Agak lama terperap, minggu ini saya mahu bercerita pasal bunga ros jepun/ milang yang saya beli online 4 bulan lalu dengan group fb bunga..Rasanya saya membeli lebih dari sepuluh warna baru tetapi oleh kerana terlampau bercampuk aduk dengan bunga-bunga lama membuatkan saya tidak perasaan yang mana baru dan yang mana lama..
Sudah hampir sebulan hujan berterusan turun disini, dimana sebelum ini bulan puasa, raya, balik kampung jaga adik..perhatian saya tidak dapat ditumpukan 100% kepada bunga-bunga comel ini. Yang sempat mengambil gambar saja kemudian peram. Sehinggalah saya sedar ada bunga-bunga ini yang sudah hilang dipandangan..mereput atau dimakan siput dan serengga lain.
Hari ini kelam kabutlah saya menanda warna untuk di kemaskan setempat agar tidak pupus. Jika tidak, rugi saja membeli kerana ia amat senang dibiak.
Sekarang mari kita nikmati dulu kecomelan bunga-bunga ini. Sesetengah tempat dipanggil gelang pasir / pokok milang. Bunga yang amat mudah ditanam dan mudah dibiak. Lempar ketanah pun hidup...
Yang kembang begini syok tengok...
Pokok milang ini bukan saja berbunga cantik tapi keseluruhan pokoknya mempunyai nilai perubatan tertentu. Saya share maklumat ini dari blog saudara Naim. Sila baca disini
Ini warna yang saya suka sweet sangat pink dengan kuning muda...
Ini nama dia candy stripe..tapi sayang cari-cari pagi tadi tidak jumpa..mungkin sudah pupus. Tinggal gambar kenangan saja..
Ini pula jenis RJ Jambul. Antara jenis terawal dan paling lama saya ada.
Jambul pink tengah ini pun sudah hilang. Sayang betul..Padahal 2 bulan lepas masih merayap dihomestay sebelah. Puas cari tidak ada. Harap-harap nanti muncul kembali kalau-kalau ter kahwin silang atau cross pollination.
Ini pula antara RJ jambul warna baru..
Dia orang panggil yang ini subang Mak Datin..mmm..lucu pula namanya..
Satu pokok tapi yang ini warnanya pink semua..
Ini warna terbaharu saya beli di kiosk Hari Peladang. Lembut ja warnanya..sepasu RM5.00. Pokoknya besar. Share dengan adik seorang setengah.
Yang ini pula saya beli color putih tapi sedar-sedar sampai di rumah dia keluar color cream pula..Sebab itu kita kena rajin tengok bunga kecil ini. Nanti ada saja warna baru yang keluar dari induknya. Waktu itu kena cepat-cepat patahkan ranting tersebut dan asingkan dipasu lain. Kemungkinan besar dia akan membiak kekal dengan warna baru tersebut.
Minggu depan bertemu lagi. Sini hujan memanjang. Bagaimana cuaca di sana ya..?
Happy Gardening & weekend buat semua gardener & bloggers.


