupun begitu kehidupan di teruskan juga cuma perasaan bimbang sentiasa menghantui apatah lagi virus ini sudah bermutasi dan merebak dengan lebih cepat dan mudah menjangkiti. Semasa rentas sempadan di longgarkan,  saya sekeluarga balik ke kampung untuk melihat ayah mertua yang tidak sihat. Masa tu Kedah sudah di istihar bebas dan berada dalam zon hijau.  

 

Masa balik aritu kebetulan durian tengah bermusim. Berderet sepanjang jalan orang menjual.

Puaslah makan durian....

Seronok bila balik kampung begini la....makan ayam kampung... 

Bakar lemang....

Seronok Kasih dapat bebas bermain seluruh pelosok kampung. Lepas geram setelah berbulan berkurung dalam rumah. 

Saya macam biasa lah.....wajib pergi pasar hari. Seronok tengok ulam-ulaman, sayuran dan tanaman kampung. Macam nak borong semua...haha.. 

Kuih masih empat biji seringgit dengan sais standard. Tempat saya sebiji empat puluh sen. Dua kali gigit habis... 

Menantu...habis hati boleh panjat pokok dan petik buah....

Asam gelugor.

Proses pengeringan....sempat jemur sebelum dibawa belayar.

Yang agak ranum boleh dibuat pes.

Rezeki......bawa balik.

Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!



 

 









 



             
                  

Sunday 24 May 2020

Raya Aidil Fitri 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan bloggers.
Kita raya hari ini...
Walaupun dalam keadaan terbatas tetapi saya rasa tiada bezanya malah seronok sebab dapat lihat seisi warga taman 
ada di rumah masing-masing. 
Tiada siapa balik kampung termasuk saya.

 Semoga kawan-kawan semua dapat menyambut aidil fitri tahun ini dengan meriah. Kesempatan ini saya memohon ampun maaf jika ada salah silap  tanpa sengaja  tercoret di setiap posting dan komen yang saya tinggalkan. Sayang semua!
Stayhome & Staysafe.


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!





Sunday 17 May 2020

Puasa 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan bloggers. Selamat meneruskan puasa dan bertabah hati dalam tempoh pkp sehingga June ini.

Walaupun ada kelonggaran tapi saya masih selesa duduk di rumah. Cuma baru dua hari lepas ke market setelah hampir dua bulan berkurung. Mmm...harga barang mahal..

Mahal pun kena beli jugakan...
Tapi untuk sayuran saya banyak berjimat. Pokok labu air ini saya tanam semasa minggu pertama pkp. Alhamdulillah.  Tiga hari lepas dah boleh tuai hasilnya.

Benihnya dari stok purba. Hampir 4 tahun terperap dalam freezer. Tanam di padang tepi kebun. Tak sangka masih boleh berbuah elok.  Saya gulaikan dengan udang dan edarkan untuk jiran tetangga.

Bulan puasa ini begitu murah rezeki. Pertama kalinya saya dapat memetik kelapa muda dari pokok yang saya tanam hampir sepuluh tahun lalu. Mungkin berkat lockdown,  tiada siapa datang  menjarah. Pokok yang terletak disimpang masuk jalan ini selalunya menjadi rezeki orang lain.

Mmm....nikmatnya minum air nyior muda ketika berbuka....

Pada hari yang sama juga saya berbuka dengan betik  sulung nan sebiji ini. Manis dan cantik isinya.

Pokok pelam yang saya tanam hampir empat tahun lalu pun tumpang memberi rezeki. Lekat 10 biji. Pokoknya kecil sahaja. Saya tanam dalam tong sampah hitam.

Masa awal pkp petik 3 biji untuk buat pelam asam boi. Saya sangka pelam lemak seperti yang saya pesan dari penjual. Rupanya bukan. Masamnya tak terkata. Pelam apa nii...

Bila rasa cukup matang saya petik senuanya untuk diperam.
Tak sabar nak tahu pelam apa...

Waktu berbuka baru tahu...pelam susu rupanya. Manis ya amat....terlampau manis sangat-sangat...

Menyusul pula nanti ialah si durian Belanda. Ini buah sulung yang saya petik tak berapa lama dulu. Masih berbaki beberapa biji di pokok menunggu hari masak.

Setakat ini dulu. Nanti kita kongsi cerita lagi. Stayhome & staysafe. Ikut SOP agar covid segera pergi. Kita akan stayfree.

OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!










Sunday 19 April 2020

Abu & Kaspin

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan bloggers. Kali ini nak bercerita pasal depa berdua ni. Memandangkan mereka juga merupakan sebahagian ahli keluarga jadi apa saja yang berkaitan harus simpan disini sebagai kenangan dan rujukkan.

Setelah mengalami beberapa siri kematian kini yang tinggal cuma Abu dan Kaspin sahaja.

Abu kini berumur dua tahun. Setelah Kaspin bersara dia lah pula yang menemani saya setiap kali ke kebun. Ini gambar tahun lepas.

Dah besar pun sekarang. Masih lagi suka memanjat. Tak sunyi sangat bila berkebun sambil melihat perangai nakalnya.

Pun begitu bukanlah mudah untuk si Abu mendapat  perhatian dari Kaspin.  Hampir setahun setelah kematian anaknya barulah Kaspin menerima Abu mengikut moodnya.

Saya bersyukur kerana dikurniakan hati yang sayang dan belas pada  binatang comel, cerdik dan setia ini. 

Sungguh telatah mereka cukup buatkan kita happy dan ketawa. Ni selepas makan tengahari. Pandai cari bilik ada aircond untuk berehat.

Kadang masuk dalam bilik air untuk sejukkan badan.

Bagi saya fitrah mereka adalah tanggungjawab kita. Selain membela dan memberi makan mereka juga berhak mendapat kasih sayang dan perhatian.

Walau menatang bagai minyak yang penuh tetap kena marah bila buat silap. 

Antara gambar yang saya suka. Pagi yang lewat. Kaspin kena marah sebab gigit dan tarik rambut saya. Cara dia kejutkan saya bila lambat sarapan. Tengok muka depa berdua yang monyok... Kaspin menjeling ja...hahaha...


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!