Hari ini mahu bercerita pasal bunga-bunga Jasmine yang berkembang di taman saya. Kita di Malaysia biasanya lebih familiar dengan panggilan bunga melur. Panggilan kebiasaan melur kampung. Janggal pula kalau menyebutnya Jasmine atau Jasmine Sambac ya..
Ini melur kampung yang putih berseri dan harum semerbak. Bunga malar hijau..
Namun hari ini saya lebih mahu memperkenalkan si Carolina Jasmine ini. Pernah lihat dan dengar tak? Bunga kebangsaan South Carolina, Amerika Syarikat. Pokok ini saya beli dari online setelah terpikat dengan posting yang dipaparkan. Jenis menjalar dan berbau harum seperti bedak Baby Johnson katanya. Terus bergoogle lah saya tentang asal usulnya. Gambar yang keluar begitu cantik. Apalagi ...belilah..
Waktu sampai, buka kotak..terkejut juga lihat ..kusamnya pokok.. Namun sedikit melegakan hati kelihatan berderet kuntuman kecil bunga melekat di ranting-ranting.
Secara jujur saya agak menyesal membeli bnnga ini kerana tidak terlihat lansung keistimewaanya. Pokok kecil, kurus dan kusam. Melihat butiran kecil kudup bunga tertanya-tanya dalam hati ..boleh berkembang kah..why so kecil...tengok gambar macam besar pun..hampir sebulan setengah baharulah kudupnya membesar seperti dalam gambar. Saya jadi begitu teruja..nak bau wangi bedak..
Akhirnya berbunga juga. Kecil comel bunganya dan berwarna kuning terang sekali. Baunya? Puaslah saya melutut kepangkal pokok untuk mencium bunga ini. Ya, memang harum..tapi saya sudak terlupa macamana bau baby johnson ...
Tapi awas, tumbuhan ini beracun dan madunya juga tidak sesuai bagi serengga penghisap madu juga kepada manusia. Setakat hari ini cuma bahagian pangkal sahaja bebunga. Lain-lain bahagian ranting kudupnya mengecut dan luruh. Begitupun masih ada sedikit sisa kudup yang masih bertahan tanpa kemajuan.
Selepas di beri perhatian, beberapa pucuk baru kelihatan keluar dengan segarnya, memberi sedikit harapan sambil memujuk hati...tak mengapa mungkin esuk-esuk dia mahu menjadi...
Namun dalam waktu yang singkat saya berjaya menghiburkan hati pula dengan si Thai Jasmine ini. Lama mencari akhirnya bulan lepas saya terjumpa di nursery setempat. Berbunga-bunga hati dapat membelinya..
Di kenali juga dengan nama Milky Way, Artic Snow atau Snowflake. Memang sesuai sangat nama dengan rupanya. Amat berbaloi membeli pokok ini kerana ianya tahan panas dan berbunga tanpa henti sepanjang masa. Ada dua jenis, bunga kecil dan bunga besar. Saya memilih yang bunga besar.
Walaupun cantik dan bernama Jasmine tapi bunga yang berasal dari Sri Lanka ini tidak berbau harum. Pun begitu dari segi perubatan masyarakat di India menggunanya untuk ubati sakit mulut dan radang kulit kerana batangnya dikatakan mempunyai ciri-ciri anti-mikrob dan anti-radang.
Sebenarnya ada beberapa lagi jenis Jasmine yang wangi tetapi tiada dalam koleksi saya. Kalau diberi pilihan, tentulah melur kampung juga yang melekat dihati. Bukan saja bunganya wangi, putih murni malah keseluruhan pokoknya juga diguna dalam perubatan tradisional. Bagai lirik lagunya..".walaupun ditiup debu warnamu dan baumu tetap memikat kalbu..." begitulah kesimpulannya..bunga melur kampung tetap tiada tolok bandingnya...





































