Showing posts with label Pokok Galak Kucing. Show all posts
Showing posts with label Pokok Galak Kucing. Show all posts

Tuesday, 8 December 2015

Galak Kucing - Doa dan Penyembuhan Yang berjaya

Buat kawan-kawan,  ini sambungan dari posting kisah pokok galak kucing pada 1 Desember baru-baru ini. Boleh dikatkan ini adalah testimoni sebenar dan berlaku tanpa di duga. Testimoni yang mengukuhkan lagi bahawa pokok ini memang mujarab sebagai ubat kucing diwaktu kecemasan. 
Kejadian 2hb December. Saya terjumpa seekor anak kucing stray cat terbaring dibelakang rumah . Mula-mula ingat dia saja berbaring tapi sampai matahari sudah terik dia masih disitu, lalu saya menghampiri. Tengok-tengok sudah nazar benar. Mata sudah blur dan terbuka luas.

Saya cepat-cepat bawa dia ketempat teduh. Beberapa kali dia menarik nyawa sampai terpusing kaki dan kepala. Suara keluar perlahan macam suara kena cekik. Kesian ada takut pun ada bila tengok. Mulutnya berbau busuk amat. Beberapa ekor lalat langau sudah meronda ditepi. Dalam kelam kabut itulah saya teringat sisa daun galak kucing yang saya ambil kelmarin. Masih ada diluar. Saya ramas-ramas daun dan pokok tu kemudian tabur seluruh tubuh kejang dia. Cuba saja, mana tahu berhasil



Saya cuba titis air  kemulutnya yang terkatup rapat.  Dia kejang lagi. Ya Allah..kesiannya. Berkali-kali saya cuba nak videokan tapi tak jadi pula nak teruskan. Rasa kejam.  Saya tutup phone



Dalam hati berdoa, Ya Tuhan....selamatkan lah anak kucing ni. Saya angkat dia masukkan dalam bakul bersama sisa daun dan bawa masuk kedapur rumah. Saya selimutkan dia dan Biarlah dia mati dengan aman disitu. Tak mahu tengok dah...biarlah. Saya dah tolong setakat termampu...


Tapi kuasa Tuhan....tidak dapat menduga. Senja, balik dari beli barang, saya terus kedapur. Tengok2..ya Rabbi, KEAJAIBAN....dia dah sedar. Sudah bangun duduk pun. Saya jadi gabra lagi. Menjerit-jerit. Cari phone ambil gambar. Bateri pula kong..Tak dapat juga...


 Pukul 7.45pm. Sudah sedar, kelihatan sihat dan mata nampak bercahaya. Alhamdulillah. Malam saya tak sabar cek balik hanphone. Agak frust...Kalaulah saya tahu dia akan hidup, tentu saya sudah videokan secara terperinci. Ini video saya semuanya terbantut. Gambar dia tarik kejang kaki dan badan pun tak lekat. Tapi tak apa, syukur kepada Tuhan dia selamat. Doa saya dikabulkan. Berkesan juga daun ini rupanya.

Esuk pagi, saya buat keputusan nak lepaskan dia diluar semula. Buka pintu dapur saya nampak seekor ibu kucing merenung saya. Saya ambil anak kucing tersebut dan cuba letak ditepinya. Ohh...rupa2nya ibu sikecil..Tengok dia terus hisap susu. Mmm..sesiapa yang bela banyak kucing, eluklah cari pokok ni tanam sepokok dua, untuk waktu kecemasan begini.



Tuesday, 1 December 2015

Pokok Kucing Galak - Acalypha Indica

Terlebih dulu mari kita tengok ragam-ragam kucing yang di beri pokok ini oleh saya pagi ini. 

Secara otomatik semuanya terangsang dan terhidu-hidu tempat dimana pokok ini di campak.  Lucu melihat gelagat stray cats ni.  Ada yang menggeselkan badan ke tanah. Memeluk pokok tersebut sambil berbaring,  berguling-guling dan menggigit akar dan daunnya. 

Malangnya hari ini kucing betina yang nampak sangat tergoda. Manakala beberapa ekor kucing jantan memerhati dari jauh sahaja. Mungkin kerana abang long kawasan ada disitu.

 Gelagat Kastih pagi ini. Bila-bila masa dia yang terlebih galak. Saya cuba ramas daun dan cium baunya. Sebiji bau daun cekur manis/asin-asin. Akarnya pula tiada aroma yang memikat. Deria manusia mungkin berbeza. Apa yang membuat kucing-kucing sangat suka kepada pokok ini...apakah keistimewaannya ? 

Ini dia pokok galak kucing. Nama lain Ceka/Cika Mas, Lis-Lis, Anting-Anting. Selalunya tumbuh  liar di kawasan tepian rumah atau tepi longkang. Berasal dari India pokok ini sememangnya sangat sinonim sebagai 'ubat' atau 'salad' untuk merawat kucing.

Secara alami akar dan daun pokok ini dapat menyembuhkan penyakit dan menyihatkan sistem dalaman badan mereka. Paling menarik sudah tentunya ia dikatakan dapat meransang tenaga dan meningkatkan stamina mereka semasa 'berjuang.' macam dalam gambar - Kastih dan kucing jantan yang lain tengah beradu nasib merebut si Hitam. 

Ini bahagian akarnya. Selain daun akarnya juga mujarab untuk dijadikan penawar. Dikatakan seluruh bahagian pokok ini mempunyai khasiat bukan sahaja untuk kucing tapi juga manusia...Sebenarnya dinegara sebelah Afrika dan India, pokok ini termasuk juga dalam senarai herba dan digunakan secara tradisi untuk tujuan memuntahkan, merawat  mata, ulser, penyakit kulit, athma, lawas kencing, buah pnggang, bronkitis, cacing dan sakit perut. 

Di Malaysia, saya tidak tahu sejauh mana keterlibatan masyarakat terhadap penggunaan pokok ini walaupun ada kalangan orang-orang tua yang mengamal meminum air pokok ini bagi tujuan rawatan tertentu. Saya sendiri pun cuma tahu pokok ini hanya untuk kucing sahaja.

Sebelum ini ada juga terpikir, kalau manusia boleh makan, tidakkah nanti dia juga bertenaga dan galak  seperti kucing? Rupa-rupanya ada info yang menyokong pendapat ini, walaupun tidak disahkan secara saintifik, dikatakan ia juga dapat meransang tenaga batin bagi  si pengamalnya. Namun pokok ini juga dikatakan mengandungi bahan beracun. Pengambilan yang tidak terkawal akan memudaratkan.

Agak menarik, sudah ada kopi galak kucing segera di pasaran. Banyak di jual di sebelah Kelantan & Terengganu. Siapa pernah mencuba? Boleh tak kongsi bagaimana kesannya...( gambar ehsan google )

Tengok kapsul kucing galak pun ada juga...keluaran oleh syarikat Zarina Zainuddin. Artis pun pakai ni...siapa ada makan...? Galak tak?

Saya, tak terasa pun nak mencuba kapsul dan kopi di atas. Tak berani lah pula nak buat eksperimen untuk diri sendiri...Takut abang lari malam pula.... 

Biarlah kucing saya saja yang menikmati nya. Kastih dalam mood gila betina. Serabai dan kotor. Kalau ditanya, mungkin jawab Kastih  ..' biarlah rahsia...'

Hurmmm...orang kita sangat obses dengan hal-hal batin ni. Saya ingat masyarakat kita tak tahu rupa-rupanya saya yang ketinggalan.  Sudah ada produk pun....siapa antara kita yang pernah melihat atau mencubanya? 
Kawan-kawan please share...